Friday, February 22, 2019

Hutang Negara 9 Bulan PH Perintah, Masih Trillion.. Lembab?



Hutang negara masih trilion ringgit - Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR 22 Feb. - Hutang negara hanya berjaya dikurangkan pada kadar minimum selepas sembilan bulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk pemerintahan negara.
Jelas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, pihaknya berjaya mengurangkan angkat hutang daripada RM1.087 trilion tetapi masih di peringkat trilion ringgit.

“Kami telah berjaya mengurangkan angka hutang daripada RM1.087 trilion yang sebelumnya tetapi biar saya mendapatkan butiran lanjut terlebih dahulu.
“Tapi ia masih di peringkat trilion ringgit. Kita bercakap mengenai cara kita melihat kewajipan yang perlu bayar dan sudah tentu kelulusan berdasar perakaunan,” katanya di Ibu Pejabat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Menara UOA, di sini hari ini.
Terdahulu, beliau menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Novosi Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) antara Prasarana, MRCB-George Kent Sdn. Bhd. (MRCB-GK) dan Kontraktor Pakej Kerja.
Yang turut hadir, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook; Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad; Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana, Datuk Mohd. Hazlan Mohamed Hussain danPengarah George Kent, Datuk Keizrul Abdullah.
Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan MRCB, Mohd. Imran Mohamad Salim dan Pengerusi MRCB-GK, Datuk Seri Ir. Dr. Judin Abdul Karim.
Mengulas lanjut Guan Eng berkata, bayaran hutang tersebut termasuk jaminan kerajaan terhadap pelbagai perkhidmatan dan pinjaman.

“Ini kerana peminjam utama tidak dapat membayar, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merupakan contoh terbaik,” katanya.

Pada 24 Mei lalu, Guan Eng memberitahu, hutang Negara mencecah RM1.08 trilion atau 80.3 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia setakat 31 Disember 2017.
Katanya, dari jumlah itu, RM686.8 bilion merupakan hutang kerajaan persekutuan bersamaan 50.8 peratus dari KDNK. - UTUSAN ONLINE

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PH lembab. janji, cakap. tak serupa bikin. Tak professional.

K/Siang Dakwa Bachelor of Law, LL.B Hons, Rupanya Ijazah Jual Babi Di B/Pahat.




Ciu Na Sing, Apek Pun Tipu Ijazahkah?
Ingatkan El-El-Bi, Rupanya Jual BaBi...

Pemimpin PH veteran dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) Lim Kit Siang, dakwa ada ijazah dari Universiti of London jurusan Undang2 (Bachelor of Law, LL.B Hons.)...

Univeristi London merupakan universiti yang terbesar di dunia yang di asaskan pada tahun 1836...

Universiti ini merupakan sebuah badan persekutuan yang terdiri daripada 31 anggota gabungan autonomi, 18 buah kolej dan 13 buah institut...

Seorang netizen yang menggunakan nama Daniel Goh, mendedahkan, Lim Kit Siang di awal kehidupannya hanyalah seorang penjual daging babi di Batu Pahat sebelum menjadi seorang pengilat kasut kepada Devan Nair iaitu salah seorang pengasas kepada parti DAP...

Menurut Daniel, Kit Siang mendakwa memperolehi ijazahnya ketika di tahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) pada tahun 1987...

Ada 2 keraguan dari dakwaan Kit Siang itu dan Kit Siang mestilah memberi pencerahan supaya integriti beliau tidak di pertikaikan :

Syarat minimum untuk memohon pengajian ijazah adalah mesti memiliki Sijil Am Pendidikan di peringkat 'Advanced Level' (A Level) tetapi Kit Siang hanya menamatkan pengajiannya di peringkat 'Ordinary Level' (O Level) sahaja... 


Bagaimana Kit Siang mampu untuk melanjutkan pelajarannya hanya dengan menggunakan transkrip O Level saja...


Kalau benar Kit Siang memiliki Ijazah Undang-Undang dari Universiti of London maka Kit Siang WAJIB di iktiraf sebagai pelajar super cemerlang, ini adalah kerana, tempoh waktu bagi seseorang menamatkan pengajian undang-undang selepas memiliki Ordinary Level (O Level) ialah 6 tahun atau sekurang2nya 5 tahun...

2 tahun atau 1 tahun (masa minimum) untuk melengkapkan Advanced Level (A Level) dan 4 tahun pengajian untuk melengkapkan Ijazah Undang-Undang...


Kit Siang mendakwa memiliki Ijazah Undang-Undang tersebut sewaktu di tahan di bawah ISA...

Beliau hanya di tahan selama 2 tahun sahaja...

Apakah dari peringkat Ordinary Level (O Level), Kit Siang menamatkan pengajian dalam jurusan Undang-Undang hanya dalam masa 2 tahun sahaja...

Agak2nya, undang2 apa yang Kit Siang tu belajar yer...

Kalau benar, maka ZALIM kalau Kit Siang tak di ikyiraf sebagai pelajar super dooper genius!!!

Kenapa dakwaan Kit Siang memiliki ijazah itu telah di padam dari laman web peribadinya ketika negara sedang panas membahaskan isu ini...


Daniel turut mencabar Lim Kit Siang agar menyamannya jika maklumat yang dikongikan itu adalah fitnah semata2...

Rakyat menunggu pencerahan dari Kit Siang, sekiranya  dakwaan memiliki Ijazah Undang-Undang masih di pertahankan, maka kemukakan bukti...


Atau pun mungkin Kit Siang di buang dari universiti sebab kurang cerdik, macam Mat Sabu... Atau mungkin, ada orang yang fitnah Kit Siang, kata ada ijazah, macam Mahfudz Omar...
Atau pun mungkin juga macam Marzuki, ijazah tu sebenarnya bukan dari Universiti of London tapi dari Universiti of Lendu @ Universiti of Londang, tapi Lendu dengan Londang ada kat Melaka...


Apa pun, kita ucapkan selamat memberi pencerahan pada Kit Siang... Jangan ambil masa lama sangat, dah lah yer...

Kredit :
abuleman.com

Hasil carian imej untuk tun m kayuh beca

‘Hari ini menang, esok cuba selesaikan masalah’ -Puuuiii!!

CALON Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali
CALON Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali bertemu dengan peniaga sewaktu berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih di Kampung Baru Semenyih di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE/FAUZI BAHARUDIN


‘Hari ini menang, esok cuba selesaikan masalah’-Muhammad Aiman
KUALA LUMPUR 22 Feb. - Jika Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pada 2 Mac ini, keesokannya juga masalah penduduk akan cuba diselesaikan.
Itu merupakan janji calon PH, Muhammad Aiman Zainali, 30, di hadapan kira-kira 150 penduduk Batu 26, Beranang di sini malam tadi.
Katanya, beliau berusaha untuk membantu rakyat yang berhadapan dengan masalah jalan raya berlubang, tiada lampu jalan, sampah sarap dan pendatang asing tanpa izin.
“Dalam beberapa hari ini, saya sudah bertemu dengan penduduk. Banyak aduan dan keluhan tentang jalan raya sempit dan berlubang; lampu jalan yang tidak bernyala, sampah sarap serta pendatang asing.
“Jadi, dua haribulan kita menang, tiga haribulan saya selesaikan semua masalah. Saya akan usahakan,” katanya sewaktu berucap di sini yang mendapat sorakan dan tepukan para penduduk.
Yang turut hadir Timbalan Presiden PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. -UTUSAN ONLINE

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Puuuiii!!
Hasil carian imej untuk lidah bercabang

PAS Sokong Tun M Demi Negara -SU PAS



PAS suka menegaskan sebarang bentuk sokongan kepada kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia dibuat tanpa sebarang muslihat, sebaliknya demi kepentingan negara dan rakyatnya.
Dari awal lagi PAS amat konsisten dengan sikap bahawa berdasarkan geopilitik negara ini, mana-mana Kerajaan yang menerima mandat rakyat melalui proses Pilihan Raya Umum wajib meletakkan kepentingan Islam dan Melayu sebagai teras utama pembuatan dan perlaksanaan dasarnya dan pada masa yang sama kepentingan semua kaum dan agama lain perlu dijamin sepenuhnya. Ini adalah berdasarkan realiti masyarakat majmuk kita dan harus dilaksanakan berteraskan keadilan sejagat dan kontrak sosial yang diterima pakai sejak negara mencapai kemerdekaan.
Sokongan kepada kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad juga tidak ada kena mengena dengan dakwaan sesetengah pihak kononnya bagi ‘menyelamatkan’ PAS daripada siasatan isu RM90 juta. Ini kerana PAS telah memberikan sepenuh kerjasama kepada SPRM untuk membuat siasatan terperinci, termasuk mengarahkan beberapa pemimpin yang dikaitkan dengan tohmahan ini memberikan kenyataan masing-masing.
Dalam hal ini PAS yakin SPRM akan membuat dapatan (finding) mereka dalam kadar yang segera hasil siasatan yang telus, profesional dan adil.
Dalam isu desas-desus kononnya ada pihak yang cuba mengganggu gugat kedudukan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, PAS mengulangi pendirian bahawa perkembangan yang berlaku dalam kalangan pimpinan PH mutakhir ini berhubung isu terbabit, sama ada berbentuk kenyataan atau perbuatan, termasuk luahan hati Tun Mahathir sendiri, emberikan gambaran kepada umum bahawa wujudnya semacam pertembungan keras atau ‘clash of the Titans’ dalam kalangan pimpinan PH terhadap kepimpinan Tun Dr. Mahathir.
Di samping itu wujud juga unsur ketidapatuhan atau ‘insubordination’ yang jelas terhadap polisi dan arahan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri. Justeru PAS tidak boleh dipersalahkan berikutan tanggapan mengenai perkara itu, malah menggesa pimpinan utama parti-parti PH sendiri memberi pencerahan berhubung insiden dan desas-desus tentangnya yang menjadi punca kekeliruan dan tanggapan sedemikian yang menjadi rahsia umum kini.
Akhirnya PAS menegaskan segala sokongan yang diberikan kepada mana-mana pihak, termasuk kepada Kerajaan dan secara lebih khusus kepada Perdana Menteri adalah atas dasar melaksanakan tuntutan Islam ‘amar makruf nahi mungkar’ selain berperanan sebagai semak dan imbang (check and balance) yang menjadi elemen utama amalan demokrasi yang sihat.
DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS
21 Februari 2019 – HARAKAHDAILY 21/2/2019

PH Tidur 1 Kelambu, Mimpi Lain2. -Kuan Chee Heng



HULU LANGAT: Calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Semenyih, Kuan Chee Heng menyifatkan sandiwara politik Pakatan Harapan (PH) menyusahkan rakyat.
Ujarnya, fokus kerajaan PH seharusnya memberi tumpuan ke arah agenda membangunkan dan membaik pulih keadaan ekonomi negara.
"Macam pepatah Melayu, mereka boleh tidur satu kelambu tapi tetap mimpi lain-lain.
"Hari ini mereka boleh jadi kawan, esok mereka boleh jadi musuh, itulah sikap orang politik," katanya kepada Harakahdaily ketika diminta mengulas mengenai timbul desas-desus gerakan menjatuhkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau menyokong sepenuhnya kepimpinan Tun Mahathir turut menyatakan rasa kesalnya apabila kabinet di bawah Tun Mahathir masih lemah memainkan peranan membantu Perdana Nenteri untuk mentadbir negara.
Aktivis masyarakat yang lebih mesra dikenali Uncle Kentang itu tetap optimis memperjuangkan nasib rakyat dan beliau berani berjuang bersendirian tanpa melibatkan diri dalam mana-mana parti politik di Malaysia ini.
Katanya lagi beliau tidak berminat untuk berpolitik seperti orang politik tetapi ikhlas dan ingin bekerja untuk rakyat sepertimana dilakukan sebelum ini.
"Orang politik mereka hanya mementingkan politik mereka sahaja, mereka bukan nak jaga rakyat, bukan nak jaga kebajikan rakyat," katanya ketika ditemui hari ini.
Justeru itu, Chee Heng memilih masuk bertanding pada PRK kali ini sebagai cara ‘menjentik’ kepimpinan kerajaan hari ini.
Kerusi Dun Semenyih kosong selepas kematian wakil rakyatnya Bakhtiar Mohd Nor, 57, akibat serangan jantung pada 11 Januari lalu di Hospital Kajang.
Hari mengundi bagi PRK Semenyih diadakan pada 2 Mac ini dengan hari pengundian awal ditetapkan pada 26 Februari ini.
Turut bertanding dalam PRK ini calon mewakili parti PSM, Nik Aziz Afiq Abdul, Zakaria Hanafi (BN) dan Muhammad Aiman Zainali (PH). –HARAKAHDAILY 21/2/2019


Serang PAS, Walau Tak Bertanding, Tutup Renggang Dalam PH.




PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mendapati serangan bertali arus pemimpin utama DAP dan PAN akhir-akhir ini adalah untuk menutup kelemahan mereka dalam kerajaan.
Walaupun PAS tidak bertanding dalam PRK Semenyih tetapi serangan dari mereka terhadap PAS seolah-olah seperti mereka dalam keadaan yang paranoid.
nasrudinta
Rakyat melihat kerjasama dalam kalangan PH sudah renggang. Hanya PPBM dilihat menunjukkan komitmen dalam PRK Semenyih, sebaliknya parti-parti lain seolah-olah tidak ambil peduli.

Kekalahan PH dalam PRK Cameron Highlands tempoh hari adalah bibit perpecahan dalam PH.
Oleh sebab itu, seorang AJK DAP Johor lantang mengkritik dan mendesak YAB PM meletakkan jawatan beberapa hari lalu.
Mereka menganggap hanya Tun Dr Mahathir adalah liabiliti semasa PH dan menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan. Maka, PRK Semenyih adalah ‘referendum’ PH terhadap Tun Dr Mahathir.
PAS yang telah menghidu percaturan politik komponen PH telah berjumpa dengan YAB Perdana Menteri baru-baru ini.
PAS telah menyatakan sokongan dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan Islam dan Melayu serta mahu beliau meneruskan kepimpinan sehingga akhir penggal.
Sekiranya berlaku pertukaran jawatan PM disebabkan pergolakan dalaman PH, PAS bimbang kepentingan rakyat akan diperjudikan.
Setakat ini banyak pendirian PM selari dengan tuntutan PAS antaranya seperti isu ICERD, LGBT, Pilihan Raya Kerajaan Tempatan, Israel dan umat Islam di Myanmar.
Islam Memimpin
NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat
16 Jamadil Akhir 1440 | 21 Februari 2019 – HARAKAHDAILY 21/2/2019

Tabung Haji, Siapa Bodoh? Tentulah PH..



Semalam ada beberapa pemimpin kanan Pakatan Harapan termasuk ahli parlimen mereka berkongsi satu laporan portal kononnya kedudukan kewangan TH adalah terlalu tenat. Disamping terpaksa membelanjakan RM400 juta bagi subsidi haji, TH juga terpaksa memberi hibah kepada pendeposit. Maka orang Islam sepatutnya memahami dan tidak perlu mengharapkan subsidi haji kerana ia sudah menjadi beban kepada TH [1]

Pertama sekali, saya nak pesan kepada pemimpin PH supaya jangan guna taktik BN zaman 90an yang suka hina orang Melayu sebagai bangsa subsidi. Kalau kami bangsa Melayu ini tak nak diberi naik haji kerana tidak berkemampuan (istito'ah), maka kenapa kamu sebagai kerajaan masih lagi nak kami bangsa Melayu bayar cukai pendapatan, cukai SST, cukai soda, cukai perniagaan dan lain lain kalau kamu dah tahu kami ni 'tak berkemampuan'?. Tang cekau duit rakyat ni tak nak kira pula faktor istito'ah.

Kedua, subsidi haji ni jumlahnya RM400juta setahun. Termasuk subsidi kepada pengiring dan perayu. Sedar atau tidak apabila berlakunya pindahmilik saham2 yang memberi dividen tinggi kepada SPV dan diganti dengan RCPS-i yang tiada dividen, ia sebenarnya telah menghilangkan pendapatan tetap TH setiap tahun?

Contohnya, TH telah memindahmilik 500juta saham Malakoff bernilai sekitar RM430 juta. Malakoff ini konsisten bagi dividen +-7% setahun. Maknanya tahun ini sahaja, Malakoff dijangka mampu memberi pendapatan tambahan RM30 juta kepada TH. Cukup untuk bagi subsidi kepada 2,400 jemaah haji.

Tapi sebab SPV ganti saham tersebut dalam bentuk RCPS-i, TH dah tak boleh terima dividen puluhan juta ini.

Ini baru Malakoff. Bagaimana dengan saham saham lain yang mempunyai dividen tinggi seperti Naim Holdings, Pintaras Jaya, Eastern Oriental, Hap Seng Plantations, IJM Corp, Icon Offshore dan UEM Sunrise yang selama ini berjaya memberi hasil memuaskan kepada TH? Sekarang dividen tu dah tak ada. 

Ketiga, tahukah anda sejak PH mengambil alih kerajaan, 20 syarikat utama yang mana Tabung Haji mempunyai pegangan saham signifikan telah kehilangan nilai sebanyak RM2.74 bilion. Nilai ini boleh menampung subsidi haji selama 7 tahun.

Jadi kenapa nak salahkan rakyat? Kenapa nak guna istilah agama untuk hina akal budi rakyat? Mana tanggungjawab kerajaan dalam membantu dan memudahcara ibadat rakyat? 

Sedangkan masalah yang berlaku adalah kerana kalian gagal mengurus ekonomi dan kalian gagal mengurus kewangan Tabung Haji.

Saya akhiri status ini dengan ucapan berhikmah seorang pemimpin negara yang pernah menjadi idola saya 21 tahun dahulu:

"Siapa bodohhhhhh??"
..............
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Gong Pasir, Dungun Terengganu
Rujukan:
[1] http://bebasnews.my/…/tiba-masanya-kita-tahu-hakikat-seben…/


MR :  Tentulah PH 

MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails