KL: Pas hari ini mempertahankan tindakan 
Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) membabitkan 
isu empat orang bukan Islam yang ditangkap kerana berkelakuan tidak 
senonoh di tempat awam baru-baru ini. 
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, tindakan yang diambil 
oleh penguat kuasa MPKB bertepatan di bawah Undang-undang Kecil Taman 
MPKB 1986, dan ia bukanlah kes 'khalwat' sepertimana yang dilaporkan 
oleh beberapa media sebelum ini.
"Kes sebelum ini mungkin diberi nasihat, tapi dalam kes ini teruk 
sikitlah. Dicerita kepada saya secara detail tapi saya tak nak cerita 
lah apa yang berlaku.
"Jadi kita serah kepada (MPKB) kalau perkara ini jadi kes," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Tambah beliau, kes berkenaan yang beliau sendiri tidak "tergamak" untuk
 menceritakannya kepada media, mungkin mendorong penguatkuasa yang 
bertugas bertindak mahu terus menyaman kedua-dua pasangan terbabit.
"MPKB telah mengambil langkah-langkah pencegahan ini bukan sekadar 
saman, setiap ada kes seperti ini sama dan failkan kes, tidak 
(sebenarnya).
"Mereka ini juga menggunakan budi bicara dalam banyak hal pun. Nampak 
macam tak sopan tapi boleh nasihat, maka minta beredar. Tapi dalam kes 
ini lain," ujar beliau.   
Kes berkenaan yang berlaku pada Oktober lalu disifatkan oleh Mustafa 
sebagai sengaja disensasikan untuk kepentingan politik MCA menerusi 
media miliknya, The Star menjelang Pilihan Raya Umum ke-13. "Berlaku dalam DBKL ini, MCA tidak cakap apa pun, pasal bukan bawah Pas." katanya lagi.   
Ekoran kes tersebut, Setiausaha DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan Pas
 Kelantan segera menyelesaikan isu itu kerana ia menjejaskan mesej 
pembangkang dalam menghormati kebebasan beragama di negara ini. Bahkan katanya, kes seumpama itu boleh  merosakkan kerjasama yang wujud dalam pakatan pembangkang.
"Tidak... tidak... ini perkara yang disebut cara tak betul oleh Star, 
oleh MCA. Ini yang menimbulkan persepsi tak betul menimbulkan kekeliruan
 ini kerana MCA telah membuat kenyataan-kenyataan yang tidak tepat," 
ujar beliau lagi.
Malah menurut Mustafa, beliau sendiri sudah menjelaskan dengan Ahli 
Parlimen Bukit Bendera dari DAP, Liew Chin Tong yang diarahkan oleh Guan
 Eng untuk berbincang mengenai isu terbabit dengannya. Mustafa kemudian merujuk kes di bawah DBKL pada 2004 di mana mahkamah 
sebulat suara memutuskan Datuk Bandar Kuala Lumpur adalah betul untuk 
mendakwa dua pelajar kerana berkelakuan tidak sopan iaitu berpeluk dan 
bercium di taman KLCC.
Korum itu memutuskan Seksyen 8 (1) Undang-undang Kecil Taman, seksyen 
yang dirujuk oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk menghukum sesiapa yang
 didapati berkelakuan tidak sopan di tempat awam adalah mengikut 
Perlembagaan. Berikutan keputusan itu, dua pelajar terbabit, Ooi Kean Thong, 24, dan 
Siow Ai Wei, 22, perlu membela diri terhadap pertuduhan itu yang didakwa
 terhadap mereka di Mahkamah Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur pada 
2004.       
"... yang bawah Pas ini mereka nak tunjukkan tak bagus. Sedangkan dulu 
lagi Pas perintah, yang terakhir 20 tahun ini, tak akan sebab kes ini 
menggambarkan itu pendirian Pas berkait dengan kebebasan orang yang 
bukan Islam dan sebagainya... tak sama sekali," tegas beliau lagi.(SH)

No comments:
Post a Comment