Monday, July 18, 2011

Melaka: Tak Kira Ramadan, Lanjutkan Hiburan Ke Pagi

Melaka: Baru-baru ini, mesyuarat Exco BN telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh masa operasi pusat hiburan di negeri itu dari sekitar jam 1 pagi hingga ke 3 pagi. Tak kira Ramadan atau tidak, bukan macam Kedah. Tidak perlu menutup bar, disko dan kelab karaoke rustam ali silat group bersih 4

D
ifahamkan, tindakan itu seiring dengan kepesatan pembangunan sektor pelancongan Melaka di samping mendapat permintaan daripada pengusaha pusat hiburan terbabit. Bagaimanapun Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika ditanya berkata, lanjutan masa hanya boleh dilaksanakan pada hari Jumaat sehingga Ahad.

Manakala, bermula Isnin sehingga Khamis, pusat berkenaan hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 1 atau 2 pagi sahaja.

“Ini adalah atas permintaan pengusaha pusat hiburan dan pelaksanaan ini hanya dibenarkan untuk 15 premis sahaja di Melaka Raya.

“Bagaimanapun, sekiranya mereka ingkar melanjutkan waktu operasi dalam tempoh diberikan, kebenaran itu akan ditarik balik,” katanya.

Mohd Ali juga menjelaskan, kerajaan negeri telah pun mendapat maklumbalas daripada pihak polis bahawa keputusan itu tidak akan menjejaskan tahap keselamatan kawasan terlibat.
Sementara itu, keputusan yang dibuat kerajaan negeri Melaka itu ditentang banyak pihak termasuk dari kalangan ahli Umno sendiri.

Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tangga Batu, Muhammad Ahyad Abdullah yang merasakan keputusan itu mengambarkan keseronokan sesetengah pihak yang berkepentingan.

"Mereka lupa keadaan ini akan membiarkan lebih banyak perkara tidak senonoh berlaku di negeri Melaka. Sudahlah pusat hiburan muncul bagaikan cendawan tumbuh ditambahkan pula tempohnya dilanjutkan hingga ke jam 3 pagi. dances @ screwball penang namewee concert

"Cukuplah, keruntuhan akhlak yang berlaku kini di kalangan warga muda dan peningkatan kadar jenayah disebabkan pusat hiburan dan keseronokan yang tidak ada batasnya," katanya.

Ketua Pembangkang dari DAP, Goh Leong San berkata, kerajaan negeri sepatutnya mendapat maklum balas dari semua pihak dan bukannya semata-mata meminta pandangan daripada pengusaha pusat hiburan sahaja.

"Tindakan ini menampakkan kerajaan negeri mengenepikan kepentingan rakyat hanya semata-mata mahu mengejar keuntungan tanpa memikirkan kesan daripada tindakan itu," katanya. (IH)

Tok Guru Nik Aziz Masuk Wad - Rehat


KOTA BHARU, 18 Jul 11: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dinasihat doktor berehat di wad memandangkan kepenatan melaksana tugas harian.

Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Menteri Besar dimasukkan ke wad di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian tengahari semalam selepas mengadu sakit perut.

“Mungkin hanya silap makan menyebabkan perutnya sakit. Ketika datang mendapat rawatan, doktor menasihatkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz supaya berehat di wad.

“Lagi pun apabila berada di wad membolehkan doktor membuat rawatan susulan sambil beliau berehat tanpa ada gangguan lain,” katanya di sini.

Menteri Besar kembali daripada lawatan di luar negara minggu lepas selepas lebih seminggu berada di beberapa negara termasuk menunaikan umrah di Makkah. Oleh itu Fadhli menasihat orang ramai tidak perlu gusar dengan perkembangan kesihatan Mursyidul Am PAS berikutan berada di hospital sejak semalam.

Sementara itu dalam perkembangan lain Menteri Besar Kelantan turut merakam ucapan takziah di atas kematian anggota parlimen Titiwangsa almarhumah Dr Lo' Lo' Ghazali malam tadi. “Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam sehingga ke saat akhir hayatnya. Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh,” katanya. (IH)

2,000 Iringi Jenazah, Abd Hadi Jadi Imam solat .

KL, 18 Jul 11: Lebih 2,000 orang terdiri daripada ahli keluarga, rakyat dan pemimpin parti politik menghadiri pengebumian ahli Parlimen Titiwangsa, Allahyarhamah Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali di Tanah Perkuburan Islam Kampung Datuk Keramat pagi tadi.

Suasana sedih dan suram menyelubungi majlis pengebumian bermula jenazah dibawa ke Masjid Al-Akram, Datuk Keramat tengah malam tadi.

Jenazah disolatkan di masjid tersebut jam 10.20 pagi tadi dengan dipimpin Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebelum dibawa ke tanah perkuburan, diiringi ribuan yang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir.

Rata-rata mereka yang hadir tidak dapat menahan sebak setelah jenazah selamat dikebumikan jam 11.10 pagi.

Sejak tengah malam tadi, orang ramai tidak putus-putus mengunjugi jenazah allahyarhamah yang disifatkan sebagai seorang yang sangat berdedikasi dalam menjalankan amanah sebagai wakil rakyat.

Anggota Unit Amal juga mula menjaga lalu lintas dan kawasan sekitar sejak tengah malam tadi bagi mengelakkan kesesakan di kawasan sekitar.

Anggota keluarga termasuk suami, Dr Aminuddin Abdul Hamid Karim dan anak-anak allahyarahamahberada di samping jenazah sehingga selesai dikebumikan.

Walaupun kelihatan sedih, mereka melayani pertanyaan pemberita dengan baik.

Dr. Aminuddin dengan tenang berkata, beliau redha dengan pemergian Allahyarhamah dan kagum dengan kegigihan isterinya itu menjalankan amanah walaupun terlantar di atas katil ketika sakit.

"Allahyarharmah berpesan kepada petugas-petugas pejabat khidmat masyarakat Parlimen Titiwangsa agar terus menjalankan tugas melibatkan kepntingan penduduk.

"Sehingga ke saat-saat akhir, beliau sering bertanya mengenai kawasan terutamanya isu Kampung baru yang diperjuangkan beliau," katanya.

Selain pimpinan utama PAS, turut hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw, Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah dan lain-lain.

Allahyarhamah meninggal dunia di Hopital Selayang jam 10.15 malam tadi setelah beberapa tahun mengidap barah paru-paru.

Besarnya Tabung Rosmah Isteri PM.

Oleh Abdullah Ngah


Mustahil wang tabungan Rosmah RM73 juta

Tulis cerita pasal Rosmah beli cincin berharga RM 73 tak kena, Tapi tak tulis pun tak kena juga.

Oleh kerana terlalu ramai yang tak percaya Rosmah Mansur Isteri Mohd Najib Razak perdana menteri membeli cincin berharga RM 73 juta. Saya tak percaya juga. Tapi tak terkejut pun.

Antara lain ada yang berkata itu hanya Dakwaan kononnya berasaskan perisytiharan kastam (Sistem Maklumat Kastan (JKEDD))beserta borangnya sekali. Yang saya dengar ramai yang berkata, mustahil Wang sejumlah RM 73 juta diambil dari tabungan yang dibuatnya sejak sekian lama.

Betul juga, dari manakah datangnya wang sebanyak itu untuk membeli cincin yang harganya tak masuk akal sama sekali bagi rakyat.Bagi orang kayaraya kecil saja. Mungkin bagi rakyat Malaysia yang miskin tak pernah dengar harga sebentuk cincin sejumlah RM 73 juta.Sebab itu mereka terkejut. Tak percaya langsung.

Ya tak ya juga. Bagi rakyat terutama yang miskin terkejut dengan harga sebentuk cincin berbanyak RM 73 juta itu. Masakan tidak. RM 73 juta itu dapat membina sebuah masjid yang cukup selesa dan cantik. Kita tinggal dulu pasal harga cincin, kerana orang banyak duit boleh buat apa saja apabila menghendaki sesuatu yang diimpikan.Maklum sajalah seorang isteri perdana perdana dan wanita pertama Negara Malaysia.

Kita ambil cerita macam mana Rosmah ada wang tabungan sebanyak 73 juta, sedangkan dia bukan apa apa dalam kerajaan Malaysia. Sudah tentu suaminya Datuk Seri Mohd Najib Razak yang memberinya hasil gaji dan Elauan yang diperoleh sepanjang menjadi menteri besar Pahang, menteri kabenit, timbalan perdana menteri menteri kewangan dan perdana menteri sekarang.

Kalau belanja peribadinya sebulan disebut sebanyak RM900, sudah tentu hasilnya yang diperolehinya sudah tentu sekali ganda daripada itu. Kalau RM 1 juta diberi kepada Rosmah tiap bulan, satu tahun sudah RM 12 juta. Bayangkan sepanjang dia Najib pegang jawatan menteri dalam kerajaan sudah tentu tabungan yang Isterinya (Rosmah) buat melebihi ratusan Juta.

Wang RM 73 juta membeli sebentuk cincin itu kecil berbanding dengan wang yang ada didalam tabungannya sekarang.Bukan ratusan juta wang tabungannya, malahan mungkin. Mungkin angkanya sudah sampai pada angka berbilion einggit.agak saja. Oleh itu adalah sangat wajar Rosmah jawab, bahawa wang yang dia beli cincin itu hasil tabungannya sejak sekian lama. Saya tak terkejut, miskipun ramai kalangan rakyat Malaysia terkkejut.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Besarnya tabung Rosmah.

E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M\

Gambar Ini Palsu, Cilaka Punya Berita Minggu!

Peserta demo: Saya tidak bawa pisau

KL18 Jul 11: "Gambar ini palsu, cilaka punya Berita Minggu!" Marah seseorang. Abdul Razak Endut yang dilabelkan oleh akhbar arus perdana sebagai seorang peserta ganas pehimpunan BERSIH 2.0 tampil membuat penjelasan pada ceramah PAS di Kuala Lumpur Sabtu lalu. Katanya, beliau hanya memegang sebatang bendera Malaysia dan bukannya pisau seperti yang didakwa oleh akhbar-akhbar milik Umno dan BN itu.

Abdul Razak juga menafikan beliau membaling batu ke arah polis.

"Apabila polis menembak gas pemedih mata, saya ternampak angin meniup ke arah orang ramai... saya mengambil kanister itu dan membalingnya ke arah sebuah padang dengan harapan orang ramai akan selamat katanya. Abdul Razak atau terkenal dengan nama Ajak adalah anggota Unit Amal PAS - pasukan sukarelawan yang ditubuhkan bagi mengawal orang ramai pada perhimpunan 9 Julai lalu berhampiran bangunan Maybank.

Akhbar Berita Minggu pada 10 Julai menyiarkan gambarnya dengan tajuk: "Seorang perusuh membawa pisau dalam perhimpunan haram" manakala tajuk kecilnya pula berbunyi: "Perusuh guna senjata, batu, lawan polis". Gambar yang sama juga dimuatkan di halaman utama New Sunday Times dengan tajuk: "Peaceful (Aman)?". Berpakaian baju dan penutup mulut yang sama, Abdul Razak membuka lilitan kain hitam dan mendedahkan wajahnya sambil mendapat tepukan gemuruh mereka yang hadir.

Perisai manusia

Katanya, beliau menyertai rakan-rakannya membentuk perisai manusia bagi menghalang polis bergerak ke arah orang ramai yang cuba berhimpun secara aman.

"Bagaimanapun, FRU membawa meriam adil dan menembak ke arah kami. Apa yang patut saya buat untuk menghalang trak FRU? Saya minta bendera (Malaysia) daripada seorang peserta dan dia bagi saya. Saya kemudian berdfiri di hadapan dan disembur meriam air FRU.

"Harapan saya... peserta ini adalah rakyat Malaysia, orang kita sendiri, mengapa polis lakukan ini,” katanya dengan emosional. NONEGambar Abdul Razak berdepan pancutan meriam air dengan memegang bendera negara juga dirakamkan oleh Reuters yang sekaligus menolak dakwaan beliau memegang pisau.

"Ketika itu (saya baling kanister gas pemedih mata) gambar saya dimanipulasikan. Mana logiknya saya bawa pisau dari Temerloh? Saya terpaksa lalui tiga sekatan jalan (untuk sampai ke ibu negara),” katanya.

Pada 12 Julai lalu Pemuda PKR Pulau Pinang mendakwa gambar itu dipalsukan. (IH)

BN Panik, Terancam, Tak Mampu Berfikir -Marina Mahathir

marina mahathir interview 181105 happy
KL 18 11: BN yang berada dalam kedudukan panik merasakan kerajaannya kini terancam dan tidak mampu berfikir secara jelas lagi, kata anak sulung mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Paduka Marina Mahathir.

“Mereka rasa terancam kerana memandang remeh BERSIH pada 2007 dan pada pilihan raya umum 2008 mereka hilang banyak kerusi di parlimen dan dewan undangan negeri. Dan oleh kerana kini dalam keadaan panik, mereka tidak boleh berfikir dengan jelas lagi. Apa di kepala mereka adalah hanya cara untuk menang pilihan raya.

“Awak boleh dapatkan semula sokongan orang ramai dengan hanya berbaik kepada mereka. Awak tidak boleh dapatkan sokongan dengan bersikap jahat. Awak tak boleh tuduh peserta perhimpunan itu semuanya kumpulan samseng, mungkin ada segelintir. Tetapi bukan semua mereka.

“Majoriti mereka adalah kumpulan professional. Kumpulan itu adalah berbeza-beza dan ia sebenarnya 1Malaysia, muda, kaya, miskin, setiap bangsa dan agama menyertainya,” kata Marina dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

NONEPada 9 Julai lalu, Marina juga mengambil bahagian dalam perhimpunan BERSIH 2.0. Beliau turun ke jalanan bersama anak dan rakan-rakannya.

Mereka bermula berhampiran Jalan Pudu (Berjaya Times Square) dan berarak sepanjang Jalan Hang Jebat di hadapan Stadium Negara menuju ke bangunan Majlis Olympik Malaysia.

Katanya, mereka yang turun pada hari itu begitu bangga dengan pertubuhan BERSIH 2.0.

“Saya mungkin tidak setuju dengan perjuangan mereka tetapi mereka melakukan perkara yang baik. Kami semua menjadi 1Malaysia.

NONE“Sekarang kerajaan melabelkan kami dengan pelbagai nama. Biar saya beritahu, mereka kini kehilangan banyak undi.

Mereka mungkin beranggap mereka telah tewas tetapi biar saya beritahu, sebenarnya banyak yang masih di atas pagar dan sudah tentu (tindakan kerajaan itu) mereka akan menyokong pihak satu lagi. Saya lihat ini jelas dalam media sosial, terutamanya di emel, twitter dan blog,” kata Marina.

Liha sebelum ini...

Bersih 2.0 Beri Masa 3 Bulan Unt. SPR




SHAH ALAM 18 Jul 11: Bersih 2.0 memberikan tempoh tiga bulan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempertimbangkan empat daripada lapan tuntutan untuk dilaksanakan menjelang pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Sebelum ini, Bersih 2.0 menuntut lapan perkara kepada SPR sebelum perhimpunan 9 Julai diadakan, namun setelah mempertimbangkannya, SPR diminta melaksanakan empat tuntutan yang tertakluk pada bidang kuasanya sahaja.

Ahli Jawatankuasa Bersih, Maria Chin Abdullah berkata, pihaknya memberi tempoh tiga bulan itu untuk melihat sebarang perubahan yang akan dilakukan agensi bebas itu. Menurutnya, dalam perbincangan Bersih 2.0 dan SPR sebelum ini, dijelaskan kuasa badan bebas itu terhad dalam pentadbiran sahaja.

“Justeru, empat tuntutan itu boleh dilaksanakan SPR tanpa perlukan pindaan undang-undang dan mengemukakan kepada Kabinet untuk kelulusan,” katanya.

Empat tuntutan itu adalah membersihkan senarai pengundi, mereformasi undi pos, penggunaan dakwat kekal dan tempoh berkempen selama 21 hari. Menurut Maria, jika tidak mahu mengambil pendekatan untuk berubah, maka tidak perlu adakan pilihan raya. Katanya, tindakan ini adalah sebahagian daripada cara gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu mengekalkan momentum selain inisiatif rakyat menganjurkan program ‘hari kuning’ pada setiap Sabtu.

“JKita mahu bergerak ke hadapan. Bola kini berada dalam gelanggang SPR dan mereka perlu respons sekarang,” katanya.

Maria menyifatkan SPR tidak mengambil pendekatan proaktif untuk mencapai persetujuan dalam rundingan dengan pihak Bersih 2.0. Malah katanya, sehingga kini suruhanjaya itu lebih gemar memberi pelbagai alasan seolah-olah cuba melindungi pihak berkepentingan. Menurut beliau, SPR mempunyai kuasa untuk merombak sebarang peruntukan yang diyakini dapat menambahbaikkan sistem pilihan raya di negara ini memandangkan agensi itu terletak di bawah kuasa Majlis Raja-Raja.

Sehubungan dengan itu Maria berkata, Bersih 2.0 bersedia untuk mengeadakakan pertemuan semula dengan SPR sekiranya suruhanjaya itu berhasrat untuk mempertimbangkan empat tuntutan utama yang dinyatakan

“Sampai sekarang ada orang hantar bukti. Baru-baru ini, ada individu daftar dua kali menggunakan kad pengenalan sama dan mengundi dua kali di dua tempat berasingan.

“Kita juga ada bukti di mana kad pengenalan baru dan lama digunakan untuk mengundi. Ini menunjukkan SPR sebenarnya tidak membersihkan senarai pengundi. Jadi kalau ini berterusan ia memberi impak buruk kepada kerajaan sekarang,” katanya.

Beliau turut mengulangi kejadian pembelian undi yang didedahkan portal berita alternatif pada Pilihan Raya Negeri Sarawak April lalu di mana SPR gagal mengambil sebarang tindakan walaupun gambar dan video telah tersebar luas di Internet. Maria menyifatkan sekiranya SPR melaksanakan tugas secara telus maka risiko bagi kerajaan UMNO - Barisan Nasional (BN) untuk tumbang adalah lebih kritikal.

Dalam pada itu Maria berkata, pengenalan kepada sistem biometrik amat digalakkan namun katanya kaedah itu memerlukan kos yang tinggi berbanding dakwat kekal. Jelasnya lagi, dakwat kekal diguna pakai di kebanyakan negara di mana perlaksanaannya memberangsangkan.

Sehubungan itu, Maria berkata tidak timbul sebarang dakwaan bahawa kaedah tersebut ketinggalan zaman kerana ianya akan memberi kebaikan kepada parti politik yang bertanding seraya mengelakkan daripada salah laku pengundian. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails