Saturday, March 20, 2021

Turki tarik dari perjanjian (Konon lindungi wanita?) kerana ini...

 

Turki tarik diri perjanjian melindungi wanita dari keganasan

ISTANBUL: Turki menarik diri dari perjanjian pertama di dunia untuk mencegah dan memerangi keganasan terhadap wanita dengan perintah presiden, kemenangan terbaru untuk konservatif dalam parti kerajaan pimpinan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Konvensyen Istanbul 2011, yang ditandatangani oleh 45 negara dan Kesatuan Eropah (EU), mewajibkan kerajaan untuk mengadaptasi undang-undang yang melindungi keganasan rumah tangga dan penganiayaan yang serupa serta pemerkosaan perkahwinan dan pemusnahan alat kelamin wanita.

Konservatif mendakwa piagam terbabit merosakkan perpaduan keluarga, mendorong perceraian dan ia merujuk kepada kesamaan digunakan oleh masyarakat lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) untuk mendapatkan penerimaan yang lebih luas dalam masyarakat.

Penerbitan perintah itu dalam warta rasmi pagi ini mencetuskan kemarahan dalam kalangan kumpulan hak asasi dan menyeru tunjuk perasaan di Istanbul.

Timbalan Ketua parti pembangkang utama, CHP, Gokce Gokcen, berkata meninggalkan perjanjian itu bermaksud 'meletakkan wanita sebagai warga negara kelas dua dan membiarkan mereka terbunuh'.

"Walaupun anda dan kejahatan anda, kami akan tetap hidup dan mengembalikan konvensyen itu," katanya di Twitter.

Turki telah memperdebatkan kemungkinan keluar dari perjanjian itu selepas seorang pegawai dalam parti Erdogan mencadangkan supaya keluar dari perjanjian tahun lalu.

Sejak itu, wanita telah turun ke jalan-jalan di bandar di seluruh negara, meminta kerajaan supaya mematuhi konvensyen terbabit.

Menteri buruh dan perkhidmatan sosial, Zehra Zumrut Selcuk, menyatakan kepada agensi berita rasmi Anadolu bahawa perlembagaan Turki dan peraturan domestik sebaliknya akan menjadi 'jaminan hak wanita'.

"Kami akan terus memerangi keganasan dengan prinsip toleransi sifar," katanya, hari ini.

Keganasan dan pembunuhan rumah tangga tetap menjadi masalah serius di Turki.

Seorang lelaki ditangkap Ahad lalu di utara negara itu selepas sebuah video di media sosial yang didakwa menunjukkan dia memukul bekas isterinya di jalanan, hingga mencetuskan kemarahan.

Tahun lalu, 300 wanita dibunuh, menurut kumpulan hak asasi We Will Stop Femicide Platform. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kemenangan terbaru Parti konservatif dalam parti kerajaan pimpinan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Menurut Konservatif:

(i). piagam terbabit merosakkan perpaduan keluarga, 

(ii). mendorong perceraian 

(iii). dan ia merujuk kepada kesamaan digunakan oleh masyarakat lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) untuk mendapatkan penerimaan yang lebih luas dalam masyarakat.

Memang sepatutnya 'kesamaan digunakan oleh masyarakat lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) untuk mendapatkan penerimaan yang lebih luas dalam masyarakat' perlu ditahan dan disekat.

Apa lagi bagi negara-negara umat Islam seperti Malaysia, Indonesia, negara Arab dan lain-lain.

Turki Hasrat Jalankan Reaktor Pertama Loji Tenaga Nuklear Akkuyu pada 2023 (video)

Loaded: 0%
Progress: 0%
Remaining Time -0:00

Turki Berhasrat Menjalankan Reaktor Pertama Loji Tenaga Nuklear Akkuyu pada 2023


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails