Tuesday, March 19, 2019

''Kumpulan anti Islam ditubuhkan di Malaysia...'' -Presiden PAS




Islamofobia: Senjata Makan Tuan
ISLAMOFOBIA adalah istilah kontroversi yang merujuk kepada prasangka buruk dan diskriminasi terhadap Islam, penganutnya dan organisasi Muslim, khususnya yang berjuang untuk menegakkan semula politik Islam.
Istilah ini menjadi popular selepas serangan 11 September 2001, sehingga mentakrifkan Islamofobia sebagai rasa takut dan benci terhadap Islam, lalu membawa kepada permusuhan terhadap orang Islam yang berpegang kepada ajaran Islam yang sebenarnya terkandung dalam sumber yang sebenar, iaitu Al-Quran, As-Sunnah, dan ijtihad kalangan ulama’ muktabar yang diyakini ilmu dan kefahamannya serta melaksanakan Islam yang sebenarnya bersifat keadilan sejagat.
Islamofobia kini bersifat ideologi sesat terhadap Islam, sehinggalah mencetuskan kepada amalan mendiskriminasikan orang Islam dengan mengasingkan mereka daripada kegiatan politik, ekonomi, sosial dan kehidupan masyarakat.
Islamofobia juga termasuk persepsi yang dipengaruhi oleh media Barat yang tidak adil kepada Islam dengan mencetuskan kefahaman bahawa Islam mempunyai nilai yang tidak sama dengan budaya lain, lebih rendah dari nilai Barat dan mempunyai ideologi politik yang ganas sehingga Islam tidak lagi dikenali sebagai satu agama yang membawa rahmat kepada seluruh alam..
Media yang dikuasai oleh politik musuh Islam digunakan habis-habisan untuk menyebarkan fahaman yang salah terhadap hakikat yang sebenarnya terkandung dalam ajaran Islam dan sejarah keemasannya yang mencipta tamadun dunia yang diciplak sebahagiannya oleh tamadun moden Barat kini tetapi berkonsepkan sekularisme Kristian yang tidak sama dengan Islam sebagai Ad-Din.
Banyak pengaruh Islam yang positif dalam tamadun Barat, antaranya demokrasi purba berubah kepada demokrasi moden. Sebelum itu, negara Barat seringkali mengubah kerajaan dengan peperangan sesama sendiri kerana pendekatan revolusinya yang mengganas. Bandingkan betapa banyak mangsa korban perubahan kerajaan di negara Barat sebelum mengubah kepada demokrasi dengan jumlah yang sangat kecil dalam kemenangan Islam ketika Fathu Makkah, bahkan ramai yang diberi pengampunan. Selain itu, pengaruh Islam juga meresap masuk dalam aspek ekonomi, sehinggalah kemajuan sains dan teknologi.
Kitab suci Al-Quran yang ditafsirkan oleh hadis Rasulullah S.A.W. mendahulukan konsep damai dalam hubungan dengan semua pihak, adil terhadap semua dan rahmat kepada seluruh alam.
Termasuk juga undang-undang syariatnya yang paling keras terhadap kejahatan dan kesalahan jenayah yang berat, dan wajibnya sehingga berperang terhadap penceroboh yang melampau kezalimannya, tetapi Islam menegah tindakan melampaui batas kemanusiaan.
Firman Allah:
وَقَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ (190)
“Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah (Islam) akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampau kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau”. (Surah Al-Baqarah: 190)
Tegasnya Islam mengharamkan amalan melampau walaupun terhadap musuh yang menceroboh negara Islam dan umatnya. Bandingkan pula dengan teknologi Barat yang dikatakan bertamadun terkini mencipta senjata pemusnah yang diharamkan oleh Islam dengan dianggap dosa yang dihukum di Hari Akhirat, dan undang-undang antarabangsa yang tiada balasan Akhirat, maka dikecualikan negara besar boleh melakukan jenayah perang.
Merekalah yang melaksanakan ideologi imperialisme yang membakar hangus negara yang dijajahnya dan memperhambakan rakyat yang tidak terbunuh di mana sahaja apabila mereka menang dalam peperangan yang sangat ganas. Kini campur tangan mereka terhadap negara yang lemah itu memakan korban rakyat yang lebih besar berkali ganda daripada kematian bala tentera mereka yang menceroboh.
Mereka juga menaja Taliban di Afghanistan dengan membekalkan senjata melalui negara-negara Arab yang ditubuhkan dahulu berkiblat kepada Barat. Perkataan Taliban itu dalam bahasa Pashto bermakna pelajar-pelajar agama yang masih mentah kefahamannya berkenaan Islam yang digunakan untuk menghalang kumpulan mujahidin yang terpelajar memerintah negara setelah berjaya mengalahkan tentera Soviet dahulu. Tindakan dilakukan kerana takutkan pengaruh Islam yang sebenarnya kembali semula ke persada dunia yang dibimbangkan kalahnya pengaruh Barat yang sedang merudum.
Mereka juga dalang di sebalik penubuhan ISIS yang digunakan untuk mencetuskan perang saudara di beberapa negara Arab sekarang, demi memusnahkan umat Islam dari dalam dan berniaga senjata serta mengujinya dengan menjadikan umat Islam laksana tikus untuk dilakukan ujian, menggunakan umat Islam sendiri dan mengambil harta kekayaan bumi umat Islam secara halus dan licik.
Semua negara umat Islam yang memenangkan kumpulan Islam secara demokrasi yang matang dihalang dan dijatuhkan, seperti pernah membatalkan kemenangan Parti Masyumi di Indonesia dahulu, kemenangan kumpulan Islam di Algeria dan kemenangan Parti Islam di Mesir.
Begitu juga kemenangan Revolusi Islam di Iran dihinakan dengan mengapikan kebencian kerana perbezaan mazhab, lalu dicetuskan Perang Teluk yang bersiri. Mereka juga berusaha melakukan rampasan kuasa di Turki untuk menjatuhkan kerajaan yang dipimpin oleh Parti AK kerana perubahan sekular kepada Islam secara berperingkat. Semua itu adalah langkah menentang Islam yang ditaja oleh mereka yang mencetuskan ideologi Islamofobia.
Malaysia juga hendak dimangsakan kerana anti Israel, maka dikempenkan terhadap minyak sawit yang menjadi sumber ekonomi negara ini.
Kumpulan anti Islam ditubuhkan di Malaysia, sama ada secara agenda tersembunyi melalui NGO yang menggunakan jenama Islam secara tiruan dan menyokong LGBT yang tidak bermoral luhur di atas nama kebebasan kebinatangan bukannya kemanusiaan, atau parti-parti politik yang tidak boleh menyembunyikan permusuhannya terhadap Islam sehingga menentang segala usaha menyatukan umat Islam dengan dilabelkan seperti wajah Taliban.
Lebih teruk lagi apabila jenayah pembunuhan beramai-ramai terhadap penganut Islam yang menunaikan solat Jumaat di New Zealand dijadikan hujah bagi memburukkan kesatuan umat Islam, walaupun ternyata pembunuhnya bukan Islam, tiba-tiba dikaitkan dengan salahnya langkah berbaik dalam kalangan parti umat Islam, kemudian dikatakan terlajak cakap. Pepatah Melayu menyebut terlajak perahu boleh berundur, terlajak cakap berundurnya tidak menjadi seperti terlajak perahu atau kereta.
Al-Quran telah memberitahu sejak empat belas abad yang lalu:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِّن دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِن كُنتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119) إِن تَمْسَسْكُمْ حَسَنَةٌ تَسُؤْهُمْ وَإِن تُصِبْكُمْ سَيِّئَةٌ يَفْرَحُوا بِهَا وَإِن تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا لَا يَضُرُّكُمْ كَيْدُهُمْ شَيْئًا إِنَّ اللَّهَ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطٌ (120)
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu berakal bijak (mahu memahaminya). (118) Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. Kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): “Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada. (119); Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikit pun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan”. (120) (Surah Ali ‘Imraan: 118-120)
Maka ternyata benarnya Al-Quran mendedahkan adanya kumpulan yang mahu bermusuh terhadap Islam dan penganutnya, sama ada yang nyata kafir harbinya atau munafik bersekongkol bersamanya. Namun, masih ramai yang bersimpati terhadap Islam dan ada yang insaf setelah mengkaji.
Kini Islamofobia gagal menembusi Islam, sebaliknya senjata ini memakan tuan apabila ternyata yang ganas itu bukan Islam. Ada yang bertindak mendedahkan ideologinya yang disembunyikan, ada juga kalangan mereka mengkaji Islam melalui terjemahan Al-Quran dan buku-buku Islam, lalu meninggalkan agamanya kerana masuk Islam. Termasuklah juga orang-orang Islam yang menjadi mangsa peperangan yang dicetuskan di negara umat Islam terpaksa berhijrah menjadi pelarian di negara-negara Barat yang mencipta ideologi tersebut, tiba-tiba menjadi sebab berkembangnya Islam dalam kalangan bukan Islam yang insaf menyaksikan kezaliman terhadap Islam dan penganutnya.
“Islam Memimpin”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS 
Bertarikh: 11 Rejab 1440 / 18 Mac 2019 - HARAKAHDAILY 18/3/2019



Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Monday, March 18, 2019

Bekas Ratu Cantik Hina Presiden Turki. Mengapa?


Bekas Ratu cantik yang hina Presiden Turki..


ISTANBUL - Bekas Ratu Cantik Turki dihadapkan ke mahkamah di Caglayan, barat Istanbul gara-gara tindakannya memuat naik sajak satira yang mengkritik Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan di sebuah laman sosial.
Portal, Mail Online semalam memetik kenyataan pegawai kerajaan yang mengesahkan penahanan Merve Buyuksarac, 26, oleh pendakwa raya ekoran sajaknya yang bertajuk ‘The Master’s Poem’ itu yang didakwa menghina ketua negara ini menerusi lirik yang diadaptasi daripada lagu kebangsaan Turki.
Menurut Buyuksarac, sajak yang dipaparkan dalam laman sosial itu diambil daripada petikan sajak dalam majalah mingguan, Uykusuz.
Namun, dia berkata, dia membuang sajak itu tidak lama kemudian selepas seorang rakannya memberi amaran sajak tersebut boleh menyebabkan dia dikenakan tindakan undang-undang.
“Saya kongsikan sajak itu kerana bagi saya sajak itu kelakar. Saya tidak berniat untuk menghina presiden,” katanya.
Pendakwa raya, Vedat Yigit mendesak supaya Buyuksarac dikenakan ‘kawalan perundangan’ sebelum perbicaraan seterusnya, yang mewajibkan suspek pergi ke balai polis untuk melapor diri secara berkala.
Hakim bagaimanapun membebaskan Buyuksarac tanpa syarat dan perbicaraan kes ditangguhkan pada tarikh yang akan ditetapkan.
Bulan lalu, seorang pelajar sekolah tinggi yang dipenjara atas dakwaan menghina Erdogan dibebaskan Jumaat lalu selepas penahanannya mencetuskan kemarahan orang ramai.
Selain itu, Turki turut menghalang akses laman web portal berita yang menyiarkan semula muka hadapan akhbar mingguan, Charlie Hebdo yang menyiarkan karikatur Nabi Muhammad SAW.
Recep Tayyip Erdogan
Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'Turki turut menghalang akses laman web portal berita yang menyiarkan semula muka hadapan akhbar mingguan, Charlie Hebdo yang menyiarkan karikatur Nabi Muhammad SAW.' 
Hal ini sebenarnya mengapa media-media antarabangsa terutamanya yang anti Islam sentiasa memburuk-burukkan Turki dan Tayyip Erdogan. ...Kerana Erdogen mempertahankan Islam dari ekploitasi berita-berita khianat yang ditimbulkan.

Anak Michael Jackson Selar Berita Hiburan TMZ.

PARIS JACKSON menyelar TMZ kerana mengaitkannya dengan cubaan  PARIS JACKSON menyelar TMZ kerana mengaitkannya dengan cubaan bunuh diri.-AGENSI
HALAMAN HIBURAN

NEW YORK 17 Mac- Anak perempuan mendiang Raja Pop Michael Jackson, Paris Jackson menyelar laporan agensi berita hiburan antarabangsa TMZ yang mengaitkannya dengan cubaan bunuh diri.
Paris yang memberi maklum balas dengan kata-kata kesat menerusi akaun Twitternya, menghentam TMZ dan menggelar laporan tersebut sebagai satu ‘pembohongan’.
TMZ dalam laporannya yang diterbitkan semalam mendakwa Jackson berada dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di hospital selepas cuba membunuh diri dengan mengelar tangannya dalam kediamannya di Los Angeles.-AGENSI

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Memang banyak agensi berita antarabangsa tidak jujur, menipu memanipulasi.. Apa lagi berita mengenai Islam yang sentiasa diselewengkan...

Tun M Suruh Hayati Al-Quran..Macam Dia Ikut Quran Sangat?

Hayati al-Quran untuk elak huru-hara - Dr. Mahathir
PERDANA MENTERI, Tun Dr Mahathir Mohamad (tiga dari kiri) dalam Majlis Perasmian Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 di Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) di sini hari ini. Turut hadir, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun (dua dari kiri) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa (tiga dari kanan). - UTUSAN ONLINE/Azrul Edham Mohd. Aminuddin

Hayati al-Quran untuk elak huru-hara - Dr. Mahathir
SEREMBAN - Umat Islam digesa menghayati ajaran kitab suci al-Quran yang melarang mereka mencetuskan huru-hara hingga menyebabkan orang yang tidak berdosa menjadi mangsa.
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, orang Islam perlu sedar bahawa keganasan yang dilakukan terhadap orang lain hanya akan mendorong tindak balas daripada pihak tersebut.
Katanya, huru-hara akan berlaku kerana kedua-dua pihak saling membalas dendam dan terdapat kemungkinan orang yang tidak berdosa menjadi mangsa.
“Hari ini kita lihat di mana-mana sahaja berlaku tindakan keganasan dan membunuh mereka yang tidak berdosa sama ada dalam kalangan orang Islam atau bukan Islam.
“Ini adalah dilarang oleh agama Islam kerana dalam al-Quran, Allah SWT melarang kita daripada membunuh,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2019M di Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.
Dengan mengaitkan insiden keganasan di Christchurch, New Zealand, kelmarin, Dr. Mahathir berkata, tindakan kejam itu tidak boleh dibalas dendam dengan pembunuhan sekiranya umat Islam memahami isi kandungan al-Quran.
“Tetapi malangnya, hari ini, kita dapat lihat ramai orang Islam yang berbunuhan sesama sendiri di merata tempat termasuk di tempat mereka berhijrah.
“Akibatnya, akan berlaku tindakan balas seperti di Christchurch kerana mereka balas dendam dengan membunuh dan yang menjadi mangsa ialah insan yang tidak bersalah,” ujarnya.
Justeru itu, beliau menyeru umat Islam supaya membaca al-Quran dan memahami isi kandungannya supaya dapat hidup dengan lebih sempurna dan aman.
“Al-Quran memberi panduan kepada umat Islam perkara yang dilarang atau diwajibkan, perkara yang semuanya membentuk peribadi mulai jika kita ikut,” katanya.
Seramai 28 peserta yang terdiri daripada 14 qari dan 14 qariah yang mewakili negeri masing-masing akan menyertai acara tilawah berkenaan.
Bagi menghafaz al-Quran, seramai 84 peserta berusia tujuh hingga 25 tahun akan bersaing dalam tiga kategori yang dipertandingkan. - UTUSAN ONLINE

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, orang Islam perlu sedar bahawa keganasan yang dilakukan terhadap orang lain hanya akan mendorong tindak balas daripada pihak tersebut.
Kita tanya balik Tun M, buktikan, mana 'keganasan yang dilakukan (orang Islam) terhadap orang lain'? Israel merampas bumi Palestin, mengapa Islam dituduh mengganas? Salahkah orang Islam membela hak diri mereka di Myanmar?
Macamlah Tun M hayati Al-Quran sangat? Busuk arak pun masih belum bersih dari bumi Malaysia bahkan menularkan ke negara lain!

Netanyahu ‘pemimpin kejam, pembunuh’

TENTERA Zionis giat menahan penduduk palestin termasuk wanita dan kanak-kanak. AGENSI



ANKARA 14 Mac - ‘Perang dingin’ dan ‘perang mulut’ antara Ankara dan Tel Aviv semakin memuncak apabila Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menyifatkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Ne­tanyahu sebagai seorang ‘pe­mimpin kejam yang membunuh kanak-kanak Palestin’.
Press TV melaporkan, Recep Tayyip menyatakan perkara itu ketika berucap kepada penyokongnya di sini.
“Hei Netanyahu, tolong jaga perangai anda. Anda seorang pemimpin yang kejam kerana sanggup membunuh seorang kanak-kanak Palestin berusia tujuh tahun,” katanya.

Ucapan keras Recep Tayyip itu dibuat beberapa hari selepas Netanyahu menyifatkan beliau sebagai diktator dan pelawak yang menyumbat golongan wartawan ke dalam penjara.
“Kepemimpinan diktator Presiden Turki menye­rang demokrasi Israel sedangkan banyak wartawan negara itu disumbat ke dalam penjara hanya kerana bersuara menyatakan pandangan mereka,” tulis Ne­tanyahu dalam Instagram.
Ketegangan antara kedua-dua pemimpin sudah bermula beberapa hari lepas apabila Turki menyelar Netanyahu bersikap perkauman secara terang-terangan menentang penduduk Israel berketurunan Arab kerana menyatakan Israel adalah sebuah negara Yahudi dan bukan untuk semua penduduknya.
Semalam, Recep Tayyip pula mengkritik tindakan polis rejim Zionis yang menutup semua pintu masuk ke kompleks Masjid al-Aqsa selain menyerang penduduk Palestin yang ingin menunaikan solat Isyak di luar Bab al-Asbat.
“Jangan lakukan provokasi. Kami tidak menindas mana-mana penduduk Yahudi di negara ini dan kami tidak melakukan apa-apa terhadap tempat ibadat mereka di sini. Jadi, tolong ja­ngan lakukan provokasi kerana kami tidak akan masuk dalam perangkap anda,” tegas beliau kepada Netanyahu.

BUKIT GOLAN: ‘JAJAHAN’ JADI ‘KAWALAN’
Dalam perkembangan lain, Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) menukar deskripsi berhubung Bukit Golan daripada ‘kawasan jajahan Israel’ kepada ‘kawasan kawalan Israel’ dalam laporan hak asasi manusia glo­bal tahunan semalam.
Tindakan itu dilakukan selepas Israel bertungkus-lumus melobi mendapatkan pengiktirafan AS untuk meluaskan kawalannya di Bukit Golan selepas merampas kawasan tersebut dari Syria dalam perang Asia Barat 1967.
Tiada sebarang kenyataan dibuat oleh pemimpin Israel mahupun AS berhubung terma baharu itu.
Bagaimanapun, di Rama­llah, Nabiel Abu Rudeineh, jurucakap kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengkritik tindakan AS itu.
Beliau menyifatkannya sebagai ‘kesinambungan pendekatan bermusuhan pentadbiran AS terhadap penduduk Palestin dan bertentangan dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

LAGI PELAN KEDIAMAN HARAM YAHUDI
Selain itu, Kementerian Pembinaan dan Perumahan Israel dijangka mengumumkan pelan pembinaan ratusan unit kediaman baharu untuk penduduk Yahudi di kawasan Tebing Barat menjelang pilihan raya yang dijangka berlangsung pada 9 April ini.
Portal berita Israel melapor­kan, pelan tersebut akan membina sebanyak 700 unit kediaman haram terletak di Baitulmuqaddis dan sudah diluluskan Jawatankuasa Peranca­ngan Pentadbiran Awam Israel.

51 PENDUDUK PALESTIN DITAHAN
Sementara itu, tentera Israel menahan sebanyak 51 penduduk Palestin termasuk golongan wanita dan kanak-kanak dalam beberapa serbuan yang diadakan di Tebing Barat awal pagi semalam.
Menurut Pertubuhan Banduan Palestin (PPS), tentera Zionis juga menahan sembilan penduduk Palestin termasuk wanita di Hebron manakala di tengah Tebing Barat, sebanyak 19 penduduk ditangkap termasuk 17 kanak-kanak perempuan, namun kesemua kanak-kanak dibebaskan selepas itu.
Kumpulan hak asasi tahanan Palestin, Addameer menyatakan bahawa sebanyak 5,440 tahanan di penjara di seluruh Israel termasuk 48 tahanan wanita, 209 kanak-kanak dan 46 daripadanya berusia bawah 16 tahun. – AFP/AGENSI

Ini, Penemuan Kampung Purba Islam &Maqam Nabi Ilyasa'

ANTARA struktur luar biasa berupa batu nisan yang besar yang ditemukan
ANTARA struktur luar biasa berupa batu nisan yang besar yang ditemukan ekoran penurunan paras air di sebuah empangan yang pecah di Turki. AGENSI

Penemuan makam Nabi Ilyasa’ di Turki?
ANKARA 20 Dis. - Insiden empangan pecah di daerah Egil, Turki yang menyebabkan paras air menurun membawa kepada penemuan sebuah perkampungan purba Islam yang dipercayai tenggelam hampir dua abad lalu.
Penemuan masjid, madrasah dan kubur mendedahkan perkampungan itu diduduki oleh kebanyakan penduduk Islam pada zaman silam.
Turut ditemukan beberapa struktur menakjubkan termasuk dipercayai makam Nabi Ilyasa’.
Daily Mail melaporkan, dibuka kira-kira 20 tahun yang lalu, empangan tersebut meliputi 78 buah rumah yang terdapat di kampung itu termasuk masjid, madrasah dan kuburan.
Sebelum ditutup untuk pembinaan empangan itu, jenazah baginda dikatakan telah dipindahkan ke kawasan berhampiran, Kale.
Empangan yang siap dibina pada 1997 itu membekalkan air kepada hampir 930,000 penduduk Diyarbakir, sebuah bandar raya yang terbesar di tenggara Turki.
Bagaimanapun hujan lebat berterusan sejak minggu lalu menyebabkan empangan itu pecah dan paras air menurun. (Utusan)


Video

Mangsa Insiden Christchurch Sedia Memaafkan Penyerang.

FARID AHMAD kehilangan isteri, Husna yang terkorban dalam insiden
FARID AHMAD kehilangan isteri, Husna yang terkorban dalam insiden serangan di Christchurch.-AFP


WELLINGTON 17 Mac- Suami kepada wanita yang terkorban dalam serangan di Christchurch memberitahu tidak membenci penyerang yang membunuh isterinya.
AFP melaporkan, Farid Ahmad berkata, amalan memaafkan adalah sebaiknya dilakukan.
“Saya akan katakan padanya, saya sayangkan nya sebagai seorang manusia namun saya tidak dapat menerima apa yang dilakukannya kerana itu adalah perkara yang salah,” katanya.
Isterinya, Husna Ahmad, 44, terbunuh di masjid Al Noor ketika kembali ke masjid itu untuk menyelamatkan suaminya. (Utusan)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails