Friday, January 22, 2016

Bubarkan DUN Kedah, Beri Mandat Pada Rakyat. -PAS

KUALA LUMPUR : PAS mencadangkan supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dibubarkan dan memberi mandat kepada rakyat untuk memilih.
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata tindakan ingin menggulingkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menunjukkan rasa tidak solidariti pimpinan UMNO di Kedah.
“Maka apa yang lebih baik di sini ialah bubarkan DUN.
“Pada kita, yang nak digantikan pun lebih kurang sama sahaja, jadi berikan mandat pada rakyat,” katanya ketika ditemui Ismaweb di sini, hari ini.
Semalam, sebahagian besar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen UMNO Kedah menyuarakan pendirian hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri.
Bagaimanapun, Mukhriz menegaskan bahawa beliau akan terus berkhidmat sebagai Menteri Besar Kedah selagi dikehendaki rakyat. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails