Tuesday, November 08, 2022

PAS MB Perlis-Pahang. Hapus tol janji basi. T/Ibrahim jawab fittnah.

 

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan ucapan pada Ceramah PN Best di Pusat Komersial Pendang, di sini, malam tadi. - Foto NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR

1. Pemimpin PAS jadi Menteri Besar di Perlis, Pahang - Muhyiddin

PENDANG: Perikatan Nasional (PN) sedia melantik pemimpin PAS menjadi Menteri Besar di Perlis dan Pahang sekiranya gabungan itu berjaya menang di dua negeri berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pihaknya akan memberi sokongan penuh kepada PAS bagi menerajui dua negeri itu.

"Insya-Allah Perlis bakal jatuh ke tangan kita (PN) pada PRU15 kali ini dan jika ia berlaku maka wakil PAS akan jadi Menteri Besar di sana (Perlis dan Pahang).

"Di Pahang, Tuan Ibrahim (Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man) bertanding di (kerusi) Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN). 

"Jika kita menang di Pahang, maka Tuan Ibrahim akan menjadi Menteri Besar di sana," katanya ketika berucap pada Ceramah PN Best di sini, malam tadi.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan calon PN Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim.

Muhyiddin berkata, PN tidak mempunyai masalah menyerahkan dua negeri berkenaan untuk ditadbir PAS berdasarkan prestasi cemerlang negeri lain yang dipimpin Menteri Besar daripada parti itu.

"Saya dapat berasakan sokongan yang kuat kepada PN ketika ini, dalam tempoh dua minggu kita berharap gelombang besar ini mampu menewaskan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

"Saya nak beritahu pada penyokong UMNO juga, PRU15 ini bukan sebab Suraya (calon BN Parlimen Pendang, Datuk Suraya Yaakob), tetapi pilihan raya ini adalah bagi menyelamatkan negara.

"Mereka tidak perlu tinggalkan UMNO, tetapi mereka boleh undi PN. Saya faham ada yang masih sayangkan UMNO, tetapi tidak suka dengan apa dilakukan Najib (Datuk Seri Najib Razak) dan Zahid (Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi)," katanya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, penyokong UMNO perlu berfikir mengenai spekulasi bahawa UMNO bakal bekerjasama bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membentuk kerajaan selepas PRU15.

"BN sendiri sudah membayangkan tidak akan menang dengan cukup kerusi bagi membentuk kerajaan dan sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja bagi membentuk kerajaan selepas PRU15.

"Saya dengar ada rakaman audio bincang kerjasama BN dan PH, Anwar akan jadi Perdana Menteri dan Zahid akan jadi Timbalan Perdana Menteri. Kena ingat, dalam PH ada DAP," katanya.


2. RU15: Hapus tol tidak realistik, janji basi - Wee Ka Siong  

Datuk Wee Ka Siong berkata, semua pihak khususnya pengundi di seluruh negara sedar tawaran berkenaan sudah basi. - Gambar hiasan

TANGGA BATU: Janji menghapuskan tol yang lantang disuarakan semula oleh pemimpin Pakatan Harapan (PH) disifatkan tidak realistik dan tidak akan berjaya dilaksanakan.

Malah tegas Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong, semua pihak khususnya pengundi di seluruh negara sedar tawaran berkenaan sudah basi memandangkan meskipun pernah berjaya mengambil alih tampuk pimpinan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu,ianya tetap gagal dilaksanakan.

"Kalau mereka tahu kenapa nak bagi janji manis, janji bulan dan bintang dan tiba-tiba mereka nampak tak dapat laksana apa yang mereka janjikan, itu masalahnya.

"Apabila kita melihat janji yang basi ini, dia nak goreng semula, nampaknya rakyat dah tahu lah ini temberang, ini adalah tipu helah mereka," katanya.

Mengulas lanjut beliau yakin pengundi kali ini lebih bijak menilai segala janji pembangkang yang terbukti tidak pernah ditepati. 

Katanya, sesebuah kerajaan seharusnya pragmatik terhadap kepentingan rakyat dan beliau tidak mahu rakyat negara ini terpedaya buat kali kedua dengan segala janji yang ditaburkan pembangkang.

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Pengangkutan memberi jaminan bahawa pembangunan sektor pengangkutan awam di Melaka akan diteruskan jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat pada PRU15.

Antara projek yang pernah dirancang tambahnya ialah pembinaan tram sebagai hub pengangkutan awam terbaharu di Melaka.

Menurutnya, bukan sahaja tram, malah projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) juga akan dirancang serta direncanakan semula demi kebaikan rakyat.


3. "Demo ingat ambo dok reti perature ke?" - Tuan Ibrahim Jawab Fitnah Lulus Projek Lebas Bubar 

LIPIS: Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata beliau tidak pernah meluluskan sebarang projek di bawah kementerian itu sejak Parlimen dibubarkan.

Timbalan Presiden Pas itu menegaskan, beliau juga tidak meluluskan sebarang projek baharu.

"Mana boleh lulus peruntukan kewangan dalam tempoh kerajaan sementara. Saya nak tegaskan saya tidak pernah luluskan projek dalam tempuh kerajaan sementara.

"Kalau ada bukti buatlah laporan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), jangan buat fitnah macam itu," katanya ketika berucap pada Ceramah Umum Perikatan Nasional (PN) Lipis, di Taman Cahaya, malam ini.

Yang turut hadir, calon PN kerusi Parlimen Lipis, Datuk Dr Mohamad Sharom Osman.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai dakwaan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berhubung status kelulusan projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat 2 bernilai RM2 bilion.

Rafizi mendakwa kementerian itu dalam proses untuk menganugerahkan projek secara runding terus kepada kontraktor yang dilantik.

Beliau dilaporkan berkata, tindakan itu sama sekali melanggar undang undang kerana tiada sebarang keputusan aku janji atau anugerah boleh dibuat dalam tempoh kerajaan sementara, selain mendakwa mendapat maklumat bahawa projek itu dalam proses untuk diluluskan dalam tempoh dua minggu ini.

Tuan Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah campur tangan urusan pemberian tender.

"Malah, saya akan pastikan semua projek yang diluluskan kementerian mengikut semua prosedur kewangan.

"Saya tegaskan saya tidak pernah campur tangan dalam sebarang pemberian tender. Jawatankuasa tender yang urus.

"Saya tidak pernah tanya pun ketua setiausaha. Ikut prosedur, ikut peraturan, siapa yang layak siapa yang dapat proceed (teruskan).

Sehubungan itu Tuan Ibrahim berkata, beliau akan meminta peguamnya melihat dari aspek undang undang mengenai dakwaan Rafizi itu.

"Tetapi dia berselindung dengan ayat di sebalik, saya difahamkan, saya dimaklumkan, saya diberitahu, yang sukar diambil tindakan undang undang," katanya.

Sekian.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails