Tuesday, December 11, 2012

Najis Zina, Di Suasana Tempat Kerja, Bagaimana?

HARI ini sahaja di myMetro Online ada 2 berita mengenai najis zina yang berlaku dalam lengkungan suasana tempat kerja di negara ini..

SatuTak tahan sakit bongkar hamil
SERIAN: Selepas sembilan bulan menyembunyikan kehamilannya, seorang remaja bawah umur terpaksa membiarkan rahsianya terbongkar apabila meminta bapanya menghantar ke hospital kerana tidak tahan lagi sakit untuk bersalin, kelmarin. Difahamkan, gadis berusia 16 tahun yang keciciran sekolah dari Batu 34, Jalan Kuching-Serian itu tahu dia mengandung, tetapi menyorokkan daripada pengetahuan keluarga kerana takut.

Bapa gadis terbabit yang berusia 52 tahun terkejut apabila anaknya meminta tolong membawanya ke Hospital Serian (HS) kerana tiba masa untuk bersalin. Keluarga terbabit membawanya ke hospital sebelum membuat laporan di Balai Polis Serian untuk tindakan lanjut. Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Mohd Jamali Umi berkata, berdasarkan keterangan mangsa, kejadian berlaku Mac lalu jam 3.14 petang di sebuah asrama pekerja di Pekan Serian.

Katanya, mangsa yang bekerja di sebuah pasar raya di sini, berkenalan dengan lelaki berusia awal 20-an yang baru bekerja di tempat sama. “Pada hari kejadian, lelaki itu mengajak gadis terbabit minum minuman keras di asrama mereka hingga mangsa tidak sedarkan diri. Apabila sedar, mangsa mendapati dia tidak berpakaian dan dipercayai dirogol,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, gadis itu bersemuka dengan lelaki terbabit meminta dia bertanggungjawab, tetapi tidak diendahkan, sebaliknya lelaki itu kini menghilangkan diri. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan polis kini memburu lelaki terbabit yang dipercayai berasal dari Lubok Antu untuk didakwa kerana merogol gadis bawah umur.

Dua:  Gadis diraba rakan sekerja

GOMBAK: Seorang remaja perempuan yang baru dua minggu bekerja di sebuah pasar raya di Selayang bagi menghabiskan cuti persekolahannya dicabul rakan sekerja. Kejadian itu menyebabkan remaja terbabit trauma sebelum menceritakan kepada ibunya.

Sumber berkata, ibu mangsa yang tidak puas hati dengan tindakan rakan sekerja anak perempuannya itu yang juga dipercayai warga asing, membuat laporan polis kelmarin. Menurut sumber itu, dalam kejadian Khamis lalu, mangsa bekerja dengan lelaki terbabit jam 11 pagi dan ditegur lelaki itu dengan perkataan lucah.

“Suspek mengajak mangsa ke rumahnya untuk melakukan hubungan seks, namun mangsa menolak ajakan suspek. “Suspek yang tidak berpuas hati meraba badan mangsa. Tindakan suspek menyebabkan mangsa takut lalu melarikan diri,” katanya.

Sumber berkata, mangsa mendakwa dia sekali lagi diganggu suspek dengan menghubunginya meminta mangsa mengirimkan SMS dan gambar bogel mangsa. Kata sumber, mangsa yang bimbang diganggu suspek memaklumkan insiden itu kepada ibunya.

“Mangsa dibawa membuat laporan di Balai Polis Selayang untuk tindakan polis lanjut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Bagi negara Islam atau negara kebajikan menurut Isam, pemimpinnya tidak terlepas dari tanggungjawab menyelesaikan masalah sosial rakyat begini. Mesti ada jalan penyelesaian menurut Islam, kerana Islam itu tetap sesuai dengan setiap keadaan, tempat dan masa. Sentiasa evegreen! Cuma pemimpinnya saja yang tidak faham atau tidak mahu faham atau takut dengan penyelesaian melalui warna green.. ( IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails