Tuesday, March 01, 2016

Pusat Pelacuran Tertua Indonesia Dimusnahkan. Adakah Datuk Bandar M'sia Dayus?


BEBERAPA anggota polis dilihat mengawal beberapa bangunan yang dijadikan sebagai sarang pelacuran di Jakarta, Indonesia semalam.


JAKARTA – Salah sebuah pusat pelacuran tertua di Indonesia telah dimusnahkan semalam dalam satu operasi yang dikawal oleh ratusan anggota polis dan tentera.
Tindakan itu diambil selepas kerajaan Indonesia berhasrat untuk menutup semua kawasan pelacuran di negara itu yang majoritinya didiami oleh penduduk Islam.
Malah, berpuluh-puluh kelab malam dan tempat pelacuran yang terletak di sebatang sungai yang dicemari di utara Jakarta dikenali sebagai Kalijodo dilihat telah dimusnahkan.
Datuk Bandar Jakarta Utara, Rustam Effendi berkata, bangunan-bangunan itu dibina secara haram di atas tanah kerajaan sekali gus kerja-kerja merobohkan bangunan itu bakal memberi laluan kepada pembinaan sebuah taman awam.
“Di sini terdapat aktiviti pelacuran secara terbuka selain penjualan arak,” katanya kepada AFP.
Pengusiran penduduk di kawasan berkenaan sejak minggu lalu menyebabkan pihak polis menemui beribu-ribu botol minuman keras selepas dirampas daripada beberapa kafe yang diserbu.
Bagaimanapun, rancangan membersihkan kawasan maksiat itu menimbulkan kemarahan dalam kalangan penduduk sekali gus menyebabkan pihak berkuasa bimbang penunjuk perasaan akan mengganggu kerja-kerja merobohkan lokasi berkenaan.
Pihak berkuasa mengambil keputusan untuk merobohkan kawasan tersebut selepas berlaku satu kemalangan maut yang membabitkan seorang kaki mabuk.
Beratus-ratus orang daripada beberapa kejiranan kawasan itu sanggup menyaksikan kerja-kerja pembersihan tersebut walaupun hujan lebat.
Seorang peniaga makanan mengaluk-alukan pembinaan taman awam di kawasan berkenaan sebaliknya yang lain bimbang ia akan menjejaskan perniagaan mereka.
Aktiviti pelacuran adalah haram di Indonesia namun ia semakin berleluasa terutamanya di kawasan bandar.
Dalam pada itu, kerajaan mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa tempatan supaya menutup 100 pusat pelacuran yang terdapat di seluruh negara itu. – AFP
Kemen Weblog Ibnu Hasyim: Malaysia/Indonesia, sama-sama negara sekular. Tetapi pusat terbesar dan tertua pelacuran boleh dihapuskan. Kerana mereka hormati negara umat Islam. Malaysia pun negara umat Islam, tetapi datuk bandarnya dayus, walaupun berjantina lelaki beragama Islam. 
Berbanding dengan wlikota atau datuk bandar di Indonesia, yang berani menghapuskan pusat-pusat pelacuran itu adalah seorang muslimah dan lelaki Cina beragama Kristian. Malu le Malaysia, sarang pelacuran di Belakang Mati sekitar Choe Kit yang sekangkang kera itu tak berjaya dihapuskan.
Pemimpin dayus!
Pelacuran Di Negara Umat Islam Terbesar Di Dunia.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails