Friday, April 14, 2017

Skoding Pelajar Wanita Di Kolej Seremban, Melalui Penyangkut Baju..

Jaga-Jaga! Dirakam Kamera 'Penyangkut Baju' Di Tandas

MELIHAT pada bentuknya, pasti ramai yang menyangka ianya hanyalah penyangkut baju biasa yang biasa dilihat khususnya di tandas-tandas awam.

Namun, jangan cepat ambil mudah kerana barangkali penyangkut baju tersebut tersembunyi di dalamnya kamera pengintip.

Demikian yang berlaku di sebuah kolej di Seremban, Negeri Sembilan, apabila seorang mahasiswa terkejut besar menjumpai penyangkut baju berkamera ketika menggunakan tandas perempuan, semalam.

Jaga-Jaga! Dirakam Kamera 'Penyangkut Baju' Di Tandas
Dalam kejadian 12 tengah hari itu, mahasiswa tersebut dikatakan mengesyaki penyangkut baju itu berbeza daripada biasa selepas mendapati terdapat memori kad di belakang objek tersebut.
Curiga dengan penemuan itu, dia kemudian memaklumkan kepada salah seorang staf kolej tersebut.
Jaga-Jaga! Dirakam Kamera 'Penyangkut Baju' Di Tandas
Menurut seorang sumber, hasil pemeriksaan memori kad kamera tersebut mendapati terdapat dua video bagaimanapun ianya bukan video yang tidak senonoh. Susulan itu, satu laporan polis dibuat berhubung insiden itu. 

Lapor MYNEWSHUB.CC

Larangan Skoding, Mengintai Atau Tajassus.  


larangan mengintai

Ulama juga menghuraikan dengan jelas maksud akan ayat ini. Antaranya Al-Imam Al-Tabari: 
  • “wala tajassasu bermaksud jangan kamu mencari keaiban satu sama lain, jangan kamu mencari rahsia-rahsianya dengan tujuan untuk mengetahui kecacatannya. Namun berpadalah dengan apa yang nyata dari dirinya. Nilailah dia atas asas tersebut sama ada baik atau buruk. Jangan kamu mencari kesalahannya. Kata Ibn ‘Abbas: ‘Allah melarang orang mukmin daripada mencari keburukan-keburukan mukmin yang lain.'” Tafsir Al-Tabari.

Bentuk larangan mengintai yang dijelaskan menurut dalil di atas juga jelas mengenai kesalahan-kesalahan bersifat peribadi, keaiban individu, atau rahsia peribadi individu yang tidak berkaitan dengan maslahat (kepentingan) awam. Ini bermakna, apa-apa yang bersifat peribadi individu kita dilarang untuk intai atau bicarakan seperti tubuh badan, kelakuan dalam rumah, dan sebagainya.
Ramai yang keliru, apabila Islam melarang tajassus, ada pula yang akan kata “kita jangan dedahkan kesalahan seseorang kepada khalayak umum”. Sekiranya ia dimaksudkan dengan aib peribadi, ya Islam melarang keras sebagaimana dalil di atas. 
Namun sekiranya ia dimaksudkan dengan kejahatan seseorang yang melibatkan kepentingan awam seperti penyelewengan, rasuah, membunuh, dan sebagainya maka itu satu kekeliruan. Dalil di atas hanya dimaksudkan kepada larangan mengintai hal peribadi. Namun tidak dimaksudkan dengan larangan mendedahkan kesalahan jenayah yang akan mengakibatkan kemusnahan kepentingan awam.
Oleh itu, tindakan menyerbu ke bilik-bilik hotel, rumah, atau penginapan dengan alasan mencegah maksiat tetapi bertindak seperti mana yang dilarang dalam ayat di atas, ia dikategorikan sebagai tajassus. Ini bukan sahaja kerana larangan yang diperintahkan dalam Al-Quran malah banyak implikasi lain atas tindakan tersebut. Antaranya, serbuan berlaku dalam keadaan pelaku terbuka aurat. Atau tersilap melakukan serbuan kepada pasangan suami isteri yang sah atau pasangan bukan Muslim.
Islam meletakkan disiplin menghukum pelaku hanya apabila kesalahan itu nyata dan bukanya dicari-cari seperti mana penjelasan di atas. Nabi juga ada memesan kepada para sahabat bahawa baginda hanya menghukum sekadar apa yang nyata. Sedangkan Nabi tidak mampu mengetahui isi hati dan fikiran manusia. Begitu jugalah Nabi tidak akan melakukan tajassus seperti mana yang dilarang.
Dalam hadis Muslim, seorang lelaki datang kepada Nabi saw dan berkata:
  • “Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu.”
Lalu ‘Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya: 
  • “Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu”.
Nabi saw tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi saw menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya)
  • “Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat” (Surah Hud ayat 114).
Maka ada seorang bertanya:
  • “Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah?
Jawab Nabi saw:
  • “Bahkan untuk manusia keseluruhannya”.
Oleh itu, penguatkuasa hari ini perlu melakukan satu perubahan yang lebih menepati kehendak dalil di atas agar dapat memelihara imej agama yang bersifat rahmat dan pemaaf ini. Ia amat penting kerana dikhuatiri akan ditentang oleh masyarakat sivil. 

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

klik di sini....
Hasil carian imej untuk kerja di korea Selatan


INFO

Peluang Kerja Di Singapura.. Dikehendaki 12 Orang, Jawatan Cleaner Condo. Kira-kira RM2500 sebulan..

Peluang Kerja Di Singapura.. Dikehendaki 12 Orang, Jawatan Cleaner Condo. RM2500 sebulan..
Sila hubungi: 

Muaz Tel 0182018342 
Aziz   Tel 0172748255

Tubuh Parti Islam Baru, Haram? Lihat Semula Kata Tg Nik Aziz.
















"SEBELUM Almarhum meninggal dunia, dia sebut kepada saya secara langsung, bahawa menubuhkan parti-parti baru ini memecah-belahkan umat Islam dan hukum dia adalah haram."


Demikian tegas Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Nik Mohamad Zawawi Nik Salleh (gambar atas) sebagai memperjelaskan pendirian khusus bekas Menteri Besar Kelantan, Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.














Justeru itu, Zawawi berkata, adalah mustahil almarhum menyokong politik pembangkang dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, sebagaimana yang didakwa Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa.

Katanya, almarhum berpegang kuat kepada prinsip perjuangan Islam serta menentang penubuhan parti-parti baru kerana ia memecah-belahkan masyarakat Islam.















Minggu lalu, Mat Sabu dalam ucapannya di Seminar Pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa PAS gagal mewarisi pemikiran perjuangan almarhum mengakibatkannya tersasar dari landasan perjuangan almarhum. Beliau memuji almarhum sebagai seorang yang berpandangan jauh baik di segi pengurusan kerajaan negeri dan ampuh strategi politiknya menghadapi parti lawan.

PAS-Umno seiring sejalan lepas Nik Aziz tiada


Sebaliknya, Mat Sabu mendakwa PAS kini 'seiring sejalan' dengan Umno, satu keadaan yang amat ditentang oleh almarhum ketika memimpin PAS dahulu.
Mat Sabu berkata, almarhum Nik Aziz seorang yang 'futuristik' dan berpandangan ke hadapan seraya cuba mengaitkan dilema PAS kini dengan peristiwa Nabi Nuh a.s. 

"Nabi Nuh telah membina kapal kerana mendapat ilmu menerusi ilham dan wahyu, bahawa akan berlakunya banjir besar. Dia membina kapal ketika hujan belum turun lagi. Tetapi anaknya tak ikut. 

"Iman itu tak dapat diwarisi, kita kena faham. Jika ada anak tak ikut pandangan bapa atau sebagainya, kerana iman tak diwarisi. 
“Malah dikatakan pula, air baru naik sedikit, bukit ada lagi. Kemudian dirasakan bukit semakin tenggelam, dikatakan pula gunung masih ada. 
“Dicari-cari kemudian jumpa Umno," sindir beliau terhadap keadaan kepemimpinan PAS setelah ketiadaan Nik Aziz. 

















Sebaliknya, Mat Sabu mendakwa PAS kini 'seiring sejalan' dengan Umno, satu keadaan yang amat ditentang oleh almarhum ketika memimpin PAS dahulu.
Mat Sabu berkata, almarhum Nik Aziz seorang yang 'futuristik' dan berpandangan ke hadapan seraya cuba mengaitkan dilema PAS kini dengan peristiwa Nabi Nuh a.s. 

"Nabi Nuh telah membina kapal kerana mendapat ilmu menerusi ilham dan wahyu, bahawa akan berlakunya banjir besar. Dia membina kapal ketika hujan belum turun lagi. Tetapi anaknya tak ikut. 
"Iman itu tak dapat diwarisi, kita kena faham. Jika ada anak tak ikut pandangan bapa atau sebagainya, kerana iman tak diwarisi. 
“Malah dikatakan pula, air baru naik sedikit, bukit ada lagi. Kemudian dirasakan bukit semakin tenggelam, dikatakan pula gunung masih ada. 
“Dicari-cari kemudian jumpa Umno," sindir beliau terhadap keadaan kepemimpinan PAS setelah ketiadaan Nik Aziz. 

Mat Sabu tak punya ilmu Islam yang mantap

Bagaimanapun Nik Zawawi menyifatkan percubaan Mat Sabu ‘berseloroh’ dengan mesej al Quran itu  sebagai 'tidak mempunyai ilmu Islam yang mantap', kerana iman terletak di dalam hati manusia serta 'tidak berjangkit'.
"Kenyataan-kenyataan seumpama ini tidak menggambarkan seseorang itu mempunyai ilmu Islam dan dia (Mat Sabu) tidak faham agama,” katanya.

Justeru PAS mempertikaikan bagaimana Amanah merumuskan bahawa pemikiran almarhum Nik Aziz selari dengan perjuangan mereka (Amanah) sedangkan almarhum bersama PAS sehingga akhir hayatnya.
















Sementara itu Timbalan Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi membidas Amanah menggunakan 'pandangan' orang sudah meninggal dunia demi menghalalkan cara politiknya. 

Beliau mengulas dakwaan Husam kononnya jika masih hidup, almarhum akan menyokong kerjasama Pakatan Harapan (PH) dengan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Khalil, orang sudah meninggal dunia tidak boleh buat hujah untuk menyokong sesiapa seraya menegaskan Nik Aziz meninggal sebagai Mursyidul Am PAS. 
“Jadi bagaimana Amanah berhujah Tok Guru akan ikut pendekatan yang diambil mereka pada hari ini?” soalnya. 

Guna nama Nik Aziz untuk kepentingan politik tindakan dangkal

Khalil menyifatkan sebagai dangkal menggunakan nama Nik Aziz semata-mata untuk menghalalkan tindakan mereka keluar PAS.

"Ini satu tindakan untuk menutup kelemahan yang ada pada Amanah dengan 'menampal' seorang tokoh yang disegani oleh seluruh rakyat (pada imejnya)," katanya.

Mengenai dakwaan bahawa perjuangan Amanah 'direstui' Nik Aziz kerana aliran PAS kini tidak lagi sama sebagaimana yang pernah dipimpin tokoh berkenaan, Khalil menegaskan:

“PAS 'hidup' bukan berpaksikan perjuangan individu semata-mata. PAS mempunyai perlembagaan yang jelas disebut di dalamnya dasar Islam, bersumberkan Al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias.

"Tok Guru sebagai seorang tokoh PAS meninggal sebagai ahli jemaah PAS. Jadi bagaimana mereka boleh kata PAS lari dari dasar perjuangan Islam? ".

Bagaimanapun Mat Sabu masih menyifatkan Amanah satu-satunya perjuangan tulen yang diterjemahkan menerusi kepimpinan almarhum Nik Aziz. Namun bersediakah Mat Sabu dan Amanah menafikan bahawa almarhum Nik Aziz sendiri ada memfatwakan bahawa tindakan menubuhkan parti-parti baru adalah haram kerana ia boleh memecah-belahkan parpaduan ummah?

Oleh:
ZAINAL SALEH
ANTARAPOS



Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

klik di sini....
Hasil carian imej untuk kerja di korea Selatan


INFO

Peluang Kerja Di Singapura.. Dikehendaki 12 Orang, Jawatan Cleaner Condo. Kira-kira RM2500 sebulan..

Peluang Kerja Di Singapura.. Dikehendaki 12 Orang, Jawatan Cleaner Condo. RM2500 sebulan..
Sila hubungi: 

Muaz Tel 0182018342 
Aziz   Tel 0172748255

Siasat Datuk G, Guna Agama Untuk Skim Pelaburan. -NGO


Biro Aduan Masyarakat Selangor, Nazilah Idris (tiga kanan) bersama wakil NGO yang lain menunjukkan laporan dan bukti bergambar berkaitan kes pasangan suami isteri "elit" Datuk Seri G. Gnanaraja dan Datuk G. Geethanjali yang menggunakan agama Islam untuk menipu dan menghina di Jabatan Agama Islam Negeri Selangor, Shah Alam, Selangor. foto MOHD HAZROL ZAINAL


SHAH ALAM – Sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) hari ini ‘menyerbu’ kaunter Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk melaporkan tindakan sepasang suami isteri bergelar ‘Datuk Seri’ dan Datuk yang didakwa menggunakan agama untuk melakukan penipuan.

Wakil Biro Aduan Masyarakat Selangor, Nazilah Idris menyifatkan tindakan dua individu terbabit sebagai satu penghinaan kepada agama Islam kerana menggunakan status Islam untuk memperdayakan orang Islam untuk menyertai skim pelaburan.

“Ia merupakan perkara serius dan kita tak boleh kompromi lebih-lebih lagi menghina agama Islam terutama berlakunya kekeliruan status agama individu, tak tahu dia agama apa. Kejap dia agama ini, kejap dia agama itu.

“Masyarakat Islam harus bangkit agar tiada lagi penyalahgunaan Islam yang menjadi virus dalam kalangan masyarakat Islam. Jangan guna kedudukan atau menunjukkan kewarakan bagi menipu orang lain demi kepentingan peribadi sendiri,” katanya selepas membuat laporan penyalahgunaan status Islam di ibu pejabat JAIS di sini petang tadi.

Beliau mengulas tindakan Datuk G dan isteri yang bukan sahaja status agama Islam diragui bahkan menggunakan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk melakukan penipuan dalam kalangan orang Islam.

Ahad lalu, laporan polis ke atas dua individu terbabit dibuat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi oleh wakil sekumpulan 700 pelabur, Amy Salmiah Dahlan dan ditemani bekas Bendahari Agung MIC, Datuk R. Ramanan bersama beberapa mangsa penipuan lagi.

Pada hujung Mac lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani mendedahkan tangkapan enam suspek termasuk seorang wanita berusia antara 28 hingga 38 tahun selama 21 hari untuk disiasat bawah Seksyen 3(1) Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) melibatkan penipuan wang pelaburan mata wang asing berjumlah antara RM80 hingga RM100 juta di bawah syarikat VenusFX.

Nazilah juga berkata, dia dimaklumkan dua individu terbabit didakwa memeluk Islam sejak 2013, bagaimanapun mereka dilihat kembali kepada agama asal iaitu Hindu apabila video aktiviti keagamaan Hindu tersebar di laman Youtube, baru-baru ini.

“Kami memohon perkara ini diambil serius oleh pihak berkuasa supaya individu yang menipu ini dikenakan tindakan yang sewajarnya dan sesuai dengan bidang kuasa Jais.

“Saya difahamkan dua individu ini memeluk Islam sejak 2013, ketika itu dia melafazkan dua kalimah syahadah tetapi 2015, 2016 sampai sekarang dia mengamal dan menganuti agama Hindu,” katanya.

Sementara itu, wakil mangsa penipuan itu, Amy Salmiah Dahlan pula berkata, dia membuat laporan sama apabila bekas Bendahari MIC, Datuk R.Ramanan menunjukkan bukti rakaman video sepasang suami isteri itu memeluk Islam.

“Saya terpanggil buat laporan pada hari ini disebabkan oleh sokongan daripada Datuk R.Ramanan yang menunjukkan akuan bersumpah orang yang merakam video ketika Datuk G dan isteri memeluk agama Islam,” jelasnya.

Dalam pada itu, wakil Persatuan Waris Malaya, Sheikh Akbar Sheikh Ahmad mendesak JAIS bekerjasama dengan NGO agar penghinaan agama demi mengaut keuntungan dapat diselesaikan dengan segera.

“Pihak JAIS perlu mengesahkan status sebenar sama ada dia benar-benar Islam atau hanya menggunakan Islam untuk menipu orang ramai yang telah melabur dengan beliau.

“Diharapkan JAIS dapat memastikan supaya tiada lagi individu-individu atau orang Islam lain yang tertipu dengan dua individu ini,” katanya lagi.

Datuk G juga didakwa membuat pengakuan palsu bahawa dia adalah penasihat kepada Perdana Menteri dan diberikan tugas untuk menjalankan operasi bank pelaburan menerusi yayasan miliknya, Yayasan Usaha Ventures Malaysia.

Hasil daripada penipuan yang dilakukan mereka, Datuk G didakwa memiliki rumah agam mewah bernilai RM20 juta dan beberapa kereta mewah serta mengupah pengawal peribadi bagi melindungi diri mereka daripada diancam mangsa penipuan.- MalaysiaGazette.

INFO

Peluang Kerja Di Singapura.. Dikehendaki 12 Orang, Jawatan Cleaner Condo. Kira-kira RM2500 sebulan..

Peluang Kerja Di Singapura.. Dikehendaki 12 Orang, Jawatan Cleaner Condo. RM2500 sebulan..
Sila hubungi: 

Muaz Tel 0182018342 
Aziz   Tel 0172748255

Teguran Buat Siti Kasim &Azira

Teguran Pensyarah Buat Siti Kasim Dan Azira

BELUM reda lagi dengan kontroversi yang dicetuskan peguam dan aktivis terkenal Siti Kasim, kini seorang lagi seorang wanita Melayu mencadangkan supaya azan yang ingin dikumandangkan perlu mendapat kebenaran penduduk terlebih dahulu.

Kenyataan aktivis bebas, Azira Aziz itu menjadi tular di Twitter dan netizen menganggap beliau sebagai seorang Islam liberal.

Susulan itu, seorang pengguna Facebook Syahr Musafir mengemukakan pendapat beliau terhadap dua individu tersebut.
Jelasnya, tiada paksaan dalam Islam iaitu tiada individu yang bukan Muslim atau kafir yang boleh dipaksa untuk menganut Islam dan mereka boleh pilih sama ada memeluk agama Islam atau kekal dengan agama mereka.
“Namun, setelah menganuti Islam, tidak boleh suka-suka hati nak keluar daripada Islam, nak murtad tak tentu hala. Betullah apostasy is not applicable in Islam, not among Muslims. Ini ajaran Islam. Tertulis jelas. Tiba-tiba Siti Kasim meroyan tak tentu pasal mempersoalkan ni dah kenapa?
“Seorang lagi ni buat hal jugak. Tak pasal-pasal mempersoalkan laungan azan oleh masjid dan surau perlu mendapat kebenaran penduduk. Kalau di negara yang tidak mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi atau agama majoriti, bolehlah nak letakkan peraturan sebegitu. Logiklah juga dari segi manusiawi.
“Malaysia ini negara Islam. Majoriti rakyatnya adalah Muslim. Orang bukan Islam di Malaysia ini tak pertikai hal ini, hang orang Islam pula kecoh-kecoh bagai ni apekehenyer?” tulisnya.
Syahr Musafir berkongsi pengalamannya tinggal di Australia selama lapan tahun dan laungan azan boleh didengari di merata tempat tanpa sebarang masalah.
Jelasnya, mereka yang mempersoalkan mengenai laungan azan ini adalah individu yang mahu menyesuaikan keadaan dengan nafsu duniawinya dan menggunakan ilmu agama mengikut kemahuan mereka.
“Inilah golongan liberal yang tak sudah-sudah nak menghancurkan Islam sedangkan mereka juga adalah orang Islam sendiri. Nak re-interpret Islam dengan cara menggunakan logik akal mentafsir al-Qur’an dan hadis, tanpa ada pengetahuan dan ilmu yang jelas tentang Islam.
“Inilah dua contoh muslim liberal yang makin mendapat nama, pengaruh dan tempat dalam masyarakat Muslim di Malaysia: Siti Kasim dan Azira Aziz. Main ikut sedap sahaja nak ‘buat agama baru’ dengan menafsirkan Islam dengan logik diri sendiri dan mengikut nafsu,” tulisnya.
Teguran Pensyarah Buat Siti Kasim Dan Azira
Jelasnya, perkongsiannya di laman Facebook ini supaya masyarakat kenal dengan ‘musuh dalam selimut’ yang ada di negara ini yang merasakan mereka sudah cukup kuat dan berpengaruh untuk mencabar segala perkara berkaitan Islam.
“Siti Kasim, Azira Aziz dan sekutu-sekutu, aku nak pesan hang jangan nak berdegil mahu memutar-belitkan Islam dan masyarakat Muslim lagi dan memporak-perandakan situasi, Allah SWT itu lebih hebat daripada hang.
“Jangan dok ingat mudah-mudah nak perdayakan masyarakat dengan pemikiran pelik hang tu. Hang jangan ingat hang buat perangai kami akan berdiam diri. Kami akan lawan balik,” tulisnya. 

Lapor MYNEWSHUB.CC

Bagaimana mengatasi? Kembalilah kepada keme'martabat'kan perundangan Islam, yang di dalamnya terdapat peraturan murtad dan sebagainya.


Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

klik di sini....

Ini, Rafizi Dedah Nasharudin Terima Dana 1MDB & PAS Jawab..

Nasharudin Mat Isa
Kerajaan perpaduan: Rafizi dedah Nasharudin terima dana 1MDB
Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) Nasharudin Mat Isa pernah menerima dana berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dakwa Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.
Dalam sidang media yang disiarkan secara langsung melalui Facebook hari ini, beliau menamakan bekas timbalan presiden Pas itu sebagai penerima dana 1MDB.
Rafizi juga membuat akuan berkanun berhubung perkara itu.
Beliau mendakwa Nasharudin menerima dana daripada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.
Nasharudin yang kalah kepada Mohamad Sabu dalam pertandingan timbalan presiden parti pada 2011 sering dikaitkan dengan agenda kerajaan perpaduan antara Pas dan Umno.
Dilantik sebagai setiausaha agung oleh presiden Pas Datuk Fadzil Mohd Noor, Nasharudin mendaki hiraki kepimpinan Pas sebagai timbalan presiden parti setelah menewaskan penyandang jawatan yang juga tokoh veteran Pas Ustaz Hasan Shukri.
Setelah tidak lagi memegang jawatan penting dalam Pas, beliau kini memimpin Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), yayasan yang diilhamkan oleh Najib.
Rafizi RamliRafizi Ramli









Rafizi pada 6 April lalu mendakwa mempunyai bukti seorang yang rapat dengan kepimpinan Pas menerima dana itu yang disalurkan langsung daripada akaun peribadi Najib.
Rafizi kemudian terus berteka-teki selama seminggu dan hanya memberi bayangan individu itu sebagai pemimpin Pas dan pernah ditegur mursyidul am Pas Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Dalam akuan bersumpah yang ditandatanganinya, Rafizi berkata tranksaksi itu diberitahu kepadanya oleh seorang bekas pegawai kanan SPRM yang terlibat dalam siasatan skandal 1MDB.
"Pas perlu kembali semak pastikan tidak ada satu sen pun wang 1MDB kerana rapatnya Dr Nasharudin Isa dengan tokoh-tokoh yang masih mahu menggabungkan Umno dan Pas," kata Rafizi.
Menurut Rafizi, pegawai kanan SPRM itu juga menjelaskan bahawa siasatan ke atas anak syarikat 1MDB iaitu SRC International mendapati sejumlah dana dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebelum sebahagiannya berpindah kepada peguam tertentu.
SPRM katanya sudah menyoal siasat peguam tersebut dan mendapatkan bukti individu yang dibayar dengan wang SRC International melalui beliau.
Salah seorang penerima bayaran itu ialah Nasharudin, namun Rafizi tidak dapat mengesahkan sama ada peguam yang dimaksudkan ialah Datuk Hafarizam Harun, peguam Najib, seperti didakwa portal Sarawak Report.
Menurutnya lagi, ahli parlimen Pas Kuala Nerus Datuk Dr Khairuddin Aman Razali juga pernah bertemu bekas pegawai SPRM itu untuk mendapatkan kesahihan mengenai dakwaan pemindahan dana 1MDB membabitkan Najib.
Menurutnya, perkara yang didedahkannya itu menjurus kepada salah guna kuasa yang boleh disiasat di bawah pelbagai undang-undang negara kerana bayaran kepada pemimpin Pas itu dibuat bagi 'melunakkan' suara Pas dalam isu 1MDB.
Menurutnya, ia juga menunjukkan Nasharudin tidak layak menganggotai Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM.
“Sebagai seorang penerima dana, Nasharudin tidak layak dilantik ke panel tersebut," tegas beliau.
Rafizi juga memutuskan membuat dakwaan itu di bawah akuan berkanun supaya beliau boleh membuktikan kebenaran dakwaan itu.
"Kalau petang ini ada perkara yang saya sebut tak betul, boleh buat laporan polis supaya boleh lalui proses undang-undang.
"Saya sudah bagi lesen untuk menggari saya. Kalau yang saya sebut ini tak betul, boleh tangkap masukkan saya dalam lokap malam ini juga," cabar beliau.
Ahli Parlimen Pandan itu bagaimanapun mengalu-alukan sebarang proses perundangan supaya dapat membuka jalan menyiasat perkara ini.

Kenyataan Media PAS Pusat: Akuan Bersumpah YB Rafizi Ramli - "Bekas Timbalan Presiden PAS Terima Wang 1MDB"

1. PAS Pusat ingin menyatakan bahawa bekas Timbalan Presiden PAS, Dato' Dr. Nasharudin Mat Isa, tidak pernah memegang sebarang jawatan dalam PAS sejak beliau tewas dalam pertandingan jawatan tersebut pada tahun 2011 dan setelah ditamatkan sebagai Ahli Majlis Syura 'Ulamak PAS.
2. PAS Pusat mengesahkan tidak pernah menerima sebarang sumbangan daripada dan/atau melalui beliau dalam apa bentuk sekalipun daripada tarikh tersebut kecuali sumbangan tetap bulanan sebagai Ahli Parlimen PAS (berakhir Mei 2013 sebagai Ahli Parlimen Bachok).
3. PAS Pusat menyerahkan perkara Akaun Bersumpah YB Saudara Rafizi Ramli dalam hal ini kepada Pihak Berkuasa untuk diambil tindakan yang sewajarnya mengikut undang-undang. Namun PAS berpandangan ianya kekal berstatus 'dengar cakap' (hearsay) selagi individu yang dikatakan memberitahu 'maklumat' ini kepada beliau mengesahkannya.
4. Dalam masa yang sama PAS menggesa YB Saudara Rafizi Ramli agar turut dengan segera membuat Akaun Bersumpah tentang dakwaan 'bersifat rasuah' yang dibuat oleh Raja Petra Kamarudin dan Chegubard baru-baru ini terhadap beliau dan beberapa pemimpin Keadilan yang lain Untuk makluman dan pertimbangan rakyat Malaysia.
Terima kasih.
DATO' TAKIYUDDIN HASSAN
SETIAUSAHA AGUNG PAS
Bertarikh: 13 April 2017.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails