Friday, July 06, 2018

Pembangunan Zon Bebas Cukai Diteruskan T'ganu..



KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri akan meneruskan pembangunan Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir di Pulau Bayas kerana projek itu sudah melepasi 77.53 peratus.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, projek yang belum siap itu perlukan peruntukan sekitar RM60 juta lagi.
"Sehingga 31 Oktober 2017 lalu, projek yang mempunyai enam pakej itu telah disiapkan sebanyak 77.53 peratus dengan kos perbelanjaan sebanyak RM144 juta.
"Kita (kerajaan) akan meneruskan pembangunan Tasik Kenyir di Hulu Terengganu itu kerana ianya bukan hanya produk pelancongan utama, tetapi projek mega berkenaan sudah melepasi 50 peratus siap.
"InsyaAllah, kita akan teruskan namun ianya juga bergantung kepada kewangan semasa Kerajaan Negeri dan kami di pihak Exco sudah bincang untuk menilai projek di Pulau Bayas dan projek-projek lain di Tasik Kenyir itu," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ke-14, di Wisma Darul Iman, di sini kelmarin.
Namun menurutnya, Kerajaan Negeri tidak boleh memberi jaminan dalam waktu terdekat ini dapat menyediakan peruntukan sebanyak RM63 juta yang diperlukan itu.
Jelas beliau, komitmen kerajaan juga akan menilai semula dan jika dihentikan terus sudah pasti membazirkan duit rakyat ratusan juta.
"Jika kita hentikan terus, akan membazirkan wang rakyat setelah ratusan juta dibelanjakan oleh kerajaan terdahulu (BN). Asalnya itu untuk (pulau) Zon Bebas Cukai," ujarnya. -HARAKAHDAILY 6/7/2018

LGE, TT Manifestasi PH Pinggir BM -Dr Mohd Khairuddin.



KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) mesti menunjukkan kesungguhan mempertahankan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Jangan memberi isyarat yang salah kepada rakyat bahawa PH telah meruntuhkan tonggak asas bernegara yang telah dipersetujui oleh semua kaum.

Sebelum ini, Lim Guan Eng menggunakan Bahasa Mandarin dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan beliau serta mempertahankan tindakan itu.  Malang lagi, pimpinan PH turut membela Menteri Kewangan tersebut dengan menganggap isu tersebut adalah kecil.

Sedangkan, Perkara 152(1)(a) Perlembagaan Persekutuan telah secara jelas menyatakan akan keperluan penggunaan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi kerajaan.

Semalam pula, Tommy Thomas yang mengetuai pasukan Pendakwa Raya ke atas kes melibatkan DS Najib Razak memohon agar prosiding di Mahkamah Tinggi dijalankan menggunakan Bahasa Inggeris. Ia barangkali berikutan penguasaan Bahasa Melayu yang lemah oleh beliau.

Sidang media yang mahu diadakan oleh beliau selepas itu juga turut dibatalkan pada peringkat awal selepas didesak oleh orang ramai supaya beliau menggunakan Bahasa Melayu.

Selaku Peguam Negara, beliau sepatutnya lebih memahami akan tuntutan Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 yang mahukan segala prosiding dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi atau mana-mana Mahkamah Rendah dijalankan menggunakan Bahasa Kebangsaan.

Keadaan ini juga menunjukkan sebenarnya seawal mencadangkan nama Tommy Thomas untuk dilantik sebagai Peguam Negara dahulu, Kerajaan PH tidak prihatin terhadap Seksyen 11(2) Akta Profesyen Undang-undang 1976 yang menyatakan “tiada seseorang pun berkelayakan boleh diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara melainkan, sebagai tambahan pada memenuhi kehendak subseksyen (1), dia telah lulus atau dikecualikan daripada Peperiksaan Kelayakan Bahasa Malaysia.

Insiden ini jelas merupakan manifestasi bahawa Bahasa Melayu semakin dipinggirkan oleh PH yang menerajui Kerajaan. Rakyat perlu bangkit menegur kepincangan ini.  
Sekian.

”Sejahtera Bersama Islam”

DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
05 Julai 2018 | 21 Syawal 1439H
-HARAKAHDAILY 5/7/2018

Nak Jadi Penyokong PH? Ini.... -Ust Mokhtar Senik.



UNTUK menjadi penyokong Pakatan Harapan (PH) yang sebenar anda perlu:
  • Jangan bantah apa jua kehendak DAP.
  • Mesti berfikiran Liberal dan jangan terlalu terikat dengan Islam.
  • Mesti pekakkan telinga jika terdengar cemuhan terhadap Islam. Kalau boleh pertahankan statement tersebut jika ada yang membangkangnya.
  • Anggaplah tertangguhnya Kerajaan PH menunaikan janji itu sebagai jihad kesabaran yang tinggi nilainya.
  • Tidak mengapa meneruskan kezaliman Barisan Nasional (BN) asalkan yang melakukan kezaliman itu bukan Najib dan BN.
  • Biarkan jika ulamak dihina. Kalau boleh tambah-tambah sikit lagi penghinaan itu. Kerana hina ulamak bermakna hina PAS.
  • Mesti berani buat fitnah. Terutamanya terhadap PAS. Itu adalah keberanian yang dipuji.
  • Paling tidak mesti berdiam diri dalam isu LGBT, Liberalisme dan Pluralisme. Kalau terlalu berfikiran Islam anda dikira masih ada saki-baki PAS dalam diri.
PAS bukan Islam. Tapi jangan terlalu menampakkan diri anda membela Islam nanti anda akan dilihat sebagai penyokong PAS. Hairan.
USTAZ MOKHTAR SENIK
Ahli Jawatankuasa Kerja 
PAS Pusat - HARAKAHDAILY 5/7/2018

Lebih 32,000 Janda Di Terengganu. Mengapa Gambar Ini? Lihat Video..


Ada Lebih 32,000 Janda Di Terengganu

MERIAH… Bilangan ibu tunggal di seluruh Terengganu kini mencecah 32,411 termasuk kira-kira 6.29 peratus daripadanya dikenal pasti baru sahaja berusia di bawah 30 tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat berkata, berdasarkan perangkaan pada bulan lalu, ada juga janda berumur bawah 20 tahun.

Bilangan mereka bagaimanapun hanya seramai 28 orang manakala sebanyak 2,010 orang ibu tunggal pula dikesan berusia dalam lingkungan 21 tahun hingga 30 tahun di negeri berkenaan.

“Selain itu, seramai 4,783 orang ibu tunggal pula berusia 31 tahun hingga 40 tahun, 6,506 orang (41 hingga 50 tahun), 9,556 orang (51 hingga 60 tahun) dan 9,528 orang (61 tahun ke atas).

“Daerah Kemaman merekodkan angka tertinggi dengan 5,279 orang diikuti Besut (4,768), Marang (4,305), Dungun (4,182), Kuala Terengganu (3,925), Kuala Nerus (3,658), Setiu (3,307) dan Hulu Terengganu (2,987),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Alias Harun (PAS-Rantau Abang) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-14 di Kuala Terengganu semalam. – Agensi/Mynewshub.tv

Dr Zuhdi Ditnah, Sinar Harian Minta Maaf.


Sinar Harian memohon maaf atas kesilapan menggunakan gambar yang tidak berkaitan dengan Himpunan Solidariti Buat Najib malam tadi. Gambar yang digunakan itu ialah ketika Himpunan NGO Mempertahankan YDPA baru-baru ini.

Sinar Harian tiada sebarang niat untuk memfitnah AJK Pas Pusat, Dr Zuhdi Marzuki, sebaliknya adalah kesilapan teknikal. Sinar Harian telah menarik balik artikel tersebut di Sinar Online sebaik menyedari kesilapan tersebut dan membetulkan gambar berkaitan. 

Adakah dengan menarik balik itu fitnah yang tersebar boleh dipadamkan? Berapa orang yang hanya baca fitnah dan tidak membaca pembetulan Sinar Harian?


Kesan daripada sebaran fitnah kepada PAS
1. Ada ahli PAS berpusing haluan kerana termakan fitnah (ini satu kebodohan)
2. Macai Pakatan Harapan, terutama puak Amanah berseronok dengan maklumat ini kononnya PAS dah rosak (ini satu bala untuk mereka)

MR : Fitnah adalah sunatullah dalam perjalanan dakwah, siapa yang paling banyak dapat 'panah fitnah' dia sebenarnya menepati perjuangan Islam yang dibawa oleh nabi dan ulama terdahulu. Jadi jangan risau kalau fitnah membuatkan anda kalah dan dibenci.... 
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Thursday, July 05, 2018

Wujud Kerjasama PH-Umno, Ini Makin Terbukti..




ALOR SETAR: Dakwaan kononnya PAS menjalin kerjasama dengan Umno sebaliknya sekarang terbukti Pakatan Harapan (PH) memerlukan Umno bagi mengukuhkan kedudukannya.
Semalam muncul lagi jalinan kerjasama itu apabila tiga Adun Barisan Nasional memihak kepada PH ketika pengundian pelantikan Speaker.
Wakil rakyat terbabit iaitu Adun Guar Chempedak, Dato’ Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail, Adun Bandar Baru, Dato’ Norsabrina Mohd Noor dan Adun Sungai Tiang, Dato’ Suraya Yaacob.
Mereka sebelum ini pernah mengisi barisan Exco kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) ketika diterajui Dato’ Seri Mukhriz Mahathir pada awal penggal ke-13.
Ketua Pembangkang Dun Kedah, Muhammad Sanusi Mohd Nor berkata, tuduhan yang dilemparkan terhadap PAS sejak 2016 kononnya akan berpakat bersama Umno meleset sama sekali.
"Keputusan hari ini membuktikan siapa sebenarnya yang berpakat dengan BN. Rakyat boleh menilai sendiri terhadap tuduhan yang dilempar kepada PAS selama ini,” katanya selepas majlis pelantikan Speaker Dun dan angkat sumpah Adun Kedah di sini semalam.
Calon daripada Pakatan Harapan, Dato' Ahmad Kassim dilantik sebagai Speaker Dun Kedah selepas memperolehi 21 undi.
Manakala calon daripada PAS, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi mendapat 15 undi.
Perlantikan berkenaan diumumkan Setiausaha Dewan Undangan Negeri Kedah, Iqbal Ahmad.
Malah Presiden Umno, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata keputusan Adun BN Kedah menyokong Speaker daripada PH direstui Badan Perhubungan Umno Kedah. - HARAKAHDAILY 5/7/2018

Pantun Tun M: Batu Putih Bertuan Baru, L/Kuan Yew Menjadi Raja...

Hasil carian imej untuk pulau batu putih

Catatan Santai Pulau Pinang Siri 2.

SETELAH tersiar tulisan lalu..

Ada seseorang mengirim artikel ini kepadaku. Dipetik dari Blog 'Daulah Rakyat' (http://www.daulahrakyat.com/blog/?)  Posted on 17 
Bertajuk:
"Pantun Baru Tun Dr Mahathir Mohamed Mengimbau Sejarah Ketewasan Kita!" 


Memang aku pernah pergi ke Pulau Batu Putih beberapa tahun lalu. Tapi aku tidak naik atas pulau itu, hanya berpusing-pusing sekitarnya saja.

Ini tulisan yang disebutkan di atas itu... 


[Kalau dulu, kita tersedu mendengar Rakyat Sultan Kedah selepas dijajah meraungi, menangisi kehilangan P.Pinang daripada induknya kesultanan Kedah. Kini pun tangisan itu masih berterusan tanpa pengembalian balik hak ketuanan walau pun sesudah MERDEKA.


Terbaru kita kehilangan lagi. Hilang yang dulu tidak berganti. Ditambah pula dengan kehilangan  terbaru PULAU BATU PUTIH. Berputih mata lagilah kita.  Dari segi geografi kedudukannya  sangat dekat dengan pantai dan laut Johor berbanding dengan SINGAPURA. Jaraknya dengan Johor hanya 13 km dan dengan Singapura 43 km.  


Macam mana boleh menjadi milik Singapura ?  Mustahil Malaysia atau Johor menjualnya. Turut juga hilang ialah stesen keretapi TANJONG PAGAR dan laluan dari Woodland ke stesen akhirnya (Tg Pagar juga). 


Pantun di bawah ini protes Melayu terhadap kehilangan negeri :


PULAU PINANG BANDAR BAHARU,

CAPTAIN LIGHT MENJADI RAJA
KALAU DIKENANG MASA YANG LALU ,
RASA MENITIS SI AIR MATA.

Pantun terbaru Tun Dr Mahatuir merakamkan kehilangan baru akibat kecuaian para elit kekuasaan kita. Kesalahan menghilangkan hak negara secara nyata bolehkah dihilangkan ? Adakah ia boleh diambil kembali 


Pantun terbaru Tun Dr Mahatuir merakamkan kehilangan baru akibat kecuaian para elit kekuasaan kita. Kesalahan menghilangkan hak negara secara nyata bolehkah dihilangkan ? Adakah ia boleh diambil kembali ?

dn_051

BATU PUTIH BERTUAN BARU

LKY (Lee Kuan Yew) MENJADI RAJA
BILA DIKENANG ZAMAN DAHULU
DUDUK MENGALIR AIR MATA

Soalnya sampai bila kita  nak duduk menangis lagi, sedangkan kita sudah menjadi negara yang berdaulat dan merdeka. Apa yang berlaku di negara kita, tak pun berlaku di negara luar. Hong Kong dulu wilayah British sudah pun dikembalikan ke asalnya China. Mengapakah dalam kes PP milik Kedah, Singapura yang menjadi milik Johor jadi terbalik. Kita pasakkan kepada rakyat politik kita ialah  untuk AGAMA , BANGSA dan TANAH AIR.


Kini apa yang sudah berlaku seperti menjual agama, bangsa dan negara iaitu tanah air pula. Tanah,  akhir akhir ini dijual dengan berleluasa kepada kepentingan asing yang sangat berbahaya pula iaitu RRC REPUBLIK KOMUNIS CHINA, air dijual ke Singapura dan perairan kita juga menjadi milik asing dengan terserahnya pulau Batu Putih. 


Khabarnya Selat Johor perairan kita akan direklaim menjadi Forest City oleh China untuk dihuni oleh warganya secara besar besaran. Justeru apa akan jadi kepada kita. Disebabkan ghairah dan haloba untuk kaya dengan segera kita jual segalanya.


Kita dirasuk  dengan kserakahan dunia yang melampau dan kegejolohan yang tiada tara. Kita dihantui untuk maju dengan cepat walau pun dengan menjual kepentingan negara yang strategik. Para pemimpin utama kita sanggup berbuat apa saja, termasuk menjual tanah negaranya yang tercinta. Penyakit inilah yang menghinggapi para pemimpin utama  yang memerintah Malaysia. Inilah  penyakit yang sangat dibimbangi Rasulullah saw kepada umatnya di akhir zaman. 


Nampaknya sudah berlaku dinegara kita. Virusnya ialah  tamak kepada dunia dan takut mati……. membina .kehidupan hedonis seolah olah tidak akan mati – membangun syurga duniawi bikinan sendiri tanpa memikirkan implikasinya ke atas agama , bangsa dan tanah air.Nampaknya itulah realiti dunia masa kini. Kegelojohan kepada dunia semakin menjadi jadi.]


Sekian.


Peta batu Putih Johor

Mengapa Pulau Bati Putih?


Dikatakan masalah pemilikan bonjolan batu itu berbangkit selepas Malaysia mengeluarkan peta baru yang menunjukkan wilayah perairan dan sempadan pentas dunia pada 21 Disember 1979. 

Dalam peta baru itu Malaysia memasukkan pulau batu itu ke dalam wilayah perairannya bagi mengukuhkan turning point (TP) 30 pada persilangan pembahagi bersudut tepat (tegak) segi tiga yang dibentuk oleh tiga titik iaitu Pulau Batu Putih, Tanjong Sanding dan Tanjong Berakit (di Pulau Bintan, Indonesia).

Pada tahun 1953, setiausaha kerajaan negeri Johor yang menjawab soalan daripada kerajaan Singapura bahawa ia tidak menuntut pemilikan ke atas Pulau Batu Putih kerana kedua-dua kerajaan pada masa itu di bawah kawalan kerajaan British. Pada September 1991, Menteri Besar Johor ketika itu menyatakan bahawa ``dari sudut pandangan sejarah, Pulau Batu Putih adalah milik kita'' dan ``kerajaan Johor bersedia menyediakan bukti jika perlu bagi membuktikan sesungguhnya pulau itu milik Johor.''
Pendapat ini diulangi pada forum khusus tentang Pulau Batu Putih yang diadakan di Johor Bahru pada Oktober 1991 yang dihadiri oleh ahli-ahli sejarah Malaysia. Dalam menuntut kembali kedaulatan pulau tersebut, Malaysia menunjukkan bahawa Sultan Johor mempunyai hak ke atas kedaulatan Pulau Batu Putih itu sejak 1513 apabila Kesultanan Johor-Riau-Lingga ditubuhkan oleh Sultan Mahmud yang berundur setelah Portugis menawan Melaka pada 1511. 

Berdasarkan teori warisan negara, Pulau Batu Putih juga menjadi milik Persekutuan Malaysia kerana penyatuan Johor yang menjadi sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya pada 1957. Malaysia terus menyandarkan fakta bahawa Singapura hanya dibenarkan menguruskan rumah api sahaja dan ia tidak melibatkan kesan hak milik ke atas pulau itu.


Ringkasnya, kerajaan negeri Johor tidak pernah menyerahkan Pulau Batu Putih kepada mana-mana pihak termasuk Singapura dan kedudukan pihak berkuasa republik itu di pulau tersebut hanyalah sebagai pengurus rumah api yang dibina ketika di zaman penjajahan Inggeris. 


Menurut Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman waktu itu, negara jiran itu juga tidak dibenarkan membina sebarang struktur bangunan lain di pulau tersebut.
``Pembinaan rumah api di Pulau Batu Putih adalah dengan kebenaran Kerajaan Johor yang ketika itu di bawah pentadbiran Sultan Sir Abu Bakar semasa penjajahan Inggeris.
``Kerajaan Johor tidak pernah memberikan pulau itu kepada mana-mana pihak dan tidak pernah menandatangani apa-apa perjanjian melibatkan penyerahan hak pulau tersebut.
``Kebenaran membina rumah api tidak bermakna menyerahkan pulau tersebut kepada Singapura,'' katanya.

Menurut Abdul Ghani, peta-peta yang dikeluarkan sejak tahun 1926 hingga yang terkini jelas menunjukkan pulau tersebut adalah dalam wilayah Johor.

Sehubungan itu, kata beliau, Kerajaan Johor berpendirian bahawa pulau itu sejak dahulu lagi adalah sebahagian daripada Johor dan hak negeri ini terhadapnya akan terus kekal dan tidak akan tergugat.

Menurut beliau, kehadiran republik itu di Pulau Batu Putih sama seperti di Pulau Pisang iaitu untuk menguruskan rumah api dengan kebenaran Kerajaan Johor dan Malaysia.

Pun begitu, Malaysia dan Singapura sudah mencapai persetujuan untuk mengemukakan tuntutan masing-masing ke atas Pulau Batu Putih kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague dengan memeterai perjanjian mengenai perkara tersebut di Wisma Putra, Putrajaya pada 6 Februari 2003.

Apakah Malaysia pun akan menjadi seperti persempadanan Arab-Israel, siapa yang kuat dia yang berkuasa? Akhirnya rakyat Palestin merempat di tanah airnya sendiri.. Pada hal Israel asalnya tidak ada negeri, seperti juga Singapura?

Cukup setakat ini.. akan bersambung.

Ibnu Hasyim
Tanjung, Pulau Pinang.
Julai 2018.

E-Buku IH-111 C/Santai (Minda) IH Mulai Okt 2015

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012

E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails