Thursday, January 21, 2016

Artis Ini Tunjuk Payudara Lucah Ditempat Awam.. Hukumannya...

Tak sangka dia bekas peserta #DewiRemaja Shana Avril sanggup melakukan perbuatan lucah di tempat awam. Shana Avril merupakan artis tempatan pernah muncul dalam majalah mangga, pernah mengikuti pertandingan pengacara Nona dengan mendapat tempat ke-2. Tetapi...

HALAMAN HIBURAN
KUALA LUMPUR – Pelakon dan model kontroversi, Persana Avril Sollunda, 33, boleh menghela nafas lega selepas hanya dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun de­ngan cagaran RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Persana Avril dijatuhi hukuman itu selepas disabitkan kesalahan melakukan perbuatan lucah dengan menunjukkan payudaranya di tempat awam pada April tahun lalu.
Majistret Nur A’minatul Mardiah Md. Nor memutuskan demikian selepas tertuduh yang menggunakan nama pentas Shana Avril menukar pengakuan kepada bersalah selepas pertuduhan dibacakan semula dalam bahasa Inggeris.
Beliau turut mengenakan syarat tambahan agar Shana melaporkan diri di balai polis berhampiran bagi menjalani ujian urin untuk alkohol dan dadah pada setiap bulan sepanjang tempoh dua tahun berkenaan.
“Saya mengguna pakai peruntukan Seksyen 173A(2)(b) Kanun Prosuder Jenayah untuk melepaskan kamu menerusi bon berkelakuan baik dengan cagaran RM4,000 selama dua tahun. Jika gagal mematuhi syarat tambahan, kamu boleh dikenakan hukuman penjara seperti pertuduhan asal,” katanya ketika membacakan penghakimannya di sini semalam.
Berdasarkan pertuduhan, Shana didakwa melakukan perbuatan lucah di tempat awam di Jalan Petaling di sini pada pukul 2.07 petang 23 April 2015.
Dia didakwa mengikut Seksyen Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Begini kegilaan dunia hiburan yang tanpa arah, hasil didikan dan tarbiah kerajaan BN..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails