Monday, December 10, 2012

Tawan P'jaya, Dapatkan 4Juta Undi Lagi -Kit Siang


TEMERLOH: Pendukung Pakatan Rakyat diingatkan supaya berusaha untuk mendapatkan sokongan 4 juta pengundi ‘atas pagar’ pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti jika mahu menawan Putrajaya.
Demikian dinyatakan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang ketika berucap pada Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Negeri Pahang di Dataran Kerdau, sebentar tadi. Katanya, 3 juta daripada mereka adalah pengundi baru sementara 1 juta adalah pengundi pada Pilihan raya Umum ke-12 lalu.

Justeru, kata Ahli Parlimen Ipoh Timur itu, Pakatan Rakyat perlu mendapatkan 70 peratus daripada mereka pada PRU13 nanti bagi merealisasikan hasrat menguasai Putrajaya. “Kita boleh mara ke Putrajaya, kita kena dapat sokongan semua kaum,” ujarnya.

Baginya, kehadiran peserta himpunan malam ini yang melebihi 30,000 orang daripada pelbagai kaum mendapat satu mesej bahawa kenyataan pemimpin BN adalah bohong. Katanya, rakyat menolak dakwaan pemimpin BN kononnya apabila DAP menang, kuasa Melayu akan hilang. Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat pelbagai kaum bersatu padu kerana suasana memerlukan kerajaan baru.

Sementara itu, Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah berkata, negara lebih aman apabila BN tumbang pada PRU13 nanti. "Jika BN tumbang, lagi aman, tengok malam ini," katanya yang juga Adun Triang.

Justeru, beliau menolak dakwaan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil kononnya peristiwa 13 Mei akan berulang sekiranya BN tumbang pada PRU13. Beliau menyifatkan Shahrizat tidak memahami budaya orang Cina berhubung dakwaan itu.(Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails