Monday, June 08, 2020

DAP Ganyang Islam? Ajar Dia Di PRU 15... Video








•
46K views3 days ago
Tidak dinafikan pemimpin-pemimpin PH seperti YB Langkawi, YB Port Dickson, YB Kota Raja dan sebagainya begitu konsisten ...
New




DAP mendakwa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencadangkan keanggotaan kabinet hanya eksklusif untuk kaum ...




6.7K views2 years ago
Bagi musuh politiknya, DAP sentiasa didakwa akan mengancam hak-hak orang Melayu dan kedudukan Islam. Bagi DAP, ini ...



DAP menyuarakan kehairanan berhubung kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa umat Islam dibenar ...



AMANAH mengajak semua pihak termasuk gerakan Islam dan ulamak untuk mengajar DAP jika ia akan terus mengancam Islam, ...



Fawzia Ariff, ahli seumur hidup DAP berkongsi pendapatnya tentang DAP dan Islam. DAP berjuang untuk semua rakyat Malaysia.

PN Pacu Jentera Muktamatkan Kerusi Hadapi PRU 15.

Kerjasama politik: PAS, BN-PPBM sedia hadapi PRU15

PAS menegaskan bahawa kerjasama politik terutamanya bersama Barisan Nasional (BN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semakin mantap sekaligus berjaya memperkukuhkan lagi
kedudukan Kerajaan Perikatan Nasional yang menjadi ‘kerajaan hari ini (government of the day).
Tanpa menghiraukan segala spekulasi pihak Pembangkang yang hanya berupa perang psikologi semata-mata, PAS akan terus sama-sama komited mendukung dan mempertahankan kedudukan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin bersama barisan kabinetnya yang terdiri dari semua parti-parti anggota.
Adalah suatu fakta yang jelas bahawa kerjasama politik antara PAS dengan BN, khususnya UMNO, telah dimuktamadkan melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman pada 14 September 2019 sekaligus membentuk Muafakat Nasional (MN).
Manakala kerjasama sehingga terbentuknya Kerajaan Persekutuan ekoran kejatuhan Pakatan Harapan (PH) pada 29 Februari 2020, diikuti pemeteraian Memorandum Persefahaman oleh Pengerusi-Pengerusi dan Presiden-Presiden BN, PPBM, PAS dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak secara rasminya telah membentuk Perikatan Nasional (PN).

PAS yakin parti-parti yang membentuk PN telah bersedia untuk memacu tenaga dan jentera bagi melengkapkan persiapan dan kesiapsiagaan barisan bersama termasuk memuktamadkan pembahagian kerusi bagi menghadapi PRU 15 meskipun tarikhnya belum diputuskan.
PAS juga amat yakin kerjasama dan sikap bertoleransi semua anggota PN kini akan menguatkan lagi kedudukan Kerajaan PN sama ada di peringkat Persekutuan mahupun Negeri-Negeri sehingga ke akhir penggal.
DATO’ TAKIYUDDIN HAJI HASSAN
Setiausaha Agung PAS – HARAKAHDAILY 8/6/2020

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jom siap gempur! Biar PH terkencing, tidak lagi boleh kencing rakyat.

Hibur Hibur Sikit

BARISAN KITA - JAMALUDIN ALIAS

Malaysia Berjaya Jamaludin Alias

Lagi B/Menteri PH Didakwa RM120K, Transfer Ke Akaun ASB.


Terdedah lagi, RM120k wang Armada di-transfer ke akaun ASB Syed Saddiq
by - Cinca 

Kuala Lumpur: Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Lokman Adam mendakwa Syed Saddiq bakal didakwa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana menyelewengkan wang sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Armada.

“Duit orang ramai derma kepada Armada Bersatu Enterprise terima dalam RM900 000. Dari jumlah itu, RM120 000  telah dipindahkan kedalam  akaun ASB Syed Saddiq.

“Jadi bersedialah Syed Saddiq, tiada lagi Tommy Tomato (Thomas) menyelamatkan kamu kerana kes ini bakal didakwa oleh SPRM.

“Keduanya, dulu kamu ada Latifa Koya untuk selamatkan nyawa kamu, tetapi kini dia sudah tiada.” – Lokman Adam


Lokman Adam turut berkata Syed Saddiq bakal didakwa kerana memberikan keterangan palsu kepada SPRM berhubung wang RM250k yang hilang dari rumah ketua Armada tersebut.

“Syed Saddiq pada mulanya berkata duit itu datangnya dari orang ramai, maknanya duit parti.

Apabila perlembagaan Bersatu mengatakan bendahari agung parti tidak boleh memegang lebih dari RM50k, bagaimana pula ketua Armada boleh memegang RM250k.

“Oleh itu Syed Saddiq kemudian telah mengubah alasannya dengan mengatakan duit tersebut datang dari kedua ibu bapanya.” – Lokman Adam

Lokman Adam berkata demikian dalam satu video secara langsung di akaun youtube beliau. Walau bagaimanapun, tiada sebarang bukti ditunjukkan beliau bagi mengesahkan dakwaan tersebut.


Terdahulu, The Star melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas wang tunai berjumlah RM600,000 dari dua ahli pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Armada yang dipercayai disalahgunakan daripada parti itu.

Wang tunai itu dijumpai di rumah dua anggota Armada tersebut.

Pengarah siasatan SPRM, Datuk Norazlan Mohd Razali berkata, pegawai telah memanggil mereka pada 5 Jun untuk merakam keterangan mereka ketika siasatan berhubung wang tunai RM250,000 yang hilang dari rumah ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Setelah disoal siasat, pegawai pergi ke rumah dua anggota di dua lokasi yang berbeza di Kuala Lumpur.

Pegawai menemui sejumlah RM600,000 wang tunai di dua lokasi,” – Datuk Norazlan Mohd Razali

SPRM turut merampas sebuah kereta bernilai RM100,000 milik ahli parti lain, dipercayai dibeli dengan dana yang disalahgunakan.

Pada perkembangan berkaitan, Armada Bersatu Malaysia mengeluarkan kenyataan mendakwa wang RM600k yang dirampas SPRM itu merupakan sebahagian dari jumlah wang yang dikeluarkan untuk bantuan Bantuan Covid19, Bulan Ramadhan dan Hari Raya.

“Namun RM600 ribu yang disebut adalah sebahagian dari jumlah wang yang dikeluarkan bagi persiapan untuk kegunaan Bantuan Covid19, Bulan Ramadhan dan Hari Raya.

“Hal ini adalah kerana ketidak tentuan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tempoh hari.” – Kenyataan Armada Bersatu Malaysia


SPRM memulakan siasatan berhubung kehilangan RM250,000 dan menyoal Syed Saddiq dan dua yang lain pada bulan April, berikutan aduan yang dibuat ketua Armada tersebut.

Syed Saddiq telah membuat laporan polis pada 29 Mac, dengan mengatakan bahawa wang itu disimpan di peti besi di rumahnya dan mendakwa bahawa hanya beberapa orang yang mengetahui kod gabungannya dan bahawa dia terakhir membukanya pada 13 atau 14 Mac.

Beberapa ahli Armada yang setia kepada Syed Saddiq dan Tun Dr Mahathir pula mendakwa tindakan SPRM ke atas ahli Armada merupakan intimidasi terhadap mereka yang mengkritik kerajaan Perikatan Nasional.

Walau bagaimanapun, SPRM menolak dakwaan tersebut dan menegaskan tindakan yang diambil oleh badan terbabit hanyalah menyiasat aduan yang dibuat oleh Syed Saddiq berhubung kehilangan wang dari peti simpanan rumahnya pada bulan Mac lalu. – TTKM

Armada: RM600k dirampas SPRM. Bantuan Ramadan/Hari Raya, tak sempat bagi..


SHAH ALAM - Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedia memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan berlaku penyelewengan wang berjumlah RM600,000.

Armada dalam satu kenyataan menegaskan, pihaknya menolak sebarang bentuk penyelewengan dan mengalu-alukan siasatan secara adil.

"Armada Bersatu Malaysia sedia bekerjasama dengan SPRM untuk menyiasat perkara ini selagi mengikut garis panduan dan prosedur yang betul.
"Kami sentiasa berpegang pada prinsip berani kerana benar namun RM600,000 yang disebut adalah sebahagian daripada jumlah wang yang dikeluarkan bagi persiapan untuk kegunaan Bantuan Covid-19, bulan Ramadan dan hari raya.
"Hal ini adalah kerana ketidaktentuan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, fasa pertama bantuan makanan telah diedarkan di seluruh negara pada bulan Ramadan.
Katanya, bantuan kebajikan tambahan juga telah diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

"Ini adalah perkara asas bagi menjaga kebajikan ahli seperti mana yang dilakukan oleh Bersatu di peringkat Pusat," katanya.

Terdahulu, SPRM hari ini dilaporkan merampas wang tunai berjumlah RM600,000 di rumah dua ahli Armada.
Menurut laporan The Star, wang tersebut dipercayai milik parti itu.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/86736/BERITA/Nasional/Armada-sedia-beri-kerjasama-kepada-SPRM

Sunday, June 07, 2020

PROTON Bermasalah Tapi Pemegang Saham EON Untung, Siapa?


Sikit Tazkirah Ekonomi:
PROTON Menghadapi Masalah Tetapi Pemegang Saham EON Telah Mengaut Keuntungan Lama Dahulu – Mahathir Memang Hebat?

Kisah Proton telah mencengkam Malaysia baru-baru ini tetapi yang mendapat faedah dan keuntungan sebenar dari Proton adalah sebuah syarikat bernama EON, yang telah dilantik sebagai pengedar eksklusif untuk kereta Proton bermula dari pengeluaran pertama Proton.

Ya, Proton telah diwujudkan untuk membuat kereta manakala EON juga ditubuhkan untuk menjualnya – yang merupakan perkiraan pelik kerana Proton juga boleh dengan mudah menubuhkan rangkaian pengedarnya sendiri (yang akhirnya dilaksanakan setelah 20 tahun kemudian dikenali sebagai Proton Edar).

Tetapi ada sesiapa yang pernah bertanya mengapa warga Singapura telah memiliki sehingga 20% daripada pengedar kereta Nasional EON dari mula lagi dan merupakan Timbalan Pengerusi?

Ya, Warga Singapura Rin Kei Mei (yang meninggal dunia beberapa tahun yang lalu) adalah kawan kama Mahathir (dikatakan telah dikenali beliau ketika Mahathir sedang belajar di Singapura) dan dikhabarkan menjadi orang yang telah meminta Mahathir untuk menubuhkan Proton. Rujuk di sini.

Malah, Mahathir begitu akrab dengan Rin dan apabila Mahathir pergi ke China pada tahun 1997 untuk cuba ‘set-up’ sebuah kilang enjin milik bersama, Rin pergi bersama-sama dan kemudian juga dilantik sebagai Naib Pengerusi bagi Usahasama tersebut, Rujuk di sini.

Walau bagaimanapun, Rin tidak dapat memegang saham secara langsung dalam Proton tetapi sebaliknya memegang kepentingan besar dalam EON – maka dia boleh mendapat keuntungan daripada Proton.

Menurut Profesor KS Jomo, dari awal, Proton telah menjual kereta pada harga yang sangat memihak kepada EON.

Selain itu, EON ditambah dalam pelbagai “pilihan wajib” aksesori berharga beribu-ribu setiap kereta jelas sangat jauh terlalu mahal dan tidak berbaloi yang meningkatkan lagi margin keuntungan besar yang sudah mereka terima.

Jika kita tidak mahu menerima pakej aksesori maka kita perlu menunggu masa yang lama untuk penghantaran – jadi mahu tidak mahu terpaksa menerima pakej “pilihan wajib”.

Dan lebih teruk adalah bahawa buku tersebut itu mengatakan bahawa tambahan 0.9% ditambah kepada kadar faedah bank untuk pinjaman kereta dan jumlah ini telah diberikan semula kepada EON oleh bank.

Jadi, bukan sahaja EON membuat keuntungan dari Proton dari harga kilang yang murah, mereka memaksa pelanggan mereka untuk membeli aksesori terlalu mahal, mereka juga memaksa pelanggan mereka untuk memberikan kepada mereka 0.9% dari potongan ansuran pinjaman bulanan mereka selama bertahun-tahun.

Malah, pelbagai cerita tersebar terdapat ramai pelanggan juga kerika itu terpaksa merasuah jurujual EON yang sangat sombong jika mereka mahu membeli kereta – menjadikan ramai jurujual EON menjadi jutawan.


Disebalik untuk memberikan kereta yang berkualiti tinggi pada harga yang rendah kepada Rakyat, tindakan Mahathir memaksa Rakyat membeli kereta harga tinggi yang tidak berbaloi dengan berkualiti lebih rendah (dengan penarafan keselamatan 1 bintang), membayar untuk aksesori dengan harga terlampau mahal melebihi harga sebenar (atau anda tidak dapat membeli kereta), memaksa rakyat untuk merasuah jurujual dan rakyat terpaksa membayar faedah ke atas kereta yang jauh lebih mahal dari harga sebenar dan aksesori terlalu mahal selama bertahun-tahun kepada kawan-kawannya – malahan dibayar kepada kawan Mahathir warga Singapura.

Mereka boleh melakukan semua perkara di atas kerana terdapat sedikit persaingan ketika itu kerana Kerajaan Mahathir telah mengenakan cukai 100% terhadap kereta setara dipasang dalam negara dan 300% ke atas kereta yang diimport sepenuhnya.

Pertumbuhan EON adalah meledak mendadak (seperti yang anda lihat dalam carta). Keuntungan dan jumlah aset yang dimiliki berkembang bagai nak gila. Malah, jumlah aset bertambah mengejutkan 5,100% dalam masa beberapa tahun penubuhannya.

EON adalah lebih menguntungkan daripada rakan-rakan Mahathir yang sudah super menguntungkan YTL dengan perjanjian kuasa IPP mereka sangat berat sebelah!


EON menjadi begitu kaya dan mereka akhirnya membeli dan memiliki bank mereka sendiri, EON Bank – mungkin pengedar kereta pertama di dunia yang berjaya membeli bank mereka sendiri.

EON Bank akhirnya dijual kepada Hong Leong pada nilai RM5.4 bilion kemudiannya – dengan warga Singapura Rin Kei Mei sebagai pemegang saham utama dan meraih berbilion-bilion.

EON adalah terlalu banyak sejarah manakala Proton sedang bermasalah sekarang – tetapi semua pemegang saham EON telah membuat keuntungan berbilion bertahun-tahun yang lalu.

Sekarang, adakah anda masih mahu menangis bersama-sama dengan Mahathir apabila 49% daripada Proton akhirnya dijual?

 – Lim Sian See


Lihat Sebelum ini..
E-Buku IH-128: Sikit Tazkirah Ekonomi..
E-Buku IH-128: Sikit Tazkirah Ekonomi..

Negeri Kaya, Rakyat Miskin Begini. 45 Tahun Hidup Dalam Hutan.

MOHD Lazim (kanan) dan Fatimah di depan rumah mereka. FOTO Md Fuzi Abd Lateh

MENGHUNI dalam hutan lebih 45 tahun tidak menjadi faktor penghalang kepada sepasang warga emas di Batang Kali, untuk meneruskan kelangsungan hidup meskipun kemiskinan begitu menghimpit mereka.
Berlindung dalam sebuah rumah usang yang hampir menyembah bumi memberi ketenangan Mohd Lazim Ismail, 74 dan isterinya, Fatimah Mat Rani, 64 dalam melayari bahtera kehidupan mereka.
Mohd Lazim yang mesra dipanggil Atok Lazim berkata, biarpun hidup mereka penuh kedaifan, miskin dan perit namun tidak sekali menyesal.
Katanya, dia dan isterinya bekas pekerja di Estet Goh Tong , Sungai Remuk di Batang Kali kini hilang pekerjaan tetap setelah ladang itu ditutup beberapa tahun lalu.
"Kami diberikan peluang bekas majikan untuk kekal tinggal di sini setelah estet ditutup. Saya bina sendiri rumah usang ini dengan lebihan kayu rumah kongsi yang ditinggalkan majikan dan juga kayu pokok hutan di sini.
"Untuk mencari sesuap nasi, kami melakukan kerja kampung seperti mencari buluh lemang, pucuk paku dan sayur-sayuran untuk dijual di bandar Batang Kali setiap minggu," katanya ketika ditemui di rumahnya, Estet Sungai Remuk, Jalan Genting Highlands di Batang Kali.
Pasangan ini tetap bersyukur dan tenang hidup tanpa bekalan elektrik dan air bersih sejak tinggal di sini. Mereka menggunakan air dari bukit berhampiran dan pelita minyak tanah dan lilin sebagai sumber asas untuk meneruskan kehidupan.
Mohd Lazim berkata, untuk membeli keperluan harian seperti beras, minyak , gula dan lauk-pauk, dia perlu berjalan kaki sejauh 20 kilometer ke pekan Batang Kali daripada rumahnya itu.
Katanya, dia bernasib baik apabila kadang-kadang ada jiran dan penduduk Kampung Hulu Rening dan Genting Malik yang sudi menumpangkannya ke bandar.
"Kami juga makan apa yang ada di dapur setiap hari. Ada beras dan telur pun cukup mengalas perut. Tidak perlu nak sesalkan hidup ini. Allah akan beri rezeki sekiranya rajin berusaha.
"Keprihatinan masyarakat setempat yang ambil peduli nasib kami ini amatlah dihargai. Ada yang sudi menghantar bekalan makanan dan menghulurkan wang ihsan setiap masa," katanya.
Mohd Lazim berkata, mereka juga ada menerima sumbangan dan peruntukan RM300 setiap bulan daripada Lembaga Zakat Selangor sejak 2016 lalu dan juga daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Hulu Selangor.
Katanya, dia selalu mengingatkan isterinya agar sentiasa bersyukur selalu dan jangan terlalu mengharapkan sumbangan orang bagi meneruskan hidup di dalam hutan itu.
Isterinya, Fatimah yang mesra dikenali Nek Timah berkata, kudrat yang ada digunakan untuk membantu suami memasak makanan, mencari buluh lemang dan hasil hutan untuk dijual.
Katanya, pada Ramadan dan Aidilfitri lalu ada wakil badan bukan kerajaan (NGO) yang berkunjung memberikan sumbangan keperluan hari raya seperti makanan dan wang untuk mereka gunakan.
"Sebenarnya saya berasal dari Ajil, Kuala Terengganu dan suami berasal dari Machang, Kelantan. Kami berhijrah ke sini untuk mencari rezeki bersama setelah berkahwin.
"Kami ada lima anak dan beberapa cucu. Saya selalu rindukan mereka setiap kali tibanya Aidilfitri. Namun kami tidak menyesal walaupun mereka membawa haluan masing-masing mencari rezeki," katanya sambil mengalirkan air mata.
Dia berkata, ibu mana yang tidak tersentuh hati apabila mengingati anak yang dilahirkan sejak kecil lagi kini tidak lagi menjenguk orang tua mereka kembali.
"Saya doakan anak diberikan Allah kekuatan semangat dan dapat bertemu kami semula di dalam hutan ini. Kami reda dengan ketentuan Allah ini.
"Sebagai ibu saya tetap bersyukur dan restui mereka yang kini mencari rezeki menyara keluarga masing-masing. Ada masa jenguklah kami di sini sekali-sekala, " katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah tempias dari negara bersistem kapitalis. Yang kaya bertambah kaya, yang miskin terus merimpat. Oleh itu kembalilah kepada sistem hidup Islam.

Ingat pesan Nabi, “bukanlah seorang mukmin jika ia kenyang, sementara tetangganya sedang kelaparan”, (H.R. al-Hakim). Allahu A’lam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails