PERENANG seirama Katrina Ann Hadi, 22, (kanan) dan Tasha Jane Taher Ali,
19, meraikan emas pertama Malaysia di Kejohanan Renang Asia Tenggara
2014 di Singapura. Mereka mengumpul 73.59 mata dalam acara rutin
teknikal duet iaitu satu daripada lima acara yang disertai Malaysia
dalam kejohanan ini. (myMetro)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Demi emas sanggup bogel (berpakaian tetapi telanjang). Begitu, cara didik UMNO K\ke atas umat Islam di Malaysia.
Wednesday, June 25, 2014
Tuesday, June 24, 2014
Kau Lembu, Sesat Di Hujung Jalan, Kembalilah.
Lembu ini sedang berusaha mencari jalan pulang.
Seorang pelumba basikal, Rolf Steiner ternampak haiwan itu di atas bumbung licin dan curam sebuah rumah di kawasan ladang berhampiran bandar Bern.
"Saya tidak percaya dengan apa yang saya lihat dan terpaksa melihat sebanyak tiga kali untuk memastikan apa yang saya lihat adalah benar. Seekor lembu berada di atas bumbung," katanya.
Lembu itu akhirnya berjaya mencari jalan pulang ke padang rumputnya, tetapi malangnya kepingan-kepingan jubin bumbung telah pecah.
"Dia sentiasa menjadi binatang yang paling cepat menaikkan kemarahan saya, sentiasa mahu saya ikut kehendaknya, bukan saya," jelas pemilik ladang, Dieter Mueller.
"Dia akan berada di sana untuk selama-lamanya jika dia mahu. Saya cuba untuk memujuknya supaya turun apabila pertama kali melihatnya di situ tetapi dia tidak akan berganjak.
"Dia memerlukan 'masa manisnya' sendiri. Dan saya akhirnya ditinggalkan dengan bil-bil untuk menggantikan jubin yang pecah," katanya. (IH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kau lebih cerdik dari manusia yang sudah sesat ke hujung jalan, tapi tidal mahu kembali ke pangkal jalan.
Menonton Piala Dunia Itu Satu Jenayah.

LAURENS Kraal (kiri) dan Van Heteren
bersama van yang mereka naiki dari Bolivia untuk memberi sokongan
kepada Belanda ketika perlawanan Piala Dunia sedang berlangsung di
Brazil.
Pengembaraan 13 hari sekumpulan lelaki ke Sao Paolo
SAO PAULO - Sekumpulan tujuh lelaki Belanda tiba di Sao Paulo selepas melalui perjalanan selama 13 hari dari Bolivia menggunakan sebuah van berwarna Oren yang berusia lebih 45 tahun.
Kebanyakan mereka suka berjenaka dan memberitahu, mereka banyak menghabiskan masa di dalam van kemudian membaiki enjin dan meneruskan perjalanan. Bagi mereka ia merupakan perjalanan yang menarik dan dapat mengeratkan hubungan sesama mereka serta menikmati suasana di Amerika Latin.
Pernah sekali van yang mereka naiki rosak dan pergi ke balai polis untuk bertanyakan sama ada mereka boleh menyaksikan perlawanan antara Belanda dan Australia di balai tersebut di Ribas, Rio Pardo. Bandar tersebut merupakan separuh perjalanan antara Cochabamba di mana mereka memulakan perjalanan ke Sao Paulo.
Anggota polis itu memberitahu mereka: "Anda harus diam ketika menyaksikannya kerana menonton perlawanan itu adalah satu jenayah," ujar Udo van Heteren, 29, dari Utrecht, Belanda ketika menceritakan pengembaraan mereka. - AP
Jihad Terbaik, Berkata Benar Depan Pemerintah Zalim -Dr Mohd Badie

KUALA LUMPUR: Semasa perbicaran semalam, Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Dr Mohammed Badie yang dijatuhkan hukuman mati oleh sebuah mahkamah tentera, mengeluarkan kata-kata yang cukup memberi inspirasi kepada pejuang agama Allah.
Dalam satu kenyataan kepada hakim, pemimpin berusia 71 tahun itu berkata hukuman mati sedikitpun tidak menakutkan beliau, tetapi beliau cuma kecewa kerana tiada lagi keadilan di bumi Mesir.
"Hukuman mati tidak menakutkan saya. Saya tidak takut menghabiskan seluruh hidup saya di penjara. Jihad terbaik adalah berkata benar dihadapan pemerintah yang zalim.
"Saya mengadu kepada Allah tentang tiada lagi keadilan. Saya bertukar dari mangsa kepada tertuduh di bawah rejim rampasan kuasa tentera.
"Anak lelaki saya, Ammar dibunuh dan kejadian itu tidak pula pernah disiasat atau dibawa ke mahkamah mereka yang bertanggungjawab untuk jenayah itu," katanya dipetik Ikhwanweb.com.
Mohamed Badie dijatuhkan hukuman mati dalam satu perbicaraan tanpa kehadiran beliau dan tidak diberi peluang untuk membela diri.
"Ini adalah ibu segala ketidakadilan, terutamanya apabila pendakwa mengenakan tuduhan rekaan kepada saya dan tertuduh yang lain," katanya lagi.
Mohamed Badie dituduh menyerang dan membakar ibu pejabat polis Odoua di wilayah Minya, serta membunuh seorang anggota polis pada Ogos tahun lalu. Bagaimanapun ketika kejadian, Mohamed Badie dikatakan berada di Kaherah dan bukannya di Minya.
Sehingga kini 1,100 penyokong Presiden Dr Mohamad Morsi telah dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah dibawah rejim rampasan kuasa Mesir. - HARAKAHDAILY 24/6/2014
Kristian, Islam Bersatu Protes Perarakan Homoseks
Singapura: Sesetengah penganut Kristian menyertai Muslim Singapura
menggesa orang ramai memakai pakaian putih hujung minggu ini sebagai
protes perarakan tahunan keenam Pink Dot anjuran aktivis gay.
Tahun lalu perarakan itu disertai 21,000 orang dan dilangsungkan hanya beberapa bulan selepas mahkamah tinggi Singapura menolak petisyen supaya undang-undang melarang seks sejenis dipinda.
Minggu lalu seorang ustaz, Noor Derus, melancarkan gerakan WearWhite dan menyeru Muslim Singapura menjauhi perarakan Pink Dot yang dijadual Sabtu ini. Mereka juga diseru memakai pakaian putih untuk berdoa pada malam itu yang dijangka menjadi malam pertama Ramadan tahun ini.
Akaun Facebook kempen itu menarik lebih 3,000 “Like.” Gerakan berkenaan kemudian menarik sokongan pemimpin Gereja Baptis Faith Community, Lawrence Khong serta rangkaian gereja LoveSingapore. Khong kemudian menggesa pengikutnya berpakaian putih ketika menghadiri acara di gereja itu hujung minggu ini.
“Tindakan ini dibuat sebagai tanda sokongan mempertahankan pendirian rasmi kerajaan dalam isu berkenaan.
“Kami tidak boleh menerima homoseksual.
“Kami akan terus menolak sebarang promosi hubungan sejenis sebagai cara hidup alternatif,” katanya.
- Reuters
Tahun lalu perarakan itu disertai 21,000 orang dan dilangsungkan hanya beberapa bulan selepas mahkamah tinggi Singapura menolak petisyen supaya undang-undang melarang seks sejenis dipinda.
Minggu lalu seorang ustaz, Noor Derus, melancarkan gerakan WearWhite dan menyeru Muslim Singapura menjauhi perarakan Pink Dot yang dijadual Sabtu ini. Mereka juga diseru memakai pakaian putih untuk berdoa pada malam itu yang dijangka menjadi malam pertama Ramadan tahun ini.
Akaun Facebook kempen itu menarik lebih 3,000 “Like.” Gerakan berkenaan kemudian menarik sokongan pemimpin Gereja Baptis Faith Community, Lawrence Khong serta rangkaian gereja LoveSingapore. Khong kemudian menggesa pengikutnya berpakaian putih ketika menghadiri acara di gereja itu hujung minggu ini.
“Tindakan ini dibuat sebagai tanda sokongan mempertahankan pendirian rasmi kerajaan dalam isu berkenaan.
“Kami tidak boleh menerima homoseksual.
“Kami akan terus menolak sebarang promosi hubungan sejenis sebagai cara hidup alternatif,” katanya.
- Reuters
Jemaah Umrah Mati Dalam Penerbangan Pulang.
Kuala Lumpur: Seorang jemaah umrah Malaysia meninggal dunia dalam pesawat Flynas milik Arab Saudi ketika dalam penerbangan pulang dari Jeddah ke Kuala Lumpur, pagi semalam.
Berikutan kejadian itu, pesawat berkenaan terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Colombo, Sri Lanka dan mengakibatkan penerbangan pulang ke Malaysia tertangguh selama 12 jam.
Pengarah Urusan Rayhar Travels Sdn Bhd, Harun Ahmmu berkata jemaah umrah syarikatnya itu dikenali sebagai Zaleha Salleh, 46, dari Kuala Berang, Terengganu dan disahkan meninggal sekitar pukul 8 pagi waktu Colombo akibat sesak nafas ketika berada dalam pesawat.
"Berikutan kematian jemaah itu, penerbangan terpaksa berpatah balik dan mendarat di Colombo bagi memberi rawatan dan menguruskan jenazah Zaleha.
"Pihak kami telah menghubungi Konsulat Malaysia di Colombo dan Islamic Jemaah untuk pengurusan jenazah sehingga selesai sebelum dihantar pulang ke tanah air dalam masa empat hari lagi," katanya ketika dihubungi Bernama.
Harun berkata, pengurusan jenazah mengambil masa yang panjang kerana perlu mematuhi beberapa prosedur sesebuah negara apabila berlaku kematian penumpang di dalam penerbangan dan kapal terbang harus mendarat di lapangan terbang berhampiran untuk pengesahan.
Beliau berkata, syarikatnya menanggung semua kos pengurusan jenazah sebelum diserahkan kepada waris.
Susulan kejadian itu, seramai 350 penumpang termasuk 36 jemaah daripada Rayhar Travels Sdn Bhd yang sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 10.30 pagi semalam ditangguh sehingga 10.15 malam tadi.
Jemaah umrah berkenaan berlepas ke tanah suci sejak 13 Jun lepas.
Sementara itu, seorang jemaah umrah ketika dihubungi Bernama, Rozaini Omar, 46, berkata beliau mengenali arwah kerana menyertai jemaah umrah syarikat yang sama.
"Arwah dikatakan sesak nafas dalam pesawat dan diberi rawatan oleh seorang doktor dan seorang jururawat dalam kapal terbang dan sebaik mendarat di Colombo Zaleha disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan negara itu," katanya.
Rozaini berkata beliau bersama jemaah lain terpaksa berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Colombo sekitar 6.25 petang, waktu Malaysia bagi penerbangan pulang ke KLIA. - Bernama
Mualaf Ingkar Perintah Mahkamah Akan Dipenjara, Kata Peguam
Peguam M Kulasegaran berkata mualaf Muhammad Ridzuan Abdullah akan dimasukkan ke dalam penjara sebaik saja polis menemuinya dan anak, Prasana Diksa. Beliau berkata, itu adalah perintah yang diberikan kepada M Indira Gandhi daripada Mahkamah Tinggi supaya polis mencari Ridzuan yang merampas Prasana sejak 2010.
Difahamkan Indira sanggup membayar RM25 sehari bagi memastikan Ridzuan ke penjara dan seterusnya dibawa ke mahkamah.
Kulasegaran yang juga ahli Parlimen Ipoh Barat berkata beliau difahamkan polis memulakan pencarian Ridzuan dan Prasarana di Ipoh sejak Ahad.– 24 Jun, 2014. (TMI)
Subscribe to:
Posts (Atom)


