Tuesday, August 26, 2014

Dr Mujahid Bimbang Sultan Anggap Pakatan Tak Sependapat.

 
Ahli jawatankuasa pusat PAS Mujahid Yusof Rawa menyatakan kebimbangan berhubung hasil mesyuarat parti itu semalam berhubung krisis politik di Selangor.

Katanya, keputusan mesyuarat itu mungkin menyebabkan sultan Selangor beranggapan bahawa parti Pakatan Rakyat tidak sependapat dalam isu tersebut.

Bagaimanapun, MP Parit Buntar itu tidak menyatakan sekiranya perkembangan tersebut akan menyebabkan sultan membubarkan DUN dan seterusnya membolehkan satu pilihan raya baru dijalankan.

“Apapun keputusannya, kita mesti perkukuh Pakatan dan menjadikannya lebih konsisten. Saya tidak melihat perkara ini berlaku,” kata Mujahid, yang juga ketua biro perpaduan PAS.

"Tanpa menunjukkan konsensus di antara tiga parti Pakatan, sultan akan membuat kesimpulan bahawa kita tidak bersatu kerana satu daripada parti komponen (PAS) tidak memberi sokongan penuh kepada (presiden PKR Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail),” katanya.

Mujahid berkata keputusan mesyuarat terakhir parti itu tidak selari dengan keputusannya pada 17 Ogos untuk mencalonkan Wan Azizah serta timbalan presiden PKR, Azmin Ali untuk jawatan tersebut. Beliau bagaimanapun tidak menghadiri mesyuarat pada malam tadi kerana mengikuti satu program di Tehran.



Sementara itu, PAS telah memaklumkan keputusan terbaru Mesyuarat PAS Pusat semalam kepada Pakatan Rakyat. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, keputusan itu telah dimaklumkan secara rasmi kepada Sekretariat Pakatan Rakyat sejurus selesai mesyuarat semalam.

PAS telah membuat keputusan menyerahkan kepada kebijaksanaan Sultan Selangor dalam menentukan jawatan Menteri Besar di negeri itu. Keputusan tersebut diputuskan pada menyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bersidang semalam. 
(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails