Saturday, February 26, 2022

15 Calon PN dari PAS lafaz baiah di pejabat PAS Johor.

 

Calon Perikatan Nasional daripada PAS lafaz baiah

JOHOR BAHRU: Kesemua 15 calon Perikatan Nasional daripada PAS yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor melafazkan baiah pada majlis yang diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS negeri di sini, jam 12.10 tengah hari ini.

Lafaz baiah itu diketuai oleh Ketua Dewan Ulamak PAS negeri, Ustaz Azlisham Azahar yang diikuti oleh 14 calon lain yang bertanding pada PRN kali ini.

Majlis seterusnya diisi dengan taujihat kepada calon-calon yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Zulkifli Ismail.

Ketua Dewan Dewan Ulamak PAS Pusat, Senator Dato’ Ahmad Yahaya tiba semasa ucapan taujihat disampaikan sebelum itu menyerahkan watikah kepada semua calon.

Majlis yang dipengerusikan oleh Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Abdullah Husin itu diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Yahya.

Pada PRN Johor kali ini, 15 calon Perikatan Nasional adalah daripada PAS, Bersatu (33) dan Gerakan (lapan).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac sebagai tarikh pengundian bagi PRN Johor.

Tarikh penamaan calon bagi pilihan raya itu ditetapkan pada 26 Februari manakala pengundian awal pada 8 Mac. – HARAKAHDAILY 25/2/2022

Lihat seterusnya..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails