Saturday, January 30, 2021

Rogol 3: Budak 10 tahun didapati hamil di Sarawak. Atau juga zina.

KUCHING: Hampir semua atau 96% daripada 2,099 remaja mengandung tahun lepas merupakan pelajar cicir, kata kerajaan negeri. Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Fatimah Abdullah berkata, kes turut melibatkan kanak-kanak berusia 10 tahun.  

Beliau berkata, faktor penyumbang kes termasuklah hubungan intim, rogol, pengaruh dadah dan penyalahgunaan bahan, kurang pendidikan seks dan pendedahan kepada media sosial.  Katanya, walaupun angka tersebut menurun daripada 3,401 pada 2014, kementerian kini menyusun panduan intervensi bersepadu pelajar cicir bagi menangani masalah yang dihadapi.

Ia akan memperkenalkan program bagi mengurangkan stigma terhadap ibu tidak berkahwin dan menyediakan pendidikan dan kaunseling seks untuk remaja.  

Fatimah berkata, stigma berkait ibu tidak berkahwin atau ibu muda serta kekurangan sokongan emosi daripada anggota keluarga juga merupakan punca perbuatan membuang bayi kerana perasaan malu.  Beliau berkata, 41 kes buang bayi dilaporkan dari 2014 hingga 2020. -FMT. 

Komen Weblog Ibnu Hasyim:

Rogol 1: Pasngan Suami-Isteri rogol gadis di Bukit Tinggi. Rogol 2: Dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan. Rogol 3: Budak 10 tahun didapati hamil di Sarawak....

Sedikit mengenai jenayah rogol dan pencegahan menurut Islam.

Dalam Islam, jenayah rogol adalah satu jenayah yang amat berat sekalipun ia tidak termasuk dalam ketegori jenayah hudud yang ditetapkan kadar hukumannya. Ulama berselisih pandangan mengenai hukuman yang wajar dikenakan ke atas perogol. Ia kerana jenayah rogol merupakan jenayah yang melibatkan persetubuhan namun berlaku secara paksaan ke atas satu pihak lagi. Berbeza dengan zina yang melakukan jenayah atas kerelaan kedua-dua pihak.

Majoriti ulama berpandangan ia diqiyaskan kepada jenayah zina dari sudut hukumnya ke atas perogol, namun tidak dikenakan ke atas mangsa rogol. Jika perogol belum bernikah maka dikenakan sebatan sebanyak 100 kali namun jika sudah bernikah maka hukumannya ialah rejam. 

Ada juga ulama seperti pandangan dari Mazhab Hanafi dan Maliki yang berpandangan harus hukuman takzir lebih berat iaitu hukuman bunuh berdasarkan pembuktian dan kondisi jenayah yang berlaku atas pertimbangan oleh pihak mahkamah untuk memutuskannya. Ini kerana mangsa menanggung malu dan beban hasil paksaan yang terkena ke atas dirinya. 

Malah hakim boleh menimbangkan hukuman pampasan menerusi takzir yang patut diterima oleh mangsa rogol bagi menampung bebanan yang dipikul. Namun pengamalan Mahkamah di Malaysia adalah berbeza kerana bidang kuasa Mahkamah Syariah yang terhad diikat pada Akta 355 atau dikenali Akta 356. 

Jenayah rogol menerusi Mahkamah Sivil pada Seksyen 376 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman bagi pesalah rogol ialah penjara minima lima tahun dan maksima 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan. Dalam hal ini, hukuman ke atas perogol sahaja dan mangsa tiada peruntukan apa-apa pampasan melainkan menanggung malu. 

Di sinilah, perlunya pihak kerajaan mengambil tindakan yang agresif untuk memastikan bidangkuasa Mahkamah Syariah terus dipertingkatkan bagi mengikuti seluruhnya hukum di dalam Islam. Tidak lagi hanya terhad pada bidangkuasa tertentu yang amat sempit. 

Dalam kes yang berlaku seperti yang dilaporkan di atas melibatkan kanak-kanak 10 tahun, ia tidak boleh diambil ringan walaupun atas alasan bawah 18 tahun. Ini kerana mangsa rogol yang akan menghadapi tekanan minda dan kesan fizikal. 

Solusi

Sebagai solusi dan jalan selesainya, jenayah rogol ini dinilai dari dua aspek: 

I. Aspek pendidikan.

a. Pihak kerajaan mesti memperkasakan silibus pengajian Islam di seluruh sekolah dan pelbagai tahap pendidikan sebagai subjek wajib, bukan selektif. 

b. Para ibu bapa dan guru mesti berganding bahu memantau kelakuan anak-anak dan memastikan sukatan pelajaran agama diberikan perhatian yang lebih dan serius. 

c. Mempergiatkan kempen yang sihat dalam membangunkan nilai moral dan jati diri syaksiah seperti kempen jaga pandangan dan memelihara kehormatan di seluruh peringkat sama ada agensi kerajaan, sekolah, masyarakat dan keluarga. 

d. Penekanan pemakaian patuh syariah yang menutupi aurat oleh semua umat Islam serta pemakaian sopan bagi yang bukan beragama Islam. Termasuk juga pengiklanan sama ada secara maya, digital serta di papan tanda.

II. Aspek Pencegahan.

a. Memperkasakan bidangkuasa Mahkamah Syariah agar diberikan kuasa penuh sebagaimana peruntukan dalam syariat Islam. 

b.Kementerian yang berkaitan seperti Penerangan, Komunikasi dan Multimedia untuk lebih agresif menyekat laman sesawang yang mempunyai unsur lucah dan seksi. 

c. Penetapan cara pemakaian yang bersesuaian dengan etika agar tidak seksi dan menjolok mata. Bagi umat Islam dengan menutupi aurat, bagi bukan beragama Islam ialah batasan sopan. 

d. Pihak berkuasa mesti menutup semua pusat maksiat sama ada yang berlesen atau tidak. Serta memantau pusat siber umum agar tidak menjadi tempat lepak remaja-remaja dengan aktiviti yang kurang sihat. 

Sekian.

6 comments:

Anonymous said...

Malaysia boleh! kerajae melayuisle tiket kesyurga. islam pada nama dan pakaian saja ilmu tak ada.

Anonymous said...

X pyh bg solusi.... Lebai yg dulu menjerit... Islam terancam... Time kovid dh hilang...

Anonymous said...

Hidup pluralisma.. hidup lgbt.. hidup jubooo... ko rasa bole hidup isle kat mesia bomi yang dah lari tuah nyer skg ni.....!?

Anonymous said...

Islam memang tiket ke syurga. Nama dan pakaian cermin peribadi. Belajar agama Islam utk amal yg benar. Tolak falsafah liberal dan fahaman kafirun.

Anonymous said...

Time covid pulak bang non nak derhaka. Fikirlah nyawa rakyat. Covid pun dah bala dari Allah, nak tambah pulak derhaka dari pkr.

Anonymous said...

Apa yg ko merepek ni syaitan??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails