Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei Darus-salam.
SINAR Harian hari melaporkam, pejabat Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia (OHCHR) Pertubuhan Bangsa-Bangsa 
Bersatu (PBB) mengkritik keputusan Brunei yang mahu melaksanakan hukum 
hudud di negara itu, lapor AFP. 
Jurucakap OHCHR, Rupert Colvile berkata, pihaknya prihatin dengan 
keputusan Brunei dalam pelaksanaan hukum hudud yang memperuntukkan 
hukuman mati bagi beberapa kesalahan.  Beliau
 memberitahu pemberita, kesalahan-kesalahan ini termasuk rogol, 
zina, liwat, hubungan seks luar nikah untuk orang Islam termasuk jenayah
 lain seperti rompakan dan pembunuhan. 
Beliau turut menyentuh kesalahan 
lain seperti menghina Nabi Muhammad SAW, al-Quran dan hadis boleh 
dijatuhi hukuman mati.
“Pelaksanaan hukuman mati bagi pelbagai kesalahan ini melanggar undang-undang antarabangsa,” katanya.
 Tekannya, melalui undang-undang antarabangsa, hukuman rejam hingga 
mati diklasifikasikan sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan 
bermaksud ia diharamkan di bawah perjanjian hak asasi manusia.
Sejak 1957, Brunei tidak melaksanakan hukuman mati. Oktober tahun lalu, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah 
memperkenalkan hukuman hudud, termasuk merejam sampai mati mereka yang 
didapati bersalah kerana berzina. Akta baru undang-undang syariah itu dikatakan telah dikaji selama bertahun-tahun.
Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Begitu biadapnya PBB, tidak menghormati hak kebebasan agama orang Islam. Mengceroboh dan menghina agama Islam. Memeng dasar PBB kurang ajar!

 
 

No comments:
Post a Comment