Friday, July 20, 2012

Puasa: Qadha. & Fidyah (Fiqh Mazhab Syafei)

 Kuliah URA (Universiti Ramadhan Al-Mubarak) siri 5 

TIBA bulan puasa ni, ramai yang bertanya berkenaan dengan qadha' dan fidyah. Aku sediakanlah serba sedikit berkenaan hal-hal demikian. Aku rujuk Fiqh Manhaji (Fiqh Mazhab Syafei) jer.

1. Musafir dan Sakit
  • Meninggalkan puasa kerana dua sebab ini wajib qadha' sebelum datang Ramadhan akan datang.
  • Kalau dia lengah-lengah (malas) sehingga masuk Ramadhan berikutnya dia BERDOSA wajib qadha' dan fidyah.
  • Kalau sakit bertahun-tahun dia hanya perlu qadha' tak perlu fidyah.
  • Sekiranya dia mati dan tak sempat qadha', jadi dia tak berdosa dan tak perlu minta orang lain qadha'kan kerana dia tidak melalaikannya (qadha' puasanya).
  • Sekiranya dia mati dalam keadaan dia mampu qadha' sebelum tu, maka wali dia DISUNATKAN qadha'kan har-hari yang ditinggal oleh si mati.
Dari Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda
"Barangsiapa yang mati dan dia masih ada puasa yang tidak diqadha', maka walinyalah yang berpuasa bagi pihaknya" - (Riwayat Bukhari dan Muslim)
  • Sekiranya tiada seorang pun nak ganti puasa dia, wajib keluarkan satu cupak makanan dari harta pusaka dia. Kalau harta pun tiada, orang lain boleh keluarkan bagi pihaknya dan terlepaslah dosanya.
Abu Dawud telah meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya:
"Apabila seseorang itu sakit pada bulan Ramadhan, kemudian dia meninggal dunia dan dia tidak berpuasa, hendaklah diberi makan bagi pihaknya"

2. Orang yang terlalu tua dan pesakit yang tiada harapan untuk sembuh
  • Wajib bersedekah satu cupak makanan asasi bagi setiap hari yang ditinggalkan
Firman Allah bermaksud:
"Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah (dengan) memberi makan orang-orang miskin".
- Al Baqarah, ayat 184
  • Orang sakit tiada harapan sembuh dan orang tua yang tak mampu puasa hukumnya sama.
3. Perempuan hamil (kalau ada jantan kata dia hamil, ketuk kepala dia!) dan menyusukan anak.
  • Wujud mudharat kalau berpuasa, samada pada diri sendiri atau kandungan atau anak yang disusukan maka boleh berbuka dan qadha' sebelum datang Ramadhan akan datang dan secupak makanan asasi bagi setiap hari yang ditinggalkan.
Dari Anas bin Al Ka'bi r.a, daripada Rasulullah s.a.w sabdanya yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah s.w.t telah mengangkat puasa orang yang musafir (boleh berbuka) dan telah mengurangkan solatnya (boleh diqasarkan solatnya) dan diangkat puasa daripada perempuan yang hamil dan sedang menyusukan anak".
- (Riwayat Titmizi dan Abu Dawud)
Fidyah: Memberi makan kepada orang-orang fakir dengan secupak makanan asasi. Perkara ini bertambah dengan bertambahnya tahun. Secupak = 600 gram.

Wali: Kaum kerabat

(Diangkat dari Blog  http://kalam-ummah)

Tentang Kita, Dakwah 6itxh Sense

6IXTH SENSE buat pertama kali muncul dengan sebuah album kerohanian dan kemanusiaan yang diberi judul Tentang Kita. 

 HALAMN HIBURAN
 TERKENAL menerusi untaian lagu cinta, grup 6ixth Sense kini kembali dengan album terkini. Menariknya, album kali ini dibikin khusus sempena kedatangan Ramadan kerana ia merupakan sebuah album berunsur kerohanian.

Sengaja memilih judul Tentang Kita, ia dianggap sebagai simbolik kisah hidup manusia yang mencari keredaan Tuhan, tidak mengira sama ada manusia itu berada dalam kesusahan atau dalam lambakan nikmat Tuhan.

Himpunan lagu yang dipilih juga berkait rapat dengan perkara yang berlaku dalam kehidupan harian manusia, khususnya yang masih mencari kedamaian (peristiwa di Syria dan masalah rumah tangga), pencarian kasih sayang (daripada Allah, para Rasul serta ayah dan ibu), penemuan keredaan dan bantuan Tuhan serta khusus untuk para Muslimin yang menagih syafaat Rasul (ikon terbaik).

"Ini merupakan kali pertama Sixth Sense lahir dengan sebuah album penuh yang kesemua lagu berkonsepkan kerohanian.

"Ia juga merupakan kelainan yang cuba kami tampilkan kepada para peminat. Sebelum ini kami ada menghasilkan lagu-lagu sebegini, (kerohanian) tetapi lirik yang berunsur kerohanian tidaklah terlalu mendalam seperti Khatimah Cinta," ujar vokalis 6ixth Sense, Adi.

Sambutan yang baik daripada peminat kerana berpendapat ia mempunyai keistimewaan tersendiri.
Ujarnya: "Selain itu kami anggap kelahiran album ini juga mempunyai keistimewaan tersendiri kerana lirik-lirik lagu dalam album ini yang banyak mengandungi unsur-unsur nasihat serta mampu memberikan mesej yang positif kepada pendengar."

Tentang Kita mengandungi lagu-lagu seperti Ayah Dan Ibu, Damai Yang Hilang, Rasulullah dan Cintaku Padamu Seluas Angkasa (Selawat) yang mendapat sentuhan susunan muzik yang direncana 6ixth Sense sendiri turut dimantapkan dengan bunyi strings oleh Dimawan Krisnowo Adji Sa'unine Strings.

Album tersebut turut dimuatkan dengan beberapa buah lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan nasyid tempatan iaitu Nowseeheart dan Hijjaz, tetapi diberi nafas baharu oleh grup ini. Mereka juga merakamkan album tersebut di tiga buah studio berbeza iaitu Hijjaz Studio, King's Studio dan Studio 18.

Bercakap mengenai proses menyudahkan Tentang Kita, Adi mengaku mereka terpaksa berhadapan dengan beberapa cabaran.

"Tidak dinafikan kami turut berhadapan dengan cabaran untuk menghasilkan album ini, terutamanya susunan muzik yang tidak boleh terlalu keras dan perlu memilih lagu yang sesuai agar dapat diterima ramai. Bagaimanapun semuanya berjalan lancar sehingga pembikinan album ini selesai," ujarnya.

Harapan mereka juga, agar album tersebut dapat memberi manfaat kepada semua pendengar melalui dakwah secara seni. Sementara itu, lagu baharu berjudul Altar Cinta ciptaan penuh Adi, bakal menemui peminat yang menantikan sentuhan baharu mereka yang semakin popular selepas muncul dengan album mereka yang berjudul, +-x÷.

Malah, lagu berkenaan telah diperdengarkan secara serentak menerusi radio utama tempatan pada 18 Julai lalu. Sebelum ini, mereka tampil dengan single pertama menerusi album ini dengan lagu menampilkan kumpulan nasyid Saujana berjudul Penerang Hati ciptaan Faiz Azizi Arlis atau Gjie dan semakin mendapat tempat di carta radio tempatan, malah mula menjadi pilihan di pusat karaoke seperti Red Box. - RONI HIDAYAT RIDWAN (Kosmo)

Yg Tak Betul... Pembunuhan U/Islam Myanmar


DI TENGAH-TENGAH kesedihan khabar saudara-saudara kita dibantai di Myanmar, ternyata ada saja personal-personal tidak bertanggung jawab merekacipta beberapa foto yang sebenarnya bukan foto pembantaian kaum Muslim di sana, namun di klaim, itu adalah foto kaum Muslim yang dibantai. Dan parahnya beberapa aktivis dakwah melalui akaun-akaun facebooknya pun langsung percaya dan disebarkan.

Sumber foto aslinya :
Aktivis di tibet berdemo sambil membakar diri.
Tibetan Activist Sets Himself On Fire To Protest Chinese President's Visit To India [PHOTOS] - International Business Times

Gempa di Tibet Menelan Banyak Korban.
ཆུ་ཐིགས་སྔོན་མོà½*འ²à¼‹à½Ÿà½²à½“་བྲིས། - བོད་ཀྱི་དུས་བབ།

Sungguh ini adalah perkara yang tidak ahsan, tidak cerdas, dan mengundang fitnah. Padahal Allah SWT dalam berfirman demikian :
  • يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُونُوا۟ قَوَّٰمِينَ لِلَّهِ شُهَدَآءَ بِٱلْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَـَٔانُ قَوْمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعْدِلُوا۟ ۚ ٱعْدِلُوا۟ هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرٌۢ بِمَا تَعْمَلُونَ  Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. ~Qs.Al-Maaidah~Ayat:8

Wahai ikhwan wa akhwat, ketahuilah sejahat apapun hal-hal dikatakan oleh kaum kufar, kita tetaplah perlu menunjukkan dan menceritakan berita sesuai keadaan faktanya.. Dan janganlah mengada-adakan cerita yang membuat kaum lain meragukan kejujuran kita.

Berkait dizalimi & dibantainya saudara-saudara kita di Myanmar.Semoga Allah segera memberi pertolongan kepada kaum Muslim di Myanmar, di Palestin, di Suriah (Syria), dan di seluruh dunia.

SUMBER : ZILZAAL: FOTO DUSTA TENTANG PEMBANTAIAN BURMA

Ini, Sejadah Seks Pula..


Di mana adengan 'seks'nya? Lihat seterusnya...


:getokk: AWAS! Ada pesan tersembunyi dari sejadah ini. 
Bermula dari adengan seks sampai kepada masej freemason.  Weblog Ibnu Hasyim cuma nikilkan.. Saudara nilailah sendiri! Begini....


'Subliminal message' atau pesan bawah sedar, merupakan signal atau pesan terdapat dalam media, dirancang melalui atas normal fikiran / presepsi manusia. Pesan itu sebenarnya tidak mudah disedari atau diketahui. Namun dalam keadaan tertentu dapat mempengaruhi fikiran, perilaku, tindakan, sikap, sistem kepercayaan dan sistemnilai secara positif mahupun negatif.

 Istilah 'bawah sedar' bererti 'beneath a limen' (ambang indrawi). 'Subliminal' berasal dari bahasa Latin. Kata 'sub' bererti di bawah, dan 'limen', bererti 'ambang' (This is from the Latin words sub, meaning under, and limen, meaning theshold).

1.1  Lambang Kelamin(seks) di sejadah

1.2 Adegan seks di sajadah ini..

2.1 Lambang Masonic (freemason) di sejadah.

Sejadah, kita gunakan tiap hari untuk alas tempat kita solat. Di bawah ini, gambar sejadah yang mempunyai 'unsur-unsur Masonic'.
Berdasarkan dari gambar 'Master Carpet Freemason' di atas, dapat dilihat ciri-cirinya iaitu..
  1. Lantai petak (Checkered Floor)
  2. Bintang dan Bulan
  3. 2 tiang yang juga dikenali sebagai Joachim dan Boaz.
2.2 Perhatikan sajadah di atas, ia juga mempunyai 3 ciri seperti dinyatakan, iaitu.. 
  • bintang dan bulan, 
  • lantai berpetak (checkered floor) dan 
  • 2 tiang.GAOTU (Great Architect Of The Universe), All Seeing Eye dan tiang Joachim Boaz.

2.3 Jika kita perhatikan sejadah di atas secara teliti, kita juga akan melihat 2 tiang iaitu..
  • tiang Joachim dan Boaz, 
  • All Seeing Eye dan GAOTU yang tergantung di antara 2 tiang. 
  • All Seeing eye dapat dilihat di tengah antara 2 tiang. 
Cuba bandingkan sejadah di atas dengan gambar di lodge Freemason di bawah..
Perhatikan..
  • GAOTU yang tergantung di logde Freemason di atas. 
  • Ada persamaan dengan gambar yang tergantung di sajadah di atas. 
  • Jika saudara  zoom gambar di logde Freemason tersebut, saudara akan melihat lambang bulan dan bintang di sdut jangka lukis itu.
Ini membuktikan, Masons menggunakan lambang ini sebagai salah satu lambang mereka dan lambang ini bukanlah lambang agama Islam yang suci ini.

2.4 Di sini di'zoom'kan gambar-gambar tersebut. Perhatikan..
  • Lambang Bulan dan Bintang yang jelas kelihatan di sisi jangka lukis dan 
  • Bandingkan GAOTU yang tergantung di sejadah dan di lodge.

Kesimpulan: Inilah rancangan jahat freemason yang banyak beredar di antara kita tanpa kita sedari. Walaupun dengan perkara sekecil ini, mereka tetap menjalankan rencana jahat mereka. Diharap kita semua lebih berhati-hati dan peka setelah ini dalam kehidupan sehari-hari...

Allahu 'aklam.

Thursday, July 19, 2012

Ramadhan 'Satu Latihan': N/Aziz & Husam Musa

 Kuliah URA (Universiti Ramadhan Al-Mubarak) siri 4
  1. kuliah ramadhan oleh yb dato haji husam musa

    kuliah ramadhan oleh yb dato haji husam musa
    by kelatetoday 11 months ago 230 views

Ramadhan Satu Latihan - Kuliah Tok Guru Nik Aziz (1/8) - Malaysia ...

www.youtube.com/watch?v=w0SnQZauRmo25 Jan 2010 - 9 min - Uploaded by YangAkuSegala
Malaysia News (((KEMPEN))) http://royaltirakyat.blogspot.com/2010/01/ceramah- royalti-petroleum-ku ...

Menang Tuntutan Walaupun Kudung

ROWE yang duduk di atas kerusi roda meninggalkan Mahkamah Tinggi di Melbourne semalam.


Wanita Kudung Menang Berjuta Dolar
 SYDNEY - Seorang wanita yang dilahirkan tanpa tangan dan kaki selepas ibunya mengambil ubat thalidomide semasa hamil berjaya memenangi satu penyelesaian di Mahkamah Tinggi di sini melibatkan ganti rugi berjumlah berjuta-juta dolar daripada pengedar ubat itu dari Britain.

Wanita itu, Lynette Rowe, 50, dari Melbourne mendakwa keadaan yang menimpa dirinya disebabkan ibunya mengambil ubat thalidomide. Thalidomide diberikan kepada wanita hamil pada tahun 1950-an dan 1960-an sebagai rawatan untuk sakit pada waktu pagi. Namun, ubat tersebut kemudian ditarik balik daripada pasaran pada tahun 1961 kerana ia didapati menyebabkan kecacatan pada bayi.

Ubat tersebut menyebabkan ribuan bayi di seluruh dunia mengalami kecacatan. Rowe membuat tuntutan undang-undang itu terhadap tiga pihak iaitu pembuat ubat dari Jerman, Grunenthal, syarikat Distillers Ltd., dari Britain yang menjual ubat tersebut di Australia dan Diageo Scotland Ltd. Diageo Scotland Ltd. mempunyai aset dalam syarikat Distillers.

Peguam Rowe, Peter Gordon menyatakan anak guamnya itu telah mencapai penyelesaian dengan Diageo dan Distillers. Syarikat Grunenthal enggan mencapai penyelesaian dalam kes tersebut. "Jumlah penyelesaian masih rahsia tetapi saya boleh menyatakan ia mencukupi buat Rowe untuk seumur hidupnya," kata Gordon. - Agensi

Foto Bersejarah Merubah Dunia. (1-10)

1. Gambar Ini Ubah Fikir AS Terhadap Vietnam (1968) 
SEMASA Jenderal Nguyen Ngoc Loan, ketua Pois Vietnam Selatan mulai menarik pelatuk pistol kearah seorang komandan gerila Vietkong, fotografer Associated Press Eddie Adams mulai menekan tombol shutter kameranya.

Eddie Adams memperoleh penghargaan jurnalisme tertinggi, Pulitzer, melalui foto yang diambilnya ini. Namun lebih dari itu, foto ini mengubah pemikiran masyarakat Amerika Syarikat (AS) terhadap Perang Vietnam, yang memicu gerakan anti perang dan menginspirasi lahirnya 'generasi bunga' di AS waktu itu.(1968)

Bagi jenderal itu, foto ini membuatnya menjadi ikon kekejaman dan ejekan disertai penolakan yang selalu menghambatnya ke manapun dia pergi sampai akhir hayatnya.

2. Jenderal Soedirman Dalam Usungan (1948)
 
MENURUT pencatat, "Foto diatas [Jenderal Soedirman Dalam Tandu (1948)], saya dapatkan tahun 2001, dan saya kesulitan mengingat sumbernya.."

Pak Dirman (Soedirman)adalah Jenderal pertama dan termuda yang dimiliki Indonesia. Salah satu teladan dan tokoh terbesar yang dilahirkan bangsa. Tokoh yang dikenal sangat teguh berpegang pada prinsip ini juga sangat tangguh. Dalam keadaan sangat lemah kerana paru-parunya tinggal sebelah, dia memimpin perjuangan gerila selama 7 bulan menghadapi agresi militer ke-2, berpindah dari hutan ke hutan dengan ditandu (usung) dan tanpa ubat sama sekali.

Hanya semangat pasukan dan kepasrahan dirinyalah yang menjaganya tetap tegar. Semangat dan keteguhan Pak Dirman terus menjadi penggerak perjuangan kala itu. Dan foto ini terus menjadi pengingat dan pembangkit 'dunia Indonesia', begitu banyak nilai baik, prinsip dan keteguhan yang kini mulai luntur dimana-mana. Semangat perjuangannya dirakamkan dan menjadi impian masa kini.


3.Wanting A Meal (1993)
KEVIN Carter berangkat ke Sudan dengan niat untuk mengambil foto pemberontakan yang terjadi. Namun sesampainya disana, justeru korban kelaparanlah yang menarik minatnya. D jalan dia menjumpai seorang kanak-kanak perempuan kelaparan merangkak lemah, susah payah menuju pusat pembagian makanan, berhenti di tengah jalan dan mengumpulkan tenaga.

Di tengah kejadian itu, seekor burung bangkai datang dan menunggu kanak-kanak tersebut. Carterpun mengabadikan kejadian tersebut. Foto ini pertama dimuat di akhbar New York Times, dan reaksi keras bermunculan mengkritik Carter yang tidak menolong gadis kecil ini. Carter beralasan dia sudah mengusir burung bangkai tersebut sesudah mengambil foto, namun tidak menolongnya kerana konvensi fotografer yang tidak boleh ikut campur dalam konflik (?).

Kontroversi terus menghujani Carter, meskipun hadiah Pulitzer diterimanya atas karyanya ini. Tahun 1994, Carter ditemui bunuh diri dengan sengaja, mengalirkan gas CO dari knalpot kereta ke dalam ruangannya. Dia meninggalkan catatan yang isinya berupa penyesalan dan kesedihan kerana tidak menolong kanak-kanak kecil itu, juga frust akibat terjerat hutang serta sedih kerana sahabat karibnya tertembak.

Foto ini selalu mengingatkan tragedi kemanusiaan di Afrika dan tragedi dalam dunia fotografi itu sendiri, keduanya memang tidak boleh dipisahkan.

4. Pendaratan Normandy (1944)
ROBERT Capa memiliki pakej pembelanjaran aktif, kreatif, efektif, dan menyenangkan yang sangat terkenal, “Jika hasil fotomu tidak bagus, bererti kamu kurang dekat.” Begitulah kira-kira.

Sebelum era Capa, jurnalisme foto masih belum begitu dihargai. Robert Capa seperti menjadi penanda pentingnya jurnalisme fotografi yang kemudian menjadi sangat berpengaruh di banyak peristiwa besar dunia. Karya Capa paling dikenal adalah serangkaian foto pendaratan Normandy dimana dia ikut dalam rombongan airborne yang mendarat di pantai OmahaPerancis selama perang dunia ke 2.

Terjebak dalam hujan peluru dan granat antara Sekutu-Jerman, dan selama beberapa jam awal berhasil mengambil 106 foto dari kamera Comtax berlensa pendek 50mm dan 6 roll filem untuk mengabadikan invansi yang menjadi awal tumbangnya Adolf Hitler ini. Kesalahan yang dilakukan staf pencucian filem membuat semua fotonya terlihat kabur, namun pakej Capa kemudian diikuti seluruh jurnalis foto sampai detik ini: mengabadikan peristiwa dari jarak sedekat mungkin. Karya Capa lainnya boleh didapati.

5. Lynching (1930)
SERAMAI10,000 warga kulit putih nekad mengamuk dan menggelandang dua pemuda kulit hitam dari penjara, serta menghukum mereka dengan hukuman gantung tanpa keputusan hakim.

Kedua pemuda ini dituduh memperkosa seorang gadis kulit putih. Peristiwa terjadi di Marion-Indiana, dimana pengadilan massal sering sekali terjadi jika pelaku yang menjadi tertuduh adalah warga kulit hitam.

Foto pengadilan masal seperti ini dulu sering dibuat menjadi postcard untuk menunjukkan supremasi kulit putih. Wajah mayat yang digantung berbanding kontras dengan kepuasan yang diperlihatkan warga, sebuah monumen kekejaman dan sikap barbarian…

6. Earthrise (1968)
FOTO ini adalah foto planet bumi yang diambil pertama kali dari luar angkasa. Banyak orang menyebutnya sebagai foto lingkungan hidup paling berpengaruh yang pernah diambil. Diambil pada malam natal tahun 1968, oleh kru Apollo 8, William Anders. Foto ini mengingatkan banyak orang akan ringkihnya eksistensi manusia dan kecilnya planet dibandingkan alam raya.

7. Tragedi Tiananmen (1989)
DEMONTRASI sekitar 3,000 mahasiswa di Beijing berubah menjadi demosntrasi masal jutaan rakyat Cina, meminta reformasi pemerintahan yang tidak adil. Selama 7 minggu, rakyat dan tentara berhadap-hadapan dan saling mengejek. Saat partai komunis mulai mengerahkan tank untuk membubarkan masa, seorang mahasiswa nekad menghadang laju sebarisan tank, berdiri tegap didepannya sambil memegang tas.

Seorang pahlawan lahir. Pahlawan kedua lahir, saat pengemudi tank menolak perintah komandannya untuk melindas mahasiswa tersebut dan memilih berjalan memutarinya. Kejadian ini memang tidak berakhir indah kerana pembantaian akhirnya terjadi di lapangan Tiananmen. Namun sejak itu masyarakat Cina mulai sedar, selalu ada harapan akan kesatuan antara tentera dan rakyat.

8. Foto Manusia Dengan Sinar Rontgen Pertama (1896)
SEMASAa bereksperiman dengan tabung sinar katoda yang ditambahi barium platinosianida, Rontgen terkejut ketika mendapati bahwa hasil foto ternyata menghasilkan efek pendaran yang berbeda.

Menyedari kekuatan sinar yang dihasilkan tabung itu, Rontgen memotret tangan isterinya (perhatikan cincin kimpoi yang melingkar) dan membuat foto sinar X yang pertama. Sebelum itu, dokter tak pernah dapat melihat bahagian dalam tubuh manusia kecuali membedahnya. Rontgen sendiri memperoleh hadiah Nobel fizik tahun 1901.

9. Loch Ness (1934)
LEGENDA monster Lochness di Skotland sebenarnya sudah berhembus sejak abad ke 1. Namun tidak, sebelum foto diatas dicetak dan tersebar. Cerita palsu ini menjalar keseluruh penjuru dunia.

Foto ini bertanggungjawab atas puluhan tahun spekulasi, million dolar wang dari poket pelancong yang datang dari seluruh penjuru dunia dengan eksplorasi bawah air yang mahal dan menghabiskan tenaga. Semua gara-gara foto palsu ini. Christian Spurling, Marmaduke dan Ian Wetherell merakit monster palsu dari mainan kapal selam dan kayu. Dengan mengambangnya diatas danau, kemudian merakam dengan kamera.

Pengakuan mereka 60 tahun kemudian (1994) terbukti gambar itu palsu dan hanya direka. Gambar ini hanyalah permainan kapal selam yang dilengkapi oleh kepala ular laut. Ianya mengakhiri spekulasi tentang kebenaran cerita monster Loch Ness. Foto ini mungkin sekali adalah foto rekaan pertama kali didunia.

Selain itu menandaskan kembali kenyataan 'Kamera tidak pernah berbohong…manusialah yang berbohong!'

10.Kent State (1970)
KETIKA presiden Richard Nixon mengatakan dia sedang mengirimkan pasukan ke Kemboja, mahasiswa di negara itu melancarkan protes. Di Kent State beberapa orang melempar batu.pasukan nasional Ohio dan masuk ke pergumulan. Tiba-tiba berlaku tembakan kepada para pemrotes,dan mengorbankan 4 orang. Dua diantaranya ketika sedang berjalan menuju ke kelasnya.

Foto ini menangkap momen penting dimana perajurit Amerika sudah menewaskan anak amerika. Fotografer mahasiswa John Filo memenangkan Pulitzer. Peristiwa itu juga diingat pada lagu Neil Young dan filem TV. Gadis yang bernama Mary Ann Vecchio kemudian berbalik tidak mahu menjadi mahasiswa Kent State dan dikirimkan kembali ke keluarganya di Florida.
(IH)

Bersambung..

Lihat sebelum ini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails