Monday, July 23, 2012

K'tan Tubuh Pasukan Khas Cegah Lombong Haram.


Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob
Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menubuhkan pasukan khas yang dilengkapi senjata bagi menangani aktiviti perlombongan haram termasuk perlombongan emas, yang menjadi kontroversi baru-baru ini. Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, pasukan itu akan ditempatkan di markas sekitar Gua Musang dan Jeli, yang dikenal pasti sebagai lokasi yang sering kali berlaku aktiviti haram.

"Penubuhan pasukan ini berkuat kuasa serta-merta, ia akan melakukan risikan, rondaan, pemantau dan tindakan  diambil sejurus aktiviti itu dikesan," kata beliau kepada pemberita, di Kota Darul Naim, hari ini.

Sebelum ini akhbar melaporkan berpuluh-puluh tapak perlombongan haram yang dikenal pasti di negeri ini dan ia berlaku sejak beberapa tahun yang lalu. Susulan itu, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membuat serbuan ke atas tapak perlombongan itu diancam oleh lapan lelaki bersenjatakan objek keras dan tajam yang cuba menghalang operasi tersebut.

Ahamd yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Pembangunan Tanah dan Wilayah berkata, pasukan khas itu akan dianggotai oleh 22 kakitangan Jabatan Hutan, enam dari Pejabat Tanah dan Galian dan seorang dari pejabat daerah.

Ditanya adakah penguatkuasaan sebelum ini tidak berkesan sehingga aktiviti haram itu gagal dibanteras, Ahmad berkata, anggota penguat kuasa yang tidak berada dalam satu pasukan menyebabkan tindakan untuk mengawal aktiviti itu perlahan.

"Sebelum ini pegawai penguat kuasa hanya ada jajahan masing-masing, dengan adanya markas kita dapat bertindak dengan segera," katanya.

Mengulas mengenai kenyataan terdapat unsur rasuah membabitkan segelintir pegawai, Ahmad berkata, pihaknya akan memantau perkara tersebut dan mengambil tindakan sekiranya terdapat bukti wujudnya pegawai yang melakukan tindakan tersebut. (SH)

UMNO Hubung Komunis, Gambar Ini Jawab Zaid

. INI Buktinya..

Umno Zaman Dulu.




Umno Zaman Najib.




Petikan Media.



Disahkan oleh Umno.... Disahkan oleh Umno... Disahkan oleh Umno ( sebut sarkis )



Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam menolak dakwaan kononnya Umno mempunyai hubungan dengan pihak komunis. Beliau berkata Umno dalam sejarahnya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan golongan fahaman komunis.
"Apa buktinya? Dalam sejarah parti Umno, parti ini anti Parti Komunis Malaya. Jangan buat cerita mengarut," katanya ketika diminta mengulas laporan portal media, Free Malaysia Today (FMT).
(IH/Hrkh)

Ini, Masjid Dari Sabut Kelapa.. Subhanallah!

JOM KREATIF
Subhanallah! Baru masuk Islam, buat masjid dari sabut kelapa. Orang-orang di Republik Togo, Afrika Barat. -Dr. Muhammad al Khudairi.
  • "Maka nikmat Allah yang mana hendak kamu dustakan? [Ar-Rahman:13]
  • “Hai orang-orang beriman, barangsiapa yang murtad di antara kamu dari pada agamanya, kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum, Allah mengasihi mereka dan mereka mengasihi Allah, mereka lemah lembut terhadap orang beriman dan tegas terhadap orang-orang yang ingkar. Mereka berjuang pada jalan Allah, dan tidak takut akan cerca orang yang mencerca. Demikian itu kurnia Allah, diberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya, Allah luas kurnianya lagi maha mengetahui.” (Al-Maidah:5) 
  • (Hrkh/Greenboc)

Aliran Keluar Haram, M'sia Hilang RM893B.




KUALA LUMPUR, 22 Julai — Sejumlah RM893 billion dipercayai keluar daripada cukai ekonomi Malaysia ke luar negara antara 1970 dan 2010, demikian berdasarkan laporan kaji selidik berpangkalan di London, meletakkan negara berada di tangga tertinggi antara 20 negara membangun yang dilabelkan sebagai “tewas” dalam kehilangan modal.

Jumlah itu adalah tiga kali ganda daripada hutang Malaysia yang berjumlah RM257.2 bilion pada 2011, menurut laporan media sebelum ini. Kajian yang dijalankan oleh Tax Justice Network (TJN), satu organisasi professional berpangkalan di London termasuk ahli-ahli ekonomi dan perunding cukai, Malaysia sekarang menduduki tangga ke-12 dua anak tangga di atas RM533 bilion aliran keluar Singapura dan ketiga di bawah Indonesia yang berjumlah RM1 trilion.

Menurut penyelidik James Henry di The Guardian UK hari ini, “ekonomi luar pesisir”  meninggalkan satu impak utama dengan anggaran-anggaran ketaksamaan kekayaan dan pendapatan baru dalam mana-mana negara, serta anggaran-anggaran nisbah pendapatan negara dan hutang.

“Yang lebih penting —  (ia akan) mempunyai kesan negatif amat penting di pangkalan-pangkalan cukai tempatan ‘sumber’ negara,” kata Henry dipetik akhbar berkenaan.

Bekas ahli ekonomi dan ketua di perundingan McKinsey, dalam menyediakan laporan penyelidikan bertajuk “The Price of Offshore Revisited” untuk TJN, telah memperolehi data daripada Bank of International Settlements (BIS), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan para penganalisis sektor swasta untuk menyimpulkan bahawa lebih empat dekad lalu, satu anggaran mencemaskan sejumlah RM66 trilion atau mungkin RM100 trilion telah membanjiri daripada negara asal mereka merentasi dunia meresap masuk ke dalam “rekahan sistem kewangan”.

Menurut The Guardian, ini malah lebih besar daripada saiz keseluruhan ekonomi Amerika.
Kajian berkenaan menunjukkan bahawa aset tersembunyi luar negara  oleh mereka yang mahu mengelak cukai-cukai menandakan pekali gini rasmi sebuah negara menderita akibat kehilangan  modal tidak akan mencerminkan satu gambaran sebenar.

“Standard mengukur ketaksamaan, yang cenderung untuk bergantung kepada kaji selidik pendapatan isi rumah atau kekayaan dalam setiap negara, secara radikalnya memperkecilkan jurang benar antara kaya dan miskin,” lapor The Guardian.

Ahli TJN John Christensen berkata ini bermaksud bahawa ia menunjukkan ketaksamaan mungkin menjadi lebih “teruk,” daripada perangkaan rasmi.

“Tetapi ahli-ahli politik masih bergantung pada lelehan memindahkan kekayaan untuk orang lebih miskin.

“Data baru ini menunjukkan bertentangan telah berlaku: untuk tiga dekad kekayaan luar biasa telah dialir ke dalam akaun-akaun luar negara satu bilangan yang kecil yang sangat kaya,” katanya lagi.

Pada Disember tahun lalu, pemerhati Amerika Syarikat, Global Financial Integrity melaporkan bahawa Malaysia telah kehilangan RM150 bilion melalui kehilangan modal dalam 2009 sahaja, keempat tertinggi untuk negara-negara membangun.

Pemerhati itu juga mendapati bahawa Malaysia telah kehilangan sejumlah US$338 bilion (RM1.08 trilion) pada dekad pertama  abad ini manakala RM930 bilion telah keluar dari negara antara 2000 dan 2008, bertambah kepada RM218 bilion setiap tahun dari permulaan RM71 bilion dalam tempoh itu.

Pembangkang pusat telah lama mengkritik Barisan Nasional (BN) atas kekurangan dalam menguruskan fiskal Malaysia ekoran perbelanjaan yang mana dakwa mereka bakal menyebabkan negara ini berhadapan dengan krisis hutang suatu masa nanti. (MI)

Bahaya Arak, Polis Hidu Bau Nafas Peminum..


AFP: SEORANG anggota polis menghidu bau nafas seorang penunggang motosikal semasa satu sekatan jalan raya diadakan di Kathmandu pada 17 Julai lalu. 
KATHMANDU - Beberapa anggota polis di sini menghidu bau nafas para penunggang motosikal bagi mengesan mereka yang meminum minuman keras, lapor agensi berita AFP semalam. Ketiadaan alat penguji nafas dan ujian darah menyebabkan anggota-anggota polis menggunakan kaedah mengesan bau nafas para penunggang motosikal.

Salah seorang penunggang motosikal itu, Ram Thapa, 27, telah dikenakan denda sebanyak 1,000 rupee (RM37.79) manakala lesennya dirampas kerana polis mendapati nafasnya menunjukkan dia telah meminum minuman keras. Namun, dia tidak ditangkap.

Menurutnya, dia minum tiga gelas kecil wain buatan tempatan. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hsyim:  Begitulah bahayanya arak. Di situlah wajrnya Islam mengharmkan arak.

Ada Bukti, Ribuan Dibunuh, Selamatkan Kami..


BUKTI...Ahmad menunjukkan rakaman video  penderitaan umat Islam Rohingya.
BUKTI...Ahmad menunjukkan rakaman video penderitaan umat Islam Rohingya.

YANGON (Myanmar): “Saya bukan cakap kosong, tapi ada bukti. Penduduk etnik Rakhine kini bermaharajalela menyerang dan membunuh orang Islam Rohingya di Arakan, tetapi malangnya perkara ini tidak diketahui masyarakat luar kerana pihak berkuasa bijak menyorokkan maklumat sebenar.

“Malah, anggota pasukan keselamatan turut membantu puak Rakhine menindas penduduk Rohingya. Perkara ini bukan lagi rahsia kerana semua orang Islam di Myanmar tahu, namun kami dihalang memberi bantuan,” kata aktivis Islam yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 32, ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Ahmad yang ibu bapa dan adik-beradiknya masih di Arakan berkata, dia sentiasa memantau perkembangan di negeri kelahirannya itu selain berhubung dengan beberapa individu di sana untuk mendapat maklumat terkini.

Menurutnya, setiap individu Muslim tidak wajar berdiam diri tanpa melakukan apa-apa sedangkan ratusan ribu saudara seagama menderita akibat tekanan puak Rakhine yang dibantu pasukan seragam kerajaan di Arakan.

Beliau mendakwa pada masa ini ada kira-kira 115,000 orang umat Islam Rohingya tinggal di lima khemah penempatan sementara di beberapa kawasan iaitu di Thet Khapyin yang menempatkan 40,000 orang, Da Bai Thaecheung (25,000), Bumay (10,000), Budu Pa (20,000) dan Sampya Barat (20,000). (myMetro)

Polis Thai Kenal 5 Saspek Bom Kereta Sg Golok



Gambar hiasan

BANGKOK — Polis Thailand telah mengenal pasti lima suspek yang dipercayai bertanggungjawab dalam kejadian serangan bom kereta yang mengakibatkan lapan orang cedera di Sungai Golok, Narathiwat, Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Polis, Jen. Suwat Chan-it-tikul berkata identiti suspek berkenaan ialah Nazri Melee, Muhamadsakree Shaising, Budiman Matsaleh, Abdul Aziz Matsae dan Awae Ya. Serangan itu dirakamkan dalam kamera litar tertutup (CCTV) di Sungai Golok, katanya kepada pemberita di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu, bom buatan seberat 50 kilogram telah disembunyikan di dalam sebuah kenderaan pikap yang diletakkan di hadapan rumah kedai di Jalan Jarenkhet, Sungai Golok, sebelum diletupkan dengan menggunakkan ”walkie-talkie”. — BERNAMA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails