Saturday, December 03, 2022

Politik panas, teruskan munajat. PN X derhaka..

 


1. Suasana politik masih panas, teruskan munajat

KUALA LUMPUR: “Dengan suasana politik yang masih panas, saya berpesan kepada semua juga teruskan bermunajat untuk negara dan negeri tercinta,” kata Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Alias Razak.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau menyatakan demikian pada majlis ramah mesra bersama jentera parti dalam jamuan santai sempena Majlis Kesyukuran Kemenangan P.035 Kuala Nerus anjuran UDM Batu Enam malam tadi.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pengarah dan saf kepimpinan UDM yang telah bekerja keras demi mempertahankan kerusi itu atas tiket PAS.

“Nasihat saya, jangan leka dan pastikan kita terus bekerja untuk rakyat dengan menjaga kebajikannya.

“Semoga segala gerak kerja yang dibuat dikira amal soleh di sisi-Nya, insya-Allah,” katanya yang juga Exco Kerajaan Terengganu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang diadakan 19 November lalu, beliau berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Nerus yang dimenangi calon PAS pada PRU lalu dengan majoriti 29,765 undi.

Beliau memperolehi 56,697 undi, meninggalkan pesaing daripada BN, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (26,932 undi), Datuk Seri Suhaimi Hashim (PH – 3,708) dan Azaha Wahid (Pejuang – 291). – HARAKAHDAILY 3/12/2022


2. PN tidak derhaka, sebaliknya usahakan kestabilan 

ROMPIN: Tidak timbul PERIKATAN NASIONAL (PN) menderhaka titah Yang di-Pertuan Agong kerana sedia dimaklumi bahawa baginda tidak campur tangan dalam urusan parti-parti politik, demikian kata Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menyangkal tuduhan PN menentang baginda kerana tidak menurut titah untuk bersama kerajaan, beliau menjelaskan, tindakan PN itu adalah berdasarkan kepada keputusan dan dasar telah sedia dimiliki yang harus dipegang oleh parti-parti di dalamnya.

“Cuma kita akur bahawa baginda merupakan payung bagi negara kita. Mana-mana parti yang tak boleh terbentuk kerajaan terpaksa diadakan perundingan,” ujarnya dalam Sembang Santai sempena PRK N.42 Tioman di Bandar Baru Rompin, di sini semalam.

Menurutnya, walaupun gelombang sokongan rakyat lebih besar kepada PN, tetapi ketiadaan majoriti dominan mana-mana gabungan telah membawa kepada cadangan perbincangan oleh baginda, namun ‘keajaiban’ berlaku setelah itu menerusi gabungan PH-BN.

“Maka perundingan terbuka kepada parti-parti dan kita menyaksikan bagaimana perkara yang pelik. Ini antara 10 ajaib di dunia ini ya. Parti politik yang duk serang Umno sebagai musuh utama dia, perompak, penyamun, apa semuanya, akhirnya ‘join’ penyamun.

“Ini satu keputusan yang kita tak jangka bagaimana orang yang satu masa menyerang habis-habisan dalam kempennya, ‘No Anwar, No DAP’ bersumpah lagi wallahi, wabillahi, watallahi, sumpah macam-macam tiba-tiba apa yang berlaku mereka bentuk bersama kerajaan,” ujarnya.

Maklum beliau, PAS dan PN telah mengusahakan perundingan bagi membentuk kerajaan dengan pihak-pihak berkenaan di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri dalam rangka muafakat ummah, tetapi Umno-BN akhirnya lebih memilih untuk bersama PH.

“Saya tengok bahkan dalam perbincangan saya pun, sebenarnya terus terang saya sebut, bahawa kalau Tuanku sendiri pun berkehendak untuk melihat politik stabil, ekonomi berjalan baik dan sebagainya. 

“Jadi kalau kita nak capai kestabilan, kita lihat ialah muafakat yang ada ni ialah satu jalan. Sebab kita telah buktikan kita berada dalam Kerajaan Persekutuan zaman Tan Sri Muhyiddin (Yassin), zaman Datuk Sri Ismail Sabri (Yaakob), kita akui bahawa berjalan okey.

“Kerajaan pentadbiran berjalan baik walaupun berbeza parti-parti politik duk dalam kementerian, dalam masing-masing, tapi kita bekerja dalam konteks kepentingan negara. Dan ini dapat kita buktikan selama hampir 30 bulan kita menerajui kerajaan bersama,” terangnya. – HARAKAHDAILY 2/12/2022

Komen Weblog Ibnu HasyimPolitik panas, teruskan munajat. PN X derhaka..

Al-hamdulillah. Tapi ada perkara pelik berlaku. Parti politik yang duk serang Umno sebagai musuh utama dia, perompak, penyamun, apa semuanya, akhirnya ‘join’ penyamun.

"Ini satu keputusan yang kita tak jangka bagaimana orang yang satu masa menyerang habis-habisan dalam kempennya, ‘No Anwar, No DAP’ bersumpah lagi wallahi, wabillahi, watallahi, sumpah macam-macam tiba-tiba apa yang berlaku mereka bentuk bersama kerajaan,” ujar Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sekian.

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails