Monday, August 17, 2020

H2S Pilihan: 29 -Pop 60an Puja Wanita.

A.Ramlie - Oh Fatimah (1984)


gun n roses- siti haida jeffry din



L.Ramli & Orkes Teruna Ria "Sharifah"


Sunday, August 16, 2020

29 Ditahan di kelab malam. Kaji balik k/malam sebagai pusat hiburan rakyat.

 'Bimbang dia berfoya-foya' alasan isteri temani suami ke kelab malam Antara 29 yang ditahan di sebuah pusat hiburan di Langkawi awal pagi tadi. -Astro AWANI/Adie Sufian Zulkefli

'Bimbang dia berfoya-foya' alasan isteri temani suami ke kelab malam.

KUAH: Sanggup menemani suami ke pusat hiburan kerana ingin merasai keseronokan selain bimbang lelaki itu berfoya-foya dengan wanita lain.

Itu alasan yang diberikan seorang wanita berusia 39 tahun yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Kuah, Langkawi awal pagi tadi.

Dalam serbuan antara jam 2 pagi dan berakhir jam 6 pagi tadi, wanita itu memaklumkan kepada polis dia berkunjung ke kelab malam itu bagi merasai suasana di pusat hiburan.

Pasangan yang mempunyai empat anak lelaki berusia enam hingga 16 tahun itu berkata dia tahu kesalahan dilakukannya namun bimbang suaminya berfoya-foya dengan wanita lain di luar pengetahuannya.

Wanita ini dan suaminya berusia 40 tahun ditahan polis bersama 27 individu lain kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

"Datang dengan suami, dia bawa datang sini.

"Saya tak minum. Ini kali ketiga (saya datang) sepanjang PKP," kata wanita itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi, Deputi Superintendan Roszemi Mat Derus berkata kesemua 29 individu terbabit ditahan memandangkan aktiviti pusat hiburan masih belum dibenarkan beroperasi di pulau itu.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati kesemua mereka berkumpul dan tidak mengamalkan penjarakan sosial selain tidak memakai pelitup muka.

Mereka kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi untuk tindakan lanjut.

Enam daripada 29 yang ditahan dikesan positif dadah jenis methapetamine dan ganja dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 3(7) PKPP 2020 kerana ingkar PKPP dan dikompaun RM1,000 setiap seorang.

Mereka juga didapati melakukan kesalahan mengikut Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 7) 2020.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pihak bertanggung jawab, sila kaji balik, benarkah kelab malam itu wajar dijadikan tempat berhibur bagi rakyat Malaysia, apalagi bagi yang beragama Islam, yang menjadi agama bagi Persekutuan (Perkara 3) ini.

Untuk perhatian juga Menteri Agama di JPM.

Pemerasan ke atas wanita berbogel di video..

  Gadis remaja hantar gambar bogelnya kepada lelaki, mahu bunuh diri ... Mangsa mengakui berbogel dalam satu panggilan video kepada seorang wanita. -Ini gambar lain.

Padah wanita berbogel dalam panggilan video

KL: Polis menahan reman dua individu yang dipercayai terlibat dalam pemerasan ke atas seorang wanita membabitkan satu video bogel di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata suspek lelaki berusia 27 tahun dan wanita berusia 30 terbabit ditahan semalam selepas polis menerima laporan daripada mangsa yang berusia 22 tahun pada 9 Ogos lalu.

“Mangsa membuat laporan polis bahawa dia menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp daripada seorang wanita meminta bayaran RM10,000 sebagai balasan untuk tidak menyebarkan video bogel mangsa.

“Mangsa mengakui berbogel dalam satu panggilan video kepada seorang wanita melalui aplikasi mesej TAM TAM sebelum ini,” kata Nik Ezanee dalam kenyataan hari ini.

Katanya kedua-dua suspek direman tiga hari dan kes disiasat menurut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana pemerasan.
-- BERNAMA

Hibur Hibur Sikit

Israel buat serangan baharu di Gaza

 Seorang lelaki memeriksa kerosakan di bahagian bumbung rumahnya akibat serangan udara Israel di timur kem pelarian al-Bureij, Semenanjung Gaza. - Foto AFP Seorang lelaki memeriksa kerosakan di bahagian bumbung rumahnya akibat serangan udara Israel di timur kem pelarian al-Bureij, Semenanjung Gaza. - Foto AFP

GAZA CITY: Tentera Israel pada Ahad berkata, pihaknya melakukan serangan udara baharu ke atas kedudukan Hamas di Semenanjung Gaza, sebagai tindak balas ke atas serangan roket dan bom api yang dihantar ke wilayah Israel, dengan diikat pada belon.

Serangan itu dibuat selepas pertempuran pada malam Sabtu di sepanjang sempadan Gaza-Israel, kata tentera.

Puluhan rakyat Palestin 'merusuh membakar tayar, melempar alat letupan dan bom tangan ke arah pagar keselamatan dan cuba mendekatinya," kata Angkatan Pertahanan Israel (IDF) dalam satu kenyataan.

Sejak minggu lalu, pasukan Israel melakukan serangan berulang kali pada waktu malam terhadap sasaran yang ada kaitan dengan kumpulan Islam Hamas, yang menguasai Semenanjung Gaza.

Tentera berkata, mereka bertindak balas terhadap penggunaan bom api yang diikat pada belon dan layang-layang, yang dihantar ke bahagian selatan Israel, dan menyebabkan ribuan kebakaran berlaku di ladang serta dalam komuniti Israel.

Terdapat 19 serangan oleh rakyat Israel hanya pada Sabtu, demikian menurut perkhidmatan menyelamat Israel.

Sebagai tindak balas, "jet tempur IDF dan pesawat menyerang sejumlah sasaran ketenteraan Hamas di Semenanjung Gaza," kata tentera dalam satu kenyataan, sambil menambah antara sasaran yang terbabit adalah 'markas tentera dan infrastruktur bawah tanah' milik Hamas.

Pada awal pagi Ahad, IDF turut memaklumkan, dua roket dilancarkan ke Israel dari Gaza dan dipintas oleh sistem pertahanan Iron Domenya.

"Sebagai tindak balas, Angkatan Udara kami baharu saja menyerang sasaran keganasan Hamas di Gaza, termasuk sebuah markas tentera yang digunakan untuk menyimpan peluru roket," katanya. - AFP

Hibur Hibur Sikit

Bahrain pula jalin hubungan diplomatik dengan Israel?

 

MANAMA, 26 Zulhijjah 1441H, Ahad – Bahrain kemungkinan akan mengikuti Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam menandatangani perjanjian damai dengan Israel, kata seorang pegawai Israel semalam. 

Saluran televisyen Hebrew, Kan memetik pejabat yang tidak disebutkan namanya mengatakan ‘Bahrain diharapkan menjadi negara berikutnya, yang akan menjalin hubungan rasmi dengan Israel.’

Tidak ada jangka waktu yang ditentukan, atau perincian lebih lanjut diberikan, walaupun laporan daripada penyiar itu juga menyebutkan bahawa seorang pegawai kanan Amerika Syarikat (AS) memberitahu media Palestin bahawa Bahrain dan Oman diharapkan dapat menormalkan hubungan dengan negara haram Israel dalam waktu dekat.

Bahrain adalah negara Teluk pertama yang secara rasmi mengulas mengenai langkah diplomatik antara UAE dan Israel. 

Menurut agensi berita Bahrain, Manama menyambut baik perjanjian damai itu dan mengucapkan tahniah kepada UAE kerana ‘mengambil langkah untuk meningkatkan peluang  perdamaian Timur Tengah.’

Sementara itu, penasihat kanan dan menantu Presiden Donald Trump, Jared Kushner juga mengisyaratkan bahawa negara Arab lain dapat membuat perjanjian dengan Israel ‘dalam waktu terdekat’.

Terdahulu, Trump membuat pengumuman bahawa UAE dan Israel secara formal telah menormalisasi hubungan. 

Sebagai pertukaran, Israel dijangka akan ‘menangguhkan’ rancangan untuk mengilhak sejumlah besar Tebing Barat yang diduduki. 

Bagaimanapan pemimpin Palestin menganggap perjanjian itu sebagai pengkhianatan dan mengecam perjanjian trilateral (tiga pihak) yang dibuat antara UAE, Israel dan AS.

Sebelum ini, Israel telah menandatangani perjanjian damai dengan Mesir dan Jordan, masing-masing pada 1979 dan 1994. – Agensi

Hibur Hibur Sikit

Ayam Jantan Berkokok Pagi Didenda RM815, Jemur Kulit Kucing Dicari..

 Kerana seekor ayam, lelaki ini didenda RM813 Ayam jantan itu mula berkokok sekitar jam 4.30 pagi tanpa henti.

 Kulit dan kepala kucing dipercayai dilapah dijemur atas kereta.

SEORANG lelaki berusia 83 tahun didenda sebanyak AS$194.77 (RM813) kerana ayam jantan miliknya berkokok tanpa henti pada waktu pagi.

Angelo Boletti yang menetap di Castiraga Vidardo, Itali binggung dengan undang-undang tersebut.

Memetik laporan media antarabangsa, Angelo memaklumkan sebelum ini ayam jantan bernama Carlino itu pernah tinggal di kebun namun telah mendapat rungutan daripada jiran tetangga membuatkannya menyerahkan ayam itu kepada rakannya.

Namun, baru-baru ini rakannya itu telah pergi bercuti dan membuatkan Angelo mengambil keputusan untuk membawa pulang ayam jantan itu ke rumahnya.

Seorang anggota polis dihantar untuk membuat pemeriksaan di rumah Angelo selepas jiran mengajukan aduan kepada pihak berkuasa.

Ayam jantan itu mula berkokok sekitar jam 4.30 pagi tanpa henti.

H2S Pilihan: 28 -Syria Nasheed &ALLAH.

 

SYRIA - Very Powerful Emotional Nasheed ᴴᴰ


Allahu (Heart Touching Nasheed)



Forgive Me Allah - Astagfirullah | Heart Touching Nasheed


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails