Program Kongress 60 tahun PAS dan Pelancaran Ameerah..
ALOR SETAR, 2 Jun: Ameerah Dewan Muslimat PAS Pusat bertekad menjadi pelengkap kepada perjuangan politik anak muda Malaysia. Pengerusinya, Fareedah Samad berkata, bagi merealisasikan tekad
itu, Ameerah membawa tiga misi yang menjadi gagasan penting untuk
mencipta perubahan di Malaysia.
Tiga misi yang mensasarkan golongan wanita itu adalah..
- memperbaiki persepsi politik di kalangan wanita muda Malaysia,
- meningkatkan penyertaan wanita muda dalam masyarakat
- dan memupuk
semangat semangat cintakan negara.
Beliau berkata, melihat kepada situasi politik yang semakin
kotor termasuk budaya politik lucah di negara ini, wanita muda tidak
harus lagi berdiam diri dan bersikap tidak peduli.
Katanya, politik kotor ini akhirnya merugikan negara sendiri
apabila semakin ramai anak muda yang tidak berminat untuk melibatkan
diri dalam politik.
"Selama lebih 50 tahun anak muda di negara ini telah dijamukan
dengan budaya politik rasuah, budaya politik samseng, budaya politik
fitnah dan budaya politik lucah! Siapa yang bertanggungjawab atas semua
ini? Siapa yang menaja kumpulan senaman punggung di hadapan rumah rakan
kita ambiga? Siapa yang mengusung ustazah Ummi Hafilda ke sana sini
dengan ceramah beliau yang tidak bermaruah? Siapa yang membaling batu
dan telur dalam ceramah Pakatan Rakyat di Melaka dan Pantai Dalam?
"Justeru kita tidak hairan mengapa ramai di kalangan rakan-rakan
kita terutama sahabat saya yang perempuan mengambil sikap tidak ambil
peduli dengan apa yang berlaku dalam suasana politik tanah air.
Natijahnya apa saudara? Lebih 2 juta anak muda di negara kita
tidak mahu mendaftar sebagai pengundi. Natijah apa lagi? Seramai lebih
60% anak muda yang telah mendaftar tidak turun mengundi pada PRU yang ke
12 yang lepas yang menyebabkan kita kalah di beberapa kerusi di
Terengganu.
"Jumlah undi PAS menurun di beberapa DUN di Johor, Pahang Negeri
Sembilan. Adakah kita mahu perkara yang sama berulang dalam PRU ke-13
akan datang?" katanya dalam pidato anak muda di Ekpresi Anak Muda Menuju
Putrajaya sempena Himpunan Hijau Menuju Putrajaya di Stadium Darul
Aman, dekat sini, petang semalam.
Fareedah juga berkata, Ameerah perlu memastikan wanita muda terliba secara langsung dalam sistem politik Malaysia.
"Barisan muslimat muda perlu kita gerakkan seoptimum mungkin
bagi memastikan wanita muda di luar sana sentiasa mempunyai kesedaran
untuk sama-sama terlibat dalam usaha kita membangunkan masyarakat
seterusnya mencipta perubahan yang signifikan kepada tanah air kerana
kita yakin tangan yang menghayun buaian pasti mampu menggoncang dunia,"
katanya di hadapan lebih 50,000 anak muda yang hadir.
Selain itu beliau berkata, Ameerah harus membawa anak muda
mencintai negara dalam masa yang sama tidak meninggalkan Islam sebagai
cara hidup. Tugas Ameerah katanya sangat penting untuk memastikan
anak muda tidka terus dilalaikan dengan hiburan melampau sehinga
melupakan jati diri dan nilai-nilai ketimuran.
"Lebih 50 tahun penjajah meninggalkan negara kita. Namun minda
anak muda pada hari ini terus dijajah oleh tradisi memperbodohkan
rakyat. Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya yang diadakan pada 23 hingga
27 Mei yang lepas merupakan klimaks kepada pendedahan strategi kerajaan
Malasyia yang mahu melumpuhkan gerakan anak muda di negara ini.
Para belia dilarutkan dalam budaya hiburan terlampau yang
langsung tidak membantu membangunkan jiwa anak-anak ini apatah lagi
mengisi rohani mereka seperti mana diwar-warkan," katanya.
Tambahnya, kerajaan menyatakan bahawa para belia terbabit
merupakan generasi yang akan mewarisi kepimpinan negara, tetapi bakal
pemimpin tersebut diwariskan dengan budaya K-pop, J-Pop, budaya drag
races yang mirip perlumbaan haram, dan tarian artis wanita yang
mengghairahkan.(Hrkh)