Thursday, July 05, 2018

Pantun Tun M: Batu Putih Bertuan Baru, L/Kuan Yew Menjadi Raja...

Hasil carian imej untuk pulau batu putih

Catatan Santai Pulau Pinang Siri 2.

SETELAH tersiar tulisan lalu..

Ada seseorang mengirim artikel ini kepadaku. Dipetik dari Blog 'Daulah Rakyat' (http://www.daulahrakyat.com/blog/?)  Posted on 17 
Bertajuk:
"Pantun Baru Tun Dr Mahathir Mohamed Mengimbau Sejarah Ketewasan Kita!


Memang aku pernah pergi ke Pulau Batu Putih beberapa tahun lalu. Tapi aku tidak naik atas pulau itu, hanya berpusing-pusing sekitarnya saja.

Ini tulisan yang disebutkan di atas itu... 


[Kalau dulu, kita tersedu mendengar Rakyat Sultan Kedah selepas dijajah meraungi, menangisi kehilangan P.Pinang daripada induknya kesultanan Kedah. Kini pun tangisan itu masih berterusan tanpa pengembalian balik hak ketuanan walau pun sesudah MERDEKA.


Terbaru kita kehilangan lagi. Hilang yang dulu tidak berganti. Ditambah pula dengan kehilangan  terbaru PULAU BATU PUTIH. Berputih mata lagilah kita.  Dari segi geografi kedudukannya  sangat dekat dengan pantai dan laut Johor berbanding dengan SINGAPURA. Jaraknya dengan Johor hanya 13 km dan dengan Singapura 43 km.  


Macam mana boleh menjadi milik Singapura ?  Mustahil Malaysia atau Johor menjualnya. Turut juga hilang ialah stesen keretapi TANJONG PAGAR dan laluan dari Woodland ke stesen akhirnya (Tg Pagar juga). 


Pantun di bawah ini protes Melayu terhadap kehilangan negeri :


PULAU PINANG BANDAR BAHARU,

CAPTAIN LIGHT MENJADI RAJA
KALAU DIKENANG MASA YANG LALU ,
RASA MENITIS SI AIR MATA.

Pantun terbaru Tun Dr Mahatuir merakamkan kehilangan baru akibat kecuaian para elit kekuasaan kita. Kesalahan menghilangkan hak negara secara nyata bolehkah dihilangkan ? Adakah ia boleh diambil kembali 


Pantun terbaru Tun Dr Mahatuir merakamkan kehilangan baru akibat kecuaian para elit kekuasaan kita. Kesalahan menghilangkan hak negara secara nyata bolehkah dihilangkan ? Adakah ia boleh diambil kembali ?

dn_051

BATU PUTIH BERTUAN BARU

LKY (Lee Kuan Yew) MENJADI RAJA
BILA DIKENANG ZAMAN DAHULU
DUDUK MENGALIR AIR MATA

Soalnya sampai bila kita  nak duduk menangis lagi, sedangkan kita sudah menjadi negara yang berdaulat dan merdeka. Apa yang berlaku di negara kita, tak pun berlaku di negara luar. Hong Kong dulu wilayah British sudah pun dikembalikan ke asalnya China. Mengapakah dalam kes PP milik Kedah, Singapura yang menjadi milik Johor jadi terbalik. Kita pasakkan kepada rakyat politik kita ialah  untuk AGAMA , BANGSA dan TANAH AIR.


Kini apa yang sudah berlaku seperti menjual agama, bangsa dan negara iaitu tanah air pula. Tanah,  akhir akhir ini dijual dengan berleluasa kepada kepentingan asing yang sangat berbahaya pula iaitu RRC REPUBLIK KOMUNIS CHINA, air dijual ke Singapura dan perairan kita juga menjadi milik asing dengan terserahnya pulau Batu Putih. 


Khabarnya Selat Johor perairan kita akan direklaim menjadi Forest City oleh China untuk dihuni oleh warganya secara besar besaran. Justeru apa akan jadi kepada kita. Disebabkan ghairah dan haloba untuk kaya dengan segera kita jual segalanya.


Kita dirasuk  dengan kserakahan dunia yang melampau dan kegejolohan yang tiada tara. Kita dihantui untuk maju dengan cepat walau pun dengan menjual kepentingan negara yang strategik. Para pemimpin utama kita sanggup berbuat apa saja, termasuk menjual tanah negaranya yang tercinta. Penyakit inilah yang menghinggapi para pemimpin utama  yang memerintah Malaysia. Inilah  penyakit yang sangat dibimbangi Rasulullah saw kepada umatnya di akhir zaman. 


Nampaknya sudah berlaku dinegara kita. Virusnya ialah  tamak kepada dunia dan takut mati……. membina .kehidupan hedonis seolah olah tidak akan mati – membangun syurga duniawi bikinan sendiri tanpa memikirkan implikasinya ke atas agama , bangsa dan tanah air.Nampaknya itulah realiti dunia masa kini. Kegelojohan kepada dunia semakin menjadi jadi.]


Sekian.


Peta batu Putih Johor

Mengapa Pulau Bati Putih?


Dikatakan masalah pemilikan bonjolan batu itu berbangkit selepas Malaysia mengeluarkan peta baru yang menunjukkan wilayah perairan dan sempadan pentas dunia pada 21 Disember 1979. 

Dalam peta baru itu Malaysia memasukkan pulau batu itu ke dalam wilayah perairannya bagi mengukuhkan turning point (TP) 30 pada persilangan pembahagi bersudut tepat (tegak) segi tiga yang dibentuk oleh tiga titik iaitu Pulau Batu Putih, Tanjong Sanding dan Tanjong Berakit (di Pulau Bintan, Indonesia).

Pada tahun 1953, setiausaha kerajaan negeri Johor yang menjawab soalan daripada kerajaan Singapura bahawa ia tidak menuntut pemilikan ke atas Pulau Batu Putih kerana kedua-dua kerajaan pada masa itu di bawah kawalan kerajaan British. Pada September 1991, Menteri Besar Johor ketika itu menyatakan bahawa ``dari sudut pandangan sejarah, Pulau Batu Putih adalah milik kita'' dan ``kerajaan Johor bersedia menyediakan bukti jika perlu bagi membuktikan sesungguhnya pulau itu milik Johor.''
Pendapat ini diulangi pada forum khusus tentang Pulau Batu Putih yang diadakan di Johor Bahru pada Oktober 1991 yang dihadiri oleh ahli-ahli sejarah Malaysia. Dalam menuntut kembali kedaulatan pulau tersebut, Malaysia menunjukkan bahawa Sultan Johor mempunyai hak ke atas kedaulatan Pulau Batu Putih itu sejak 1513 apabila Kesultanan Johor-Riau-Lingga ditubuhkan oleh Sultan Mahmud yang berundur setelah Portugis menawan Melaka pada 1511. 

Berdasarkan teori warisan negara, Pulau Batu Putih juga menjadi milik Persekutuan Malaysia kerana penyatuan Johor yang menjadi sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya pada 1957. Malaysia terus menyandarkan fakta bahawa Singapura hanya dibenarkan menguruskan rumah api sahaja dan ia tidak melibatkan kesan hak milik ke atas pulau itu.


Ringkasnya, kerajaan negeri Johor tidak pernah menyerahkan Pulau Batu Putih kepada mana-mana pihak termasuk Singapura dan kedudukan pihak berkuasa republik itu di pulau tersebut hanyalah sebagai pengurus rumah api yang dibina ketika di zaman penjajahan Inggeris. 


Menurut Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman waktu itu, negara jiran itu juga tidak dibenarkan membina sebarang struktur bangunan lain di pulau tersebut.
``Pembinaan rumah api di Pulau Batu Putih adalah dengan kebenaran Kerajaan Johor yang ketika itu di bawah pentadbiran Sultan Sir Abu Bakar semasa penjajahan Inggeris.
``Kerajaan Johor tidak pernah memberikan pulau itu kepada mana-mana pihak dan tidak pernah menandatangani apa-apa perjanjian melibatkan penyerahan hak pulau tersebut.
``Kebenaran membina rumah api tidak bermakna menyerahkan pulau tersebut kepada Singapura,'' katanya.

Menurut Abdul Ghani, peta-peta yang dikeluarkan sejak tahun 1926 hingga yang terkini jelas menunjukkan pulau tersebut adalah dalam wilayah Johor.

Sehubungan itu, kata beliau, Kerajaan Johor berpendirian bahawa pulau itu sejak dahulu lagi adalah sebahagian daripada Johor dan hak negeri ini terhadapnya akan terus kekal dan tidak akan tergugat.

Menurut beliau, kehadiran republik itu di Pulau Batu Putih sama seperti di Pulau Pisang iaitu untuk menguruskan rumah api dengan kebenaran Kerajaan Johor dan Malaysia.

Pun begitu, Malaysia dan Singapura sudah mencapai persetujuan untuk mengemukakan tuntutan masing-masing ke atas Pulau Batu Putih kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague dengan memeterai perjanjian mengenai perkara tersebut di Wisma Putra, Putrajaya pada 6 Februari 2003.

Apakah Malaysia pun akan menjadi seperti persempadanan Arab-Israel, siapa yang kuat dia yang berkuasa? Akhirnya rakyat Palestin merempat di tanah airnya sendiri.. Pada hal Israel asalnya tidak ada negeri, seperti juga Singapura?

Cukup setakat ini.. akan bersambung.

Ibnu Hasyim
Tanjung, Pulau Pinang.
Julai 2018.

E-Buku IH-111 C/Santai (Minda) IH Mulai Okt 2015

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012

E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012

6 comments:

ikan said...

senarai jebon
1. YB Hj Mohamad Sabu, Menteri
2. YB Hj Salahuddin Ayub, Menteri
3. YB Dato' Dr Mujahid Yusof, Menteri
4. YB Ir Khalid Samad, Menteri
5. YB Dr Dzulkifli Ahmad, Menteri
6. YB Hj Anuar Tahir, Timb Menteri
7. YB Dato' Mahfuz Omar, Timb Memteri
8. YB Dr Mohd Hatta Ramli, Timb Menteri
9. YB Hj Hanipa Maidin, Timb Menteri

Menteri PASola kat mana?

Anonymous said...

Menteri atas hasil fitnah belakangkan perjuangan islam. Itu jawatan adalah dugaan dari allah dimana letak islam dalam menteri tersebut. Jng bangga dng mereka jadi menteri tapi kita tetap kena perjuangkan islam jng harap mereka pada mereka sebab sama aja mereka dng menteri umno.

Unknown said...

Ala party nyamok satahun dua mati le..tut2 orang dari party yg kuat pejuang islam konon dok naik kapal terbang dari kertas..org dari party nyamok jadi menteri naik k/terbang pejuang sabenar..maseh ta sedar diri lagi puak2 sesat ni..

Anonymous said...

Dugaan juga untuk pemimpin PAS yang kutuk dan telah menghina mereka.

Balasan atas dosa PAS selama ini atas perbuatan bersubahat dengan UMNO semasa isu MB Selangor dan Langkah Kajang.

Dalam diam PAS buat onar.

Dah macam ini nak kata jawatan tu dugaan.. Apa dugaan bila ada jawatan je ? Sedangkan selagi kita bernafas dan hidup di dunia ini... setiap masa kita di duga.

Yang melantik dan memberi Jebon-Jebon jawatan dan kuasa tu siapa ?
Kalau tak Allah, PAS lah yang jadi King Maker.

Anonymous said...

kalua hard up sangat nak jawatan Menteri;aku cadangkan

Perdana Menteri Kelantan - ahmad yaakob
timbalan Perdana Menteri Kelantan - mohd amar

Anonymous said...

Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung.

Dan mereka (orang-orang munafik) bersumpah dengan (nama) Allah, bahwa sesungguhnya mereka termasuk golonganmu; padahal mereka bukanlah dari golonganmu, akan tetapi mereka adalah orang-orang yang sangat takut (kepadamu).

Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

tak payah nak bangga ngan menteri tu
kalau hak tm melayu makin terhakis
bm dipijak pijak
islam di lekehkan
ramai ngaku Islam sebab dilahir dalam islam
tapi pegangan pahaman ajaran islam nipis
hidup bangga nagn hukum kapir

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails