Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn. - Foto ihsan UMNO ONLIN
Kuala Lumpur: Usul memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sambil mempertahankan kerjasama dengan PAS akan dibawa ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) hujung bulan ini.
Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan, berkata ia bagi membolehkan usul itu diputuskan di peringkat tertinggi parti sebagaimana peruntukan Perlembagaan parti.
Katanya, usul mempertahankan hubungan kerjasama dengan PAS menerusi Muafakat Nasional (MN) mengambil kira sentimen permuafakatan yang sudah dibina ketika 22 bulan bersama sebagai pembangkang.
Selain itu, menggesa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan sebelum berakhir suku pertama tahun ini bagi membolehkan mandat baharu diserahkan kepada rakyat, tertakluk kepada situasi COVID-19.
"Berasaskan usul utama yang dibangkitkan bahagian dan atas faktor usul ini menyentuh soal dasar dan pendekatan asas yang akan mempunyai kesan besar kepada masa depan parti dan negara, mesyuarat bersetuju untuk membawa usul ini ke PAU pada 31 Januari ini.
"Ini bagi membolehkan usul ini dibahas dan diputuskan di peringkat tertinggi parti," katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media, selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Menara Dato Onn di sini, malam ini.
Selain itu, Shahril berkata, mesyuarat juga memutuskan untuk menambah kekuatan jentera dari negeri bagi membantu mangsa banjir, termasuk pasca banjir.
"Skuad Sayang Wanita dan Skuad Sabil Pemuda juga sudah dan akan digerakkan dengan lebih hebat.
"Bagi tujuan menyelaras semua gerak kerja penyampaian bantuan kepada mangsa banjir, sebuah 'Pasukan Khas UMNO Menangani Bencana' ditubuhkan dan akan dipengerusikan Datuk Seri Shahidan Kassim," katanya.
Selain itu, beliau berkata, mesyuarat juga mengambil maklum mengenai pertukaran jawatan Setiausaha Barisan Nasional (BN) yang digalas semula secara tradisinya oleh Setiausaha Agung UMNO.
"Perkara ini sudah mendapat persetujuan lisan Presiden parti komponen dan akan diabsahkan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN dalam masa terdekat," katanya.
Terdahulu, mesyuarat yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu berlangsung selama lebih dua jam. (BH)
Album 1
- H2S Pilihan: 01 -Dikir Barat PAS
- H2S Pilihan: 02 -Muslim Rap-Soldier of Allah.
- H2S Pilihan: 03 -Ebiet G Ade (Sentuh Kulit Perempuan)
- H2S Pilihan: 04 -Nasheed Pakistan
- H2S Pilihan: 05 -Lagu Klasik Melayu Lucah, Bunuh &...
- H2S Pilihan: 06 -Beautiful Japanese Islamik Nasheed.
- H2S Pilihan: 07 -To'ki Hadapi Dengan Senyuman.
- H2S Pilihan: 08 -Nasheed, Muslims in China&Kung Fu...
- H2S Pilihan: 09 -Mengurat, Malaya/S'pura, Indo/T.L...
- H2S Pilihan: 10 -Russian Nasheed&Cecen
No comments:
Post a Comment