Wednesday, January 02, 2019

Hadir Sidang Di Tehran, Presiden PAS Sedia Letak Jawatan.

Abdul Hadi Awang

KUALA TERENGGANU 23 Dis. - Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia melepaskan jawatan sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) berikutan kunjungannya ke Persidangan Lembaga Taqrib Mazhab Antarabangsa di Tehran, Iran yang terus mendapat kecaman daripada beberapa pihak.
Presiden Pas itu berkata, penjelasan terperinci mengenai kehadirannya ke persidangan tahunan tersebut sudah dimaklumkan kepada pihak kesatuan melalui surat yang dihantar kepada Setiausaha Agung, Prof. Dr. Ali Qaradaghi, empat hari lalu.
"Saya sudah tulis surat (penjelasan) dan bersedia untuk letak jawatan. Saya pegang jawatan bukan saya minta sebaliknya dilantik,"katanya kepada pemberita di kediamannya di Rusila dekat sini hari ini sejurus selesai menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila yang terletak bersebelahan.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai teguran Presiden KUIS, Dr. Yusuf al-Qaradawi terhadapnya, beliau tidak pasti adakah benar kenyataan tersebut daripada pemimpin tersebut atau sebaliknya.
"Beliau uzur jadi saya tidak tahu sama ada kenyataan beliau itu benar atau tidak. Atau mungkin daripada orang lain," jelasnya.
Kunjungan Abdul Hadi ke Tehran menjadi semakin panas apabila nama KUIS turut diheret sehingga menyebabkan Dr. Yusuf tampil membuat kenyataan selain menegur tindakan Presiden Pas itu.
Bagaimanapun, semalam, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali menegaskan kehadiran pemimpin itu adalah mewakili parti berkenaan bagi menyatakan pendirian Pas terhadap krisis di Asia Barat. - UTUSAN ONLINE (23 Disember 2016 4:20 PM)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PAS ialah kesatuan Islam yang berdaftar di Malaysia dan di iktiraf di seluruh dunia. Dengan pengiktirafan ini Presiden PAS dilantik sebagai  sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS). 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails