Galloway kritik larangan pakai hijab di Parlimen Britain
LONDON: Kekangan baru terhadap hijab dipakai wanita Islam di Dewan 
Rakyat Britain dikritik ahli Parlimen, George Galloway semalam.
Galloway yang mewakili kawasan barat Bradford dan mempunyai populasi 
besar pelbagai etnik berkata, peraturan itu akan mendiskriminasi wanita 
Islam.
Peraturan bagi setiap orang yang bekerja di Parlimen 
menetapkan: “Anda perlu membuka sebarang penutup yang menutup muka.”
Galloway berkata: Semua orang tahu perlunya kawalan keselamatan.  
“Namun, peraturan ini  seperti satu paksaan dan mengelirukan saya. Kita 
hidup dalam masyarakat berbilang agama dan perlu sensitif mengenainya,” 
katanya.
Bagaimanapun, seorang ahli Parlimen berkata, ia mungkin lebih baik 
untuk pelawat: “Ia mungkin lebih baik  jika mereka disapa seseorang 
dengan wajah yang dapat dilihat dengan jelas,” katanya. - DM


No comments:
Post a Comment