Komen Diyana Ibrahim dalam The Malayisan Insider April 16, 2014
 Status
 Facebook Wardina yang memaklumkan tindakannya bertanya sendiri kepada 
penceramah Don Daniyal bagi mendapatkan pengesahan butir ceramah yang 
dikatakan tidak berlandaskan Al Quran dan sunnah.
 
Status
 Facebook Wardina yang memaklumkan tindakannya bertanya sendiri kepada 
penceramah Don Daniyal bagi mendapatkan pengesahan butir ceramah yang 
dikatakan tidak berlandaskan Al Quran dan sunnah. Selebriti,
 Wardina Safiyyah mengkritik penceramah agama terkenal Don Daniyal 
apabila mendakwa kandungan ceramah yang disampaikan tidak sahih dan 
terlalu taksub pada kisah mistik serta tidak berpandukan pada Al-Quran 
dan sunnah Nabi Muhammad.
Wardina yang juga merupakan ahli Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional 
(MKPN) menggesa kerajaan menyiasat kandungan ceramah tersebut kerana 
khuatir masyarakat Islam disogokkan dengan sumber cerita tanpa rujukan.
"Saya risau ketaksuban kita pada cerita mistik. Agama Islam sudah cukup
 dengan Quran dan sunnah… It is an amazing mukjizat on its own. We don’t
 need anything more to strengthen our faith. Our faith is strong with 
the Quran," katanya yang dipetik melalui laman Facebook, Wardina 
Safiyyah Official Page.
Dalam akaun Facebook itu, Wardina menegaskan tegurannya itu dibuat 
kerana sayang pada agama. Setiap kandungan memerlukan hujah, dalil dan 
disiplin apatah lagi mistik tidak pernah dianggap sebahagian daripada 
Islam.
"Saya sayangkan Ustaz Don dan mereka yang cintakan agama. Namun agama 
ini perlu hujjah dan dalil, perlu disiplin. Agama Islam bukan agama 
mistik. Ia berpandukan dalil Quran dan sunnah. Wallahualam," katanya.
Selebriti itu menulis status tersebut semalam dan turut berkongsi video 
ceramah ustaz tersebut bertajuk kompilasi hadis palsu dan pendustaan 
Don Daniyal yang berdurasi hampir 20 minit itu.
Video itu memaparkan dakwaan Ustaz Don bahawa Imam Mahdi berasal dari Tanah Melayu.
"Saya tidak mahu cerita kosong sebab ini masjid negeri. Kot-kot saya 
salah maklumat, saya bagi tuan puan balik dengan fakta cari kalau saya 
salah nanti bagitaulah saya salah maklumat.
"Saya bagi contoh buka kitab hadis akhir zaman, Imam Mahdi ada 
penyokong Bani Tamin dari timur. Ulama mempersoalkan kena Bani Tamin 
yang diterjemahkan Tanah Melayu. Ini diskusi antara ulama. Bukan saya 
yang kata. Saya hanya sampaikan," kata Don.
Selain itu, Don menceritakan mengenai kisah Brunei yang memanggil 
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din untuk meneliti keaslian 
rambut Nabi Muhammad yang dibeli negara itu.
"Ingat satu masa dahulu famous tentang Datuk Haron Din berjumpa 
Rasulullah. Peristiwa ini selepas peristiwa itu, Datuk Haron dipanggil 
ke Brunei kenapa, kerana negara itu membeli sehelai rambut nabi.
"Bila saya kata membeli maknanya ada harga dan sehelai rambut nabi di 
zaman moden bernilai  RM4 juta. Panggil Datuk Haron untuk tengok sama 
ada asli atau tidak. Beliau guna lampu suluh, tidak ada bayang -bayang 
maka jelas ia asli," katanya.
Nama sebenar beliau, Don Daniyal Don Biyajid juga merupakan pensyarah 
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) berkelulusan dari 
Universiti Al-Azhar, Kaherah Mesir. Namun sejurus selepas kenyataan kritikan terhadap Don, Wardina diselar 
peminatnya kerana dianggap tidak layak untuk menegur penceramah 
berkenaan.
Wardina mempertahankan tindakannya itu dengan menyatakan beliau 
mempunyai hak bertanya sekiranya terdapat keraguan dan persoalan.
"Kita mempunyai hak untuk bertanya walaupun pada ustaz dan ustazah. 
Dari mana sumber ini, siapa berkata apa lanjutan cerita. Saya musykil 
dengan jawapan, boleh ustaz terangkan," katanya.
Susulan saranan peminat yang meminta Wardina bertanya secara terus 
kepada Don, beliau dalam status terbarunya berkata akan cuba bertanyakan
 hal itu secara peribadi.
"Saya akan bertanya pada Ustaz Don secara personal. Sudah hantar email 
pun, semoga saya dapat mewakili ribuan orang awam yang juga keliru," 
katanya.
Wardina juga berkata, tegurannya itu adalah kerana beliau bersangka 
baik dan tidak mempunyai apa-apa niat untuk mengaitkan sesiapa.
"Kita bersangka baik. Saya tidak ada niat mengaibkan tiada langsung. 
Video itu bukan aib, ia adalah ceramah ustaz. Mungkin orang yang muat 
naik khuatir dengan isi penyampaian," katanya.
“Saya bukanlah orang alim. Namun saya menyeru kepada para 
ulama’..ustaz.. mufti supaya menyemak kembali apa yang diperkatakan oleh
 Don Daniyal. Minta berdiskusi bersama beliau. Saya risau jika 
masyarakat kita disogokkan dengan sumber cerita tanpa rujukan.
“Saya pohon pada pihak TV Al HIjrah supaya menyemak balik content Ustaz
 Don. Sudah beberapa kali saya terdengar perkara dan penyampaian yang 
tidak sahih daripadanya.” – 16 April, 2014. (TMI)
Lihat sebelum ini..