Monday, October 02, 2017

Setubuh Keldai Betina Sebagai Ubat Kuat Lelaki Zahir-batin..


JOHANNESBURG – Ntando Thembalethu Mankungwini, seorang pemuda berumur 23 tahun dijatuhi hukuman penjara 12 bulan kerana melakukan persetubuhan dengan seekor keldai.

Media Afrika Selatan melaporkan Lembaga Pendakwaan Kebangsaan (NPA) menyambut baik sabitan kesalahan jijik serangan seksual tersebut yang mungkin menyebabkan mamalia itu trauma akibat diperkosa oleh spesies lain.
Mankungwini dinyatakan sebagai bersalah dan dijatuhi hukuman dalam perbicaraan yang mendapat liputan luas media dan berlangsung di Mahkamah Tinggi Mount Fletcher, Wilayah Eastern Cape dekat sini pada Khamis lalu.
Di mahkamah tersebut, tertuduh malahan dilaporkan membuat dalih lucu dan jelas tidak masuk akal apabila mendakwa bahawa dia terpaksa berjimak dengan keldai sebagai sebahagian daripada perubatan tradisional.
Laman berita tempatan News24 mendedahkan, pemuda berkenaan mengaku percaya bahawa dengan menyetubuhi keldai betina itu, Mankungwini bakal tumbuh sihat menjadi seorang lelaki yang lebih kuat dari segi zahir dan batin.

Pemuda Setubuh Keldai Sebagai Ubat Jadi Kuat

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak NPA, dilaporkan pemuda tersebut pada mulanya datang melintasi sekelompok keldai, sebelum membawa lari dua ekor haiwan berkenaan ke sebuah daerah terpencil.
Di lokasi tersembunyi itulah Mankungwini melakukan hubungan seks terkutuk dengan salah seekor keldai. Peristiwa itu terjadi di kampung Moreneng, mukim Chevy Chase, di pinggiran wilayah Eastern Cape.
Mankungwini bagaimanapun berjaya ditangkap oleh cucu pemilik keldai itu sendiri, yang secara kebetulan datang terserempak dia sedang mencuri dua haiwan berkenaan sebelum melaporkan kepada pihak polis tempatan.
Tindakan pantas si cucu itu menyelamatkan nyawa Mankungwini daripada dibelasah oleh penduduk kampung yang lazimnya tidak dapat menerima jenayah seksual sedemikian. – Agensi.

Imbas Ringkas Hukum Setubuhi Binatang.

Apa hukum manusia mensetubuhi binatang?

Bersetubuh dengan binatang termasuk dosa besar. 

Meskipun ketika melakukannya, tidak sampai keluar mani. Para ulama berbeda pendapat, apakah pelaku dibunuh ataukah dipenjara. Ulama yang berpendapat pelaku dihukum bunuh, berdalil dengan hadis dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
مَنْ وَجَدْتُمُوهُ وَقَعَ عَلَى بَهِيمَةٍ فَاقْتُلُوهُ وَاقْتُلُوا الْبَهِيمَةَ
  • Siapa saja yang kalian jumpai bersetubuh dengan binatang, maka bunuhlah dia dan bunuh hewan yang jadi korban.” (HR. Tirmidzi 1455, Abu Daud 4464, dan Ibn Majah 2564).

Hanya saja, hadis ini diperselisihkan kesahihannya oleh para ulama. Disamping itu, hadis ini bertentangan dengan keterangan Ibnu Abbas dalam riwayat lain, yang mengatakan:
من أتى بهيمة فلا حد عليه
  • Siapa yang bersetubuh dengan binatang , tidak ada hukuman khusus untuknya.” (HR. Tirmidzi, setelah hadis no. 1455).
Artinya, syariat tidak menetapkan hukuman khusus untuknya, tapi hukuman untuk pelaku tindakan ini dikembalikan kepada kebijakan pemerintah. Seperti penjara atau didera.
Selanjutnya, at-Tirmidzi mengatakan:
وَهَذَا أَصَحُّ مِنَ الحَدِيثِ الأَوَّلِ، وَالعَمَلُ عَلَى هَذَا عِنْدَ أَهْلِ العِلْمِ، وَهُوَ قَوْلُ أَحْمَدَ، وَإِسْحَاقَ
  • Hadis ini lebih kuat dari pada hadis pertama (hukuman bunuh untuk pelaku setubuh dengan binatang). Para ulama mengamalkan hadis ini, dan pendapat ini yang dipegang oleh Imam Ahmad dan Ishaq bin Rahuyah.” (Jami Tirmidzi, 4:57).
Pendapat kedua inilah yang menjadi pendapat majoriti ulama. Dan inilah pendapat yang lebih kuat, insya Allah. Bahawa pelaku tindakan menyetubuhi binatang, tidak dibunuh tapi dihukum sesuai kebijakan pemerintah. (al-Mausu’ah al-Fiqhiyah, 24:33).

Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails