
KL: Negara Islam (?) atau yang sebenarnya 'negara umat Islam' Malaysia jadi tumpuan pelacur negara bekas Soviet Union pula.. Anggapan begini muncul apabila myMetro melaporkan..
"Jika dulu sukar mendapatkan wanita dari negara bekas Soviet Union sebagai pelacur, namun sejak setahun lalu kemasukan ramai wanita dari rantau berkenaan untuk tujuan melancong memungkinkan mereka dieksploitasi sindiket pelacuran bagi memenuhi permintaan lelaki tempatan."
"Kebanyakan wanita berkenaan adalah dari Uzbekistan, Tajikistan, Russia, Kyrgyzstan dan Ukraine.
"Metro Ahad difahamkan, pembabitan warga negara berkenaan dalam aktiviti pelacuran mula meningkat selepas pelanggan dikesan menukar ‘selera’ mereka.

"Namun, sukar mendapatkan khidmat wanita terbabit kerana dikawal ahli sindiket pelacuran dan dikhaskan kepada pelanggan yang ‘berpoket tebal’.
"Difahamkan, caj antara RM500 hingga RM1,000 dikenakan sindiket terbabit kepada pelanggan untuk sekali perkhidmatan. " Demikian lapor myMetro lagi.
"Apakah rakyat Malaysia tidak merasa jijik dan malu dengan perbuatan tidak bertamadun ini? Siapakah yang bertanggung jawab, kalau bukan pemimpin-pemimpin Malaysia sendiri terutamanya yang beragama Islam, terhadap perlakuan najis zina ini?" Tanya weblog Ibnu Hasyim. (IH)
1 comment:
Kalau dahulu kita masih ada jual beli hamba sahaya. Kini hamba sahaya diharamkan(?) oleh siapa?
Sedangkan ia tradisi yang Halal dan dibenarkan oleh syarak kerana ia mengikut peraturan syarak dan hukum hakam Islam. Islam datang memurnikan perkara yang baik yg masih diamalkan. Kerana hamba sahaya hanya lah hakmilik Tuan Hamba itu sahaja dan haram dilacurkan. Allah mengharamkan melacurkan hamba sahaya dan isteri! Dulu hamba sahaya perempuan yang datang menyerahkan diri atau dibeli dijaga oleh seorang Tuan Hamba seorang sahaja dan haram berzina lelaki lain kecuali dgn tuannya saja. Atas faktor kemiskinan dan kefakiran, ekonomi dan hutang atau kehidupan sebatang kara maka mereka datang merayu dan menyerahkan diri kepada orang kaya atau saudagar kaya lalu mengambil mereka, sehingga kehidupan mereka ditanggung. Apabila telah cukup dan boleh berdikari mereka diberi pilihan samada ingin merdeka atau terus duduk bersama tuannya. Mereka boleh juga memohon kebebasan dan membayar tebus. Hamba sahaya perempuan yg dibebaskan masih dianggap suci dan bermaruah kerana ia adalah ikatan yang sah antara tuan dan hamba sahaya. Seperti janda yg diceraikan suami. Apabila datang penjajah barat Yahudi dan Nasrani, ia dihapuskan kononnya.. tetapi ditukar kepada bentuk pelacuran. Astaghfirullahalazim. Allahu!
Post a Comment