SATU
 lagi projek penipuan Umno dan  Barisan Nasional yang selama ini berjaya
 diselindungkan dari pengetahuan  kita dalam negara kini terbongkar ke 
seluruh dunia! Kementerian
 Pelajaran Malaysia (KPM)  didakwa “sengaja” memanipulasi standard lulus
 mata pelajaran Sains dan  Matematik untuk membolehkan lebih ramai 
pelajar yang mengambil  peperiksaan memperolehi keputusan baik, kata 
pemimpin DAP.
Dakwaan
 mengikut penilaian  antarabangsa menunjukkan kedudukan Malaysia bagi 
dua mata pelajaran  tersebut mengalami penurunan ketara. Dalam
 satu kenyataan bersama, Tony  Pua dan Ong Kian Ming hari ini 
menegaskan, tindakan KPM “memudahkan”  silibus pendidikan bagi kedua-dua
 mata pelajaran terbabit adalah punca  kepada penurunan standard 
pendidikan negara.
 “Tindakan kementerian memudahkan  silibus dan menurunkan markah lulus 
merupakan sebab utama penurunan  standard sistem pendidikan negara 
kita,” kata mereka dalam kenyataan  tersebut mengenai peperiksaan 
Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil  Pelajaran Malaysia (SPM).
“Sejak
 beberapa tahun kebelakangan  ini, kementerian telah memudahkan silibus 
bagi memberikan persepsi  terdapatnya peningkatan prestasi, diukur 
melalui jumlah lulus dan ‘A’  yang diperolehi semasa peperiksaan,” 
tambah mereka.
Jelas
 kedua-dua pemimpin DAP  tersebut, tindakan itu lebih menyedihkan 
apabila Kajian Sains Dan  Matematik Antarabangsa (TIMSS) pada tahun 2011
 yang menunjukkan Malaysia  merupakan negara yang mana pelajarnya 
mengalami penurunan mendadak bagi  dua mata pelajaran tersebut.
Kajian
 berkenaan menunjukkan  Malaysia memperoleh 440 mata dalam matematik 
untuk tingkatan dua ―  bersamaan dengan gred lapan di seluruh dunia di 
belakang Korea Selatan,  Singapura, Chinese Taipei (Taiwan), Hong Kong 
dan Jepun yang menduduki  lima tangga teratas.
Pelajar
 berusia 14 tahun Malaysia  juga gagal menyaingi rakan-rakan sebaya 
mereka di Israel dengan 516  mata, Lithuanian (502) dan Lebanon (449) 
disamping hanya di hadapan  Thailand dengan perbezaan yang tipis, dengan
 mendapat 427 mata.
Dalam
 bidang sains, Malaysia  mendapat 426 mata, bersamaan dengan Syria dan 
hanya mendapat mata tipis  berbanding Palestin, Georgia, dan Oman yang 
mendapat 420 mata. Singapura
 mendapat mata tertinggi  dengan 590 mata, Chinese Taipei (564), Korea 
Selatan (560), Jepun (558),  Israel (516), Kazakhstan (490) dan Thailand
 dengan 451 mata.
Tambah
 mereka, walaupun TIMSS  menunjukkan penurunan yang amat ketara terhadap
 sistem pendidikan kita,  lebih mengejutkan pelajar di sekolah menengah 
di negara ini terus memperolehi keputusan membanggakan setiap tahun 
bagi mata pelajaran  matematik dan sains bagi PMR dan SPM.
“Penurunan
 Malaysia dalam pencapaian  TIMSS yang diukur bersama dengan 59 negara 
lain jelas menunjukkan  perbezaan ketara dalam pencapaian oleh pelajar 
yang sama dalam PMR dan  SPM,” kata Pua dan Ong.
Purata
 mata bagi TIMSS ialah 500  mata, dengan negara yang menunjukkan mata 
melebihi angka tersebut  dianggap sebagai terbaik dalam dua bidang 
tersebut, manakala di bawah  mata tersebut dianggap tidak mencapai 
prestasi yang dikehendaki. Tony dan Ong turut menunjukkan Gred Purata Kebangsaan (GPK) yang diperolehi pelajar bagi peperiksaan PMR dan SPM di negara ini.
“Bagi
 PMR, secara lebih tepat,  mereka yang memperolehi A dalam matematik 
meningkat daripada 26.7  peratus pada 2010 kepada 28.9 peratus pada 
2011, manakala bagi mata  pelajaran sains, meningkat daripada 18.5 
peratus pada 2010 kepada 21.7  peratus pada 2011.
“Pada
 masa sama, keputusan SPM kita  pada 2011 dilaporkan antara yang terbaik
 sejak lima tahun, apabila Gred  Purata Kebangsaan menunjukkan 
peningkatan daripada 5.19 pada 2010 kepada  5.04 pada 2011 (gred yang 
lebih rendah adalah skor yang baik),” kata  mereka.
TIMSS
 adalah kajian selama empat  tahun untuk pendidikan sains dan matematik 
bagi gred empat dan lapan di  seluruh dunia ― atau Darjah Empat dan 
Tingkatan Dua mengikut sistem  pendidikan Malaysia. Bagaimanapun, bagi Malaysia kajian hanya dilakukan bagi peringkat sekolah menengah dalam kajian tersebut.
Dalam kajian TIMSS menunjukkan
 Malaysia masih tidak mencapai prestasi  yang baik dalam tiga kajian 
sebelum ini dalam dua bidang tersebut yang  dianggap penting untuk 
negara  mencapai negara berpendapatan tinggi. Pada tahun 2007, purata pelajar Malaysia mendapat 474 mata di dalam matematik dan 471 di dalam sains dalam kajian TIMSS.
Pada tahun 1999, purata bagi pelajar ialah 519 mata bagi matematik dan 492 bagi sains. Justeru,
 Pelan Pembangunan  Pendidikan (NEB) yang diumumkan kerajaan baru-baru 
ini jelas Tony dan  Ong perlu mengakui secara terbuka kementerian 
berkenaan melakukan  tindakan “memudahkan” silibus dalam sistem 
pendidikan negara.
“NEB perlu secara terbuka mengakui terdapatnya tindakan memudahkan sistem pendidikan kita,” kata mereka.
“Pelan
 tersebut bukan sahaja  mengabaikan perkara itu, malah turut memuji 
pencapaian akademik pelajar  dalam peperiksaan PMR dan SPM.
“Sekiranya
 Menteri Pelajaran,  Muhyiddin Yassin gagal untuk memulihkan proses 
tersebut, dan  meningkatkan standard peperiksaan dan silibus kita, kami 
yakin, bukan  hanya setakan NEB akan gagal, kedudukan Malaysia dalam 
TIMSS akan terus  menjunam pada masa akan datang,” tegas mereka lagi. (Hrkh)

1 comment:
nnt menteri ameno berkaitan akan kata sistem pendidikan kita x sama dan x boleh dibandingkan dgn mereka... hampehhhhhhhhhhhhhh
Post a Comment