Monday, November 15, 2021

Labur dalam kripto (7): Analisis Fatwa -Dr Zulkifli

 

Analisis Pandangan Ulama Berkenaan Bitcoin

SETELAH membentangkan padangan-pandangan ulama terhadap isu ini, maka didapati bahawa bitcoin merupakan satu alat baru yang telah diperkenalkan oleh pihak tertentu sebagai alternatif kepada sistem mata wang yang sedia ada dalam sesebuah negara.

Para ulama sendiri telah berbeza kepada 3 pandangan dalam menentukan hukum bagi isu ini. Perbezaan ini muncul apabila berlakunya perbezaan dari sudut pandang mereka. Bagi ulama yang mengharuskan, mereka lebih melihat dari sudut mikro bitcoin, ia merupakan mata wang yang menepati ciri-ciri mata wang dan tiada sebarang elemen gharar dan jahalah yang boleh merosakkan transaksi mata wang ini.

Namun, bagi ulama yang mengharamkan, didapati lebih melihat bitcoin dari sudut makro dan jangkaan skop yang lebih luas. Kewujudan mata wang ini boleh menggugat kestabilan mata wang sesebuah negara di samping ketiadaan pengawasan dan pengawalan oleh pihak berautoriti. Penggunaan bitcoin juga diramalkan akan melahirkan lebih banyak masalah dengan kemunculan skim-skim pelaburan penipuan serta jalan mudah bagi pengganas dan penjenayah siber.

Terdapat juga sebahagian kecil ulama yang lebih bersifat tawaqquf dalam isu ini. Ini kerana didapati mereka lebih mengambil langkah berhati-hati dengan mencari sebanyak mungkin gambaran terhadap penggunaan mata wang ini. Keputusan yang muktamad dikeluarkan setelah mereka benar-benar berpuas hati dengan maklumat yang diperolehi.

Ringkasnya, hukum penggunaan mata wang bitcoin dapat dilihat seperti jadual di bawah:

Bitcoin

Pandangan Ulama

Haram: Darul Iftaa’ Misriyyah, Syeikh ‘Ali Qaradaghi, Wifaq al-Ulama, Dr. Ahmad Sufyan Che Abdullah

Harus: Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, Dr. Zaharuddin & Mufti Muhammad Abu Bakar

Tawaqquf: ISRA

Justeru, jika diukur daripada sudut kebaikan (maslahah) pada mata wang ini, maka antara kebaikannya ialah:

a. Bitcoin merupakan mata wang secara maya yang membolehkan perpidahan wang dilakukan lebih pantas dan menjimatkan kos jika berbanding dengan melalui sistem kewangan pada hari ini.

b. Ia dapat memberikan tahap keselamatan yang tinggi kepada pengguna berbanding mengggunakan wang fizikal

c.  Mempunyai kadar nilai yang tinggi pada hari ini, namun tetap terdedah kadar turun naik yang agak tidak stabil.

Namun begitu, bitcoin juga mempunyai beberapa sudut keburukan (mafsadahantaranya:

a. Bitcoin tidak mempunyai sandaran nilai yang stabil dan tetap.

b. Terdapat unsur-unsur gharar dalam transaksi bitcoin khususnya di peringkat bursa (exchange).

c. Ia boleh dimanipulasi sebagai dana mudah bagi penjenayah untuk membiayai kegiatan keganasan dan penjenayah siber.

d. Sistem keselamatan di bursa dagangan bitcoin juga boleh mengundang masalah apabila pernah beberapa kali digodam sehingga mengakibatkan kerugian bernilai jutaan dolar.

e. Bitcoin merupakan satu mata wang yang tidak diawasi oleh mana-mana badan berautoriti.

f. Mampu memberi ancaman kepada sistem kewangan negara.

g. Munculnya berbagai-bagai skim pelaburan bitcoin yang kebanyakannya berasakan skim cepat kaya (penipuan).


Kesimpulan

Secara tuntasnya, setelah menilai pandangan ulama dan sarjana Islam berkenaan bitcoin, maka didapati mata wang ini tidak menepati ciri-ciri mata wang yang ditetapkan dalam Islam apabila ia tidak mampu menyimpan nilai secara konsisten. Meskipun masyarakat umum boleh menerimanya sebagai mata wang namun ketidakstabilan nilai pada mata wang ini boleh mengundang kemudaratan kepada pengguna pada masa akan datang.

Selain itu, ketiadaan badan berautoriti yang mengawal selia mata wang ini juga boleh mengundang pelbagai perkara negatif seterusnya mampu mengganggu-gugat sistem mata wang rasmi dalam sesebuah negara.

Berdasarkan pemerhatian terhadap amalan semasa, bitcoin lebih dilihat sebagai satu aset pelaburan, dan ia tidak menepati tujuan asal penciptaan bitcoin itu sendiri, iaitu sebagai mata wang alternatif kepada sistem mata wang fiat yang sedia ada.

Justeru, tindakan menyekat penggunaan mata wang ini adalah wajar berdasarkan kepada kaedah Sadd al-Zarai’ (menutup jalan yang boleh membawa kepada kemudaratan) agar ia tidak berlegar di kalangan masyarakat umum. Sesuatu yang asalnya harus boleh dicegah apabila ia ternyata boleh membawa kemudaratan yang lebih besar.

Pemerintah dan badan berautoriti juga berhak untuk menghalang sebarang transaksi bitcoin ini demi memelihara maslahah masyarakat umum. Perkara ini bertepatan dengan kaedah fiqh yang menyebut:

تَصَرُّفُ الْإِمَامِ عَلَى الرَّعِيَّةِ مَنُوطٌ بِالْمَصْلَحَةِ

MaksudnyaTindakan seseorang pemerintah ke atas rakyat adalah berdasarkan kepada maslahah.

Maka mata wang bitcoin dalam bentuk yang ada pada masa sekarang adalah tidak syar’iy kerana ia tidak menepati sepenuhnya ciri-ciri mata wang yang digariskan oleh Islam, dan ia mampu memberikan pelbagai ancaman terhadap kemaslahatan umum. 

Namun begitu, hukum ini boleh berubah jika penambahbaikan dilakukan terhadap bitcoin samada dari sudut pengeluaran, pengawalan harga, sistem keselamatan di bursa dan regulasi untuk mengelakkannya daripada diekploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Berdasarkan hujahan ini juga, Mesyuarat Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan telah memutuskan bahawa Bitcoin yang terdapat pada masa sekarang tidak menepati ciri-ciri mata wang yang telah ditetapkan oleh Islam, diputuskan bahawa Bitcoin mampu mengundang pelbagai kemudaratan terhadap sistem kewangan sesebuah negara. 

Oleh kerana itu, penggunaan Bitcoin yang ada pada masakini sebagai satu mata wang adalah dilarang bagi memelihara kemaslahatan umum.

Wallahu a’lam.

SS Dato’ Seri Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan.

Rujukan:


[1] Rujuk http://www.theedgemarkets.com/article/media-prima-hit-ransomware-attack-%E2%80%94-sources [2] Anwar Zainal Abidin. 2002. "Sejarah Penggunaan Mata Wang Dinar." Ulum Islamiyyah. Kolej Universiti Islam Malaysia. Jld. 1. no. 1. hlm. 25. Lihat juga Zarra Nezhad, Mansour. 2004. "A Brief History of Money in Islam and Estimating the Value of Dirham and Dinar." Review of Islamic Economics 8.2: hlm. 51-65. Lihat juga Wan Kamal Mujani. 2009. Sejarah Dinar Dari Zaman Pra Islam Sehingga Zaman 'Uthmani. Bangi : IKRAB, UKM. hlm 9. Lihat juga Salmy Edawati Yaacob. 2009. "Sejarah Dinar Emas dan Kronologi Pertukaran Mata Wang Dunia." Jurnal Al-Tamaddun 4 (2009): hlm. 107-127.
[3] Anwar Zainal Abidin. 2002. "Sejarah Penggunaan Mata Wang Dinar." hlm. 25; Wan Kamal Mujani. 2009. Sejarah Dinar Dari Zaman Pra Islam Sehingga Zaman 'Uthmani. hlm. 9-10.
[4] Wan Kamal Mujani. 2009. Sejarah Dinar Dari Zaman Pra Islam Sehingga Zaman 'Uthmani. hlm. 10; Salmy Edawati Yaacob. 2009. "Sejarah Dinar Emas dan Kronologi Pertukaran Mata Wang Dunia." hlm. 110.[5] Anwar Zainal Abidin. 2002. "Sejarah Penggunaan Mata Wang Dinar." hlm. 26. Lihat juga al-Baladhuri, Futuh al-Buldan, hlm. 653.

[6] Zarra Nezhad, Mansour. "A Brief History of Money in Islam and Estimating the Value of Dirham and Dinar." hlm. 51-54. Anwar Zainal Abidin. 2002. "Sejarah Penggunaan Mata Wang Dinar." hlm. 28 [7] Yaacob, Salmy Edawati. "Sejarah Dinar Emas dan Kronologi Pertukaran Mata Wang Dunia." hlm. 112. [8] Ini juga sebagaimana yang disimpulkan oleh Anwar Zainal Abidin dalam kajiannya “Sejarah Penggunaan Mata Wang Dinar." hlm. 48. [9] Ahmad S., & Yaacob, S. E. 2012. Dinar Emas Sejarah Dan Aplikasi Semasa. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia; Yaacob, Salmy Edawati. 2015. Dilema Dinar Emas. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm. 68.[10] Al-Tabariy, Muhammad bin Jarir. tt. Jami’ al-Bayan fi Tafsir al-Qur’an. Dar Hijr. Jld. 12, hlm. [11] Al-Raghib al-Asfahani. tt. al-Mufradat fi Gharib al-Quran. Beirut: Dar al-Ma’rifah. Jld. 1, hlm.[12] Sahnun, Muhammad bin Said. tt. al-Mudawwanah al-Kubra. Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah. Jld. 8, hlm. 305.[13] Al-Ghazali, Abu Hamid. tt. Ihya’ Ulum al-Din. Beirut: Dar al-Ma’rifah. Jld. 4, hlm. 265.[14] Ibnu Taimiyyah, Taqiy al-Din Ahmad. Majmu’ al-Fatawa. Darul Wafa’. Cet. 3, Jld. 29, hlm. 471-[15] Ibnu al-Qayyim. 1973. I’lam al-Muwaqqi’in ‘an Rabb al-‘Alamin. Beirut: Dar al-Jil. Jld. 2, hlm. 157.[16] Ibn Khaldun, Abdul Rahman bin Muhammad. tt. al-Muqaddimah. t.tp: t.pt. Jld. 1, hlm. 215. [17] Nazim al-Syamri Muhammad Nuri. 1987. al-Nuqud wa al-Masarif. Beirut: Dar al-Kutub li al-Tiba’ah wa al-Nasyr. hlm. 142. [18] Ahmad S., & Yaacob, S. E. 2012. Dinar Emas Sejarah Dan Aplikasi Semasa. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm. 43-44. [19] al-Zuhaili, Wahbah. 1996. al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh (terj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jld. 4, hlm. 652.[20] Mustafa Bugha et. al. 1992. al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’ie. Damsyiq: Dar al-Qalam. Jld. 6. hlm. 94-97.[21] Imam Muslim. tt. Sahih Muslim. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-`Arabi. Jil. 3, hlm. 1210, hadis no. 1584.[22] al-Zuhaili, Wahbah. 1996. al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh (terj.) Jld. 4, hlm. 653-654.[23] Imam Muslim. tt. Sahih Muslim.. Jil. 3, hlm. 1210, hadis no. 1587.[24] Imam al-Bukhari. tt. Sahih al-Bukhari. Dar Tuq al-Najat. Jil. 3, hlm. 74, hadis no. 2177.[25] Lihat keputusan Mesyuarat Majlis Penasihat Shariah (MPS) Bank Negara Malaysia Ke-179 bertarikh 22 Ogos 2017 bertajuk Penentuan Majlis Akad dan Serah Terima Bagi Bai` al-Sarf Dalam Operasi Kewangan Semasa yang dimuat naik di laman web Bank Negara Malaysia (www.bnm.gov.my). Akses pada 17 Januari 2018.[26] Ibid.[27] Edward Murphy et al, 2015, Bitcoin; Questions, Answers, and Analysis of Legal Issues, Congressional Research Service, hlm. 1 [28] "What is Bitcoin?" (http://money.cnn.com/infographic/technology/what-is-bitcoin/) Dilawati pada 12 Januari 2018[29] http://fortune.com/2017/11/25/lost-bitcoins/ “Exclusive: Nearly 4 Million Bitcoins Lost Forever, New Study Says” Dilawati pada 12 Januari 2018[30] Rujuk Satoshi Nakamoto, t.t, Bitcoin: A Peer-to-Peer Electronic Cash System, www.bitcoin.org[31] https://www.economist.com/news/business/21638124-minting-digital-currency-has-become-big-ruthlessly-competitive-business-magic "The magic of mining"- 13 January 2018[32]   https://www.facebook.com/muamalat.my/posts/1414275821988496:0, dilawati pada 24 Januari 2018.[33]   https://www.ccn.com/bitcoin-hits-new-yearly-low-volume-only-way-to-reverse-trend-is-a-big-spike/[34] http://www.independent.co.uk/life-style/gadgets-and-tech/news/bitcoin-price-live-updates-latest-value-exchange-rate-digital-cryptocurrency-futures-investment-a8147681.html “Bitcoin price - live updates on the volatile cryptocurrency”- 5 Januari 2018[35] https://www.reuters.com/article/us-bitcoin-mtgox-bankruptcy/mt-gox-files-for-bankruptcy-hit-with-lawsuit-idUSBREA1R0FX20140228 “Mt. Gox files for bankruptcy, hit with lawsuit”- 8 Januari 2018 [36] https://www.reuters.com/article/us-bitcoin-exchange-southkorea/south-korean-cryptocurrency-exchange-to-file-for-bankruptcy-after-hacking-idUSKBN1ED0NJ “South Korean cryptocurrency exchange to file for bankruptcy after hacking” – 9 Januari 2018[37] https://www.reuters.com/article/us-cyber-nicehash/hackers-steal-64-million-from-cryptocurrency-firm-nicehash-idUSKBN1E10AQ “Hackers steal $64 million from cryptocurrency firm NiceHash”- 16 Januari 2018 [38] https://www.wsj.com/articles/bitcoin-paypal-used-to-finance-terrorism-indonesian-agency-says-1483964198 “Bitcoin, PayPal Used to Finance Terrorism, Indonesian Agency Says”- 15 Januari 2018[39]  https://www.justice.gov/usao-edny/pr/long-island-woman-indicted-bank-fraud-and-money-laundering-support-terrorists “Long Island Woman Indicted for Bank Fraud and Money Laundering to Support Terrorists”[40] https://rusi.org/commentary/cryptocurrencies-and-terrorist-financing-risk-hold-panic “Cryptocurrencies and Terrorist Financing: A Risk, But Hold the Panic” 15 Januari 2018 [41]  http://www.bnm.gov.my/documents/2017/20170623_FCA_[42]http://www.bnm.gov.my/index.phpch=en_announcement&pg=en_announcement&ac=49&lang=en[43] https://themalaysianreserve.com/2018/01/02/no-ban-cryptocurrency-tradings-says-johari/ “No ban on cryptocurrency tradings, says Johari”- 7 Januari 2018[44] https://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/12/15/bnm-rm75m-cryptocurrencies-transactions-each-month/ “BNM: RM75m cryptocurrencies transactions each month” – 7 Januari 2018[45] http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=bm_press&pg=bm_press&ac=4629&lang=bm “Bank NegaraMalaysia mengeluarkan dokumen dasar untuk mata wang digital” 18 April 2018[46]https://www.sc.com.my/my/post_archive/media-statement-on-initial-coin-offerings/ “Media Statement on Initial Coin Offerings”- 9 Januari 2018[47] https://fintechnews.my/18950/blockchain/securities-commission-malaysia-ico-regulation/[48] https://www.cnbc.com/2017/11/30/bitcoin-investors-beware-the-irs-wants-its-cut-and-you-may-not-know-it.html Bitcoin investors beware: The IRS wants its cut and you may not know it – 18 Januari 2018[50] http://fortune.com/2017/12/21/bitcoin-tax/ New Tax Law Closes Bitcoin Loophole – 18 Januari 2018[51] https://www.reuters.com/article/us-usa-sec-bitcoin/sec-warns-bitcoin-cryptocurrency-investors-at-risk-idUSKBN1ET1YI SEC warns bitcoin, cryptocurrency investors at risk – 17 Januari 2018[52] https://www.bloomberg.com/news/articles/2018-01-17/virtual-currencies-seen-as-evolving-threat-by-u-s-treasury U.S. Treasury Sees Virtual Currencies as ‘Evolving Threat’ – 18 Januari 2018[53] https://www.rpc.co.uk/press-and-media/uk-cryptocurrency-regulations-could-take-up-to-two-years-based-on-comparable-regulatory-extensions/[54] http://www.independent.co.uk/news/business/news/bitcoin-latest-updates-france-central-bank-currency-cryptocurrency-digital-francois-villeroy-de-a8086186.html “Bitcoin isn't a currency or even a cryptocurrency, says France's central bank governor”[55]    https://www.reuters.com/article/uk-southkorea-bitcoin/south-korea-to-impose-new-curbs-on-cryptocurrency-trading-idUSKBN1EM05K “South Korea to impose new curbs on cryptocurrency trading”[56] https://www.investopedia.com/news/japan-finally-recognizes-bitcoin-after-long-battle/ “Japan Finally Recognizes Bitcoin After Long Battle”[57] Rujuk https://www.nytimes.com/reuters/2018/10/20/business/20reuters-japan-economy-boj-cryptocurrency.html[58] https://en.mehrnews.com/news/139158/Iran-could-turn-to-cryptocurrencies-to-evade-some-sanctions[59]https://www.theguardian.com/technology/2018/mar/13/imf-christine-lagarde-calls-bitcoin-crackdown-cryptocurrencies “'Fight fire with fire': IMF's Lagarde calls for bitcoin crackdown” 18 April 2018[60]https://www.reuters.com/article/us-ecb-bitcoin-nowotny/ecbs-nowotny-says-central-banks-considering-cryptocurrency-regulation-idUSKBN1DG2NX ECB's Nowotny says central banks considering cryptocurrency regulation – 11 Januari 2018 dan http://www.dailymail.co.uk/wires/afp/article-5231041/ECB-governor-calls-tax-regulation-bitcoin.html ECB governor calls for tax, regulation on bitcoin – 13 Januari 2018[61]https://www.reuters.com/article/us-ecb-bitcoin-estonia/ecbs-draghi-rejects-estonias-virtual-currency-idea-idUSKCN1BI2BI ECB's Draghi rejects Estonia's virtual currency idea – 18 Januari 2018[62] https://www.ecb.europa.eu/press/inter/date/2017/html/ecb.in171229.en.html - 18 Januari 2018[63] Ditubuhkan pada 1930, ia adalah sebuah organisasi kewangan antarabangsa yang dimiliki oleh 60 bank pusat, mewakili negara-negara dari seluruh dunia. Antara misi utama BIS ialah membantu bank-bank pusat ini mengekalkan kestabilan kewangan dan monetari mereka. Rujuk https://www.bis.org/about/index.htm?m=1%7C1[64] https://themalaysianreserve.com/2017/09/19/central-banks-cant-ignore-bitcoin-boom-bis-says/ “Central banks can’t ignore the bitcoin boom, BIS says” 16 Januari 2018[65]https://www.theguardian.com/technology/2018/feb/06/bitcoin-price-crackdown-bis-cryptocurrency “Bitcoin price falls below $6,000 as banker signals crackdown”[66] http://www.dar-alifta.org/ar/Viewstatement.aspx?sec=media&ID=5617 “مفتي الجمهورية يبيِّن حكم التعامل بالعملة الإلكترونية "البتكوين" (12 Januari 2018)[67] http://www.qaradaghi.com/Details.aspx?ID=3790 18 April 2018[68] http://www.wifaqululama.co.uk/images/Fatwa/wifaq-onecoin.pdf[69] Beliau merupakan Pensyarah Kanan, Jabatan Syariah dan Pengurusan, Universiti Malaya dan penulis bagi laman sesawang muamalat.my.[70] Temubual Dr. Ahmad Sufyan Che Abdullah pada 4 Januari 2018 bertempat di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.[71] http://coin.my/2018/01/16/bitcoin-matawang-komoditi-sekuriti-identiti-baru-bhgn-ii/ Bitcoin: Mata Wang, Komoditi, Sekuriti atau Identiti Baru? Satu Perbincngan Minda Syariah (Bahagian II)- 18 Januari 2018[72] Temubual rancangan Nasi Lemak Kopi ‘O yang disiarkan di TV9 pada 14 Januari 2018.[73] Penasihat Shari’ah Blossom Finance[74] Mufti Muhammad Abu Bakar, 2018, Shariah Analysis of Bitcoin, Cryptocurrency, & Blockchain, Blossom Labs Inc, hal. 19-20[75] Ketua, Pejabat Kawalan Mutu Penyelidikan, ISRA[76] Marjan Muhammad, 2018, Analisis Syariah Terhadap Mata Wang Kripto. Dibentangkan di Persidangan Meja Bulat Mata Wang Kripto dan Sistem Kewangan Digital di Dewan Besar IKIM (28 Februari 2018)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails