Seorang Wartawan Finland Menyamar Memakai Purdah ( Niqab@Burqa )
SEORANG perempuan memakai baju jubah hitam lengkap dengan purdahnya menjadi
pusat perhatian pengunjung Mall Itäkeskus di kota Helsinki, bandar
terbesar di negara Finland. Tidak
seorang pun tahu bahawa wajah dibalik niqab itu bukan seorang perempuan
Muslim tetapi seorang wartawan, non-Muslim, daripada surat khabar
Helsingin Sanomat, salah satu surat khabar yang terbesar di kawasan
Skandinavia.
Nama wartawan itu
Katja Kuokkanen.
Ia sengaja menyamar menjadi menjadi perempuan Muslim kerana ingin
merasakan sendiri bagaimana rasanya mengenakan pakaian Muslim lengkap
dengan purdahnya di tengah masyarakat Finland yang masih asing dengan
agama Islam. Bagaimana rasanya direnung dan diperhatikan dengan
pandangan aneh dan takut dari orang-orang di sekitarnya?
Kuokkanen menuliskan pengalaman dan perasaannya saat dan setelah mengenakan niqab. Begini, kisah beliau..
Niqab
dari bahan sifon berwarna hitam kadang melorot dan menutupi kedua-dua
mata saya. Suatu ketika saya tersandung dan melanggar bahu seorang
lelaki di sebuah kedai barang-barang etnik. Lelaki
itu membuat gerakan tangan meminta maaf, tetapi dengan sikap acuh tak
acuh seperti kebiasaannya. Lalu lelaki itu melihat ke arah saya dan
menyedari bahawa saya seorang perempuan yang memakai abaya dan burqa,
pakaian khas perempuan Muslim.
A
veil test made by a Helsingin Sanomat reporter in the Itäkeskus
shopping mall on Wednesday demonstrated that covering the face is still
rarely seen in Helsinki.
Tiba-tiba
lelaki itu dengan sedikit membongkok dan mengulangi lagi permohonan
maafnya. Saya menyangka dia orang Arab dari dialeknya masa meminta maaf.
Saat itu saya merasakan hal yang tidak pernah saya rasa sebelum ini
kerana diperlakukan dengan begitu hormat oleh orang lain.
Dari
kedai etnik, saya menuju stesen metro. Saya naik ke sebuah metro
berwarna oren. Saya menerima reaksi yang tidak terduga. Seorang lelaki
mabuk berteriak kepada tiga temannya di dalam metro yang padat dengan
penumpang. “Hei, lihat itu ada salah satu pemandangan neraka!” teriak lelaki mabuk tadi.
Mendengar teriakan itu, penumpang lain serta merta memalingkan pandangannya, tidak mahu melihat ke arah wajah saya
. Tapi tiba-tiba seorang perempuan menegur saya, “Barang kamu jatuh,”
kata seorang perempuan setengah baya sambil menyerahkan pengepit rambut
saya yang terjatuh di bangku sebelah.
Saya
tidak mengucapkan terima kasih pada perempuan itu, kerana kalau saya
mengatakan sesuatu, kemungkinan penyamaran saya akan terbongkar. Lalu,
ketika seorang gadis asal Somalia yang bekerja sebagai penjaga kedai,
membantu saya membetulkan burqa, dia berkata bahawa jarang sekali
perempuan Muslim di Helsinki yang mengenakan busana seperti yang saya
kenakan.
Gadis Somalia itu juga
memberitahu bahawa ia seboleh mungkin menghindari busana warna hitam. Ia
menganggap warna hitam sebagai warna yang dramatik dan menarik
perhatian orang ramai. “Busana
warna-warni yang cerah lebih bagus,” kata gadis itu sambil mengatakan
bahawa kaum wanita Muslim di Finland tidak menentukan untuk
menutup bahagian mukanya.

Di Mall Itäkeskus, saya perhatikan ramai orang yang melihat saya
dengan renungan aneh bahkan takut. Seorang lelaki muda hampir saja
menumpahkan minuman tin yang dipegangnya apabila melihat saya dengan
raut muka panik. Saya pun baru mula
membiasakan diri memakai abaya dan burqa. Saya mula merasakan pakaian
ini sangat selesa, meskipun saya agak sukar untuk melihat sesuatu dengan
jelas kerana burqa yang saya kenakan.
Kemudian
saya memutuskan untuk pergi ke pasar yang dibuka di kawasan letak
kereta di Mall Puhos. Di seberang jalan, saya bertemu dengan seorang
perempuan tua berasal dari Somalia yang dengan hemat mengucapkan
“Assalamu’alaikum”.
Saya
tersentuh mendengar salam itu. Selama ini saya tidak pernah bergaul
dengan perempuan Muslim. Dan saya selalu menerima salam seperti itu
dalam banyak kesempatan. Setiap
Muslimah dari berbagai usia dan dari pelbagai etnik, yang memakai
pakaian Muslimah selalu mengucapkan “Assalmua’alaikum” ketika bertemu
dengan saya.
Ketika
itu saya tidak tahu apa artinya. Saya akhirnya
tahu bahawa ucapan itu mengandungi doa sejahtera dan kesalamatan. Lalu,
seorang lelaki yang sedang berdiri di depan sebuah kedai memanggil
saya. “Hello! Hei! Tunggu!” teriak lelaki tadi.
Saya tidak menoleh
kerana saya fikir seorang perempuan Muslim sangat menjaga kemuliaannya
dan tidak akan menjawab panggilan seperti itu. Beberapa
jam selepas berjalan – jalan dengan memakai jubah dan purdah,
saya kembali ke stesen Metro. Perjalanan saya selanjutnya adalah Kamppi
Center.
Sepanjang
perjalanan, wartawan itu merenung pengalamannya sepanjang hari ini,
atas reaksi setiap orang terhadap abaya dan burqa yang dikenakannya dan
ia merasakan sendiri bahawa mengenakan abaya dan burqa rasanya tidak
seburuk yang orang lain fikirkan.
Ia
pun tanpa ragu menegaskan, mengenakan abaya dan burqa, “Sama sekali
tidak buruk. Jika kamu pakai, kamu akan merasa damai.”
Komen Weblog Ibnu Hasyim:
- Kisah
ini patut menjadi renungan di saat negara-negara Eropah beramai-ramai mula
melarang jilbab dan purdah.
- Pengalaman wartawan ini membuktikan tidak perlu ada dasar
larangan berpurdah atau bertudung, terutamanya di barat seperti yang dikuatkuasakan.
- Kerana
sikap 'Islamofobia' masyarakat Barat itu menunjukkan tdak terbukanya pemikiran mereka.
- Malangnya pula di negara-negara umat Islam sendiri yang tiada
'Islamofobia' masih ada pemimpin-pemimpinnya yang mengaku Islam masih
memandang rendah dan menyindir wanitanya yang berpakaian begini.
(IH/DM/www.hs.fi)