Kesemua mereka yang berusia di antara 24 hingga 33 tahun itu ditahan kira-kira pukul 9.40 malam di tepi Jalan Vivekananda, Brickfields, di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Adnan Azizon berkata, selain tangkapan, pihaknya turut merampas dadah disyaki syabu seberat lebih sekilogram yang mampu dibekalkan kepada lebih 1,000 pengguna.
“Hasil siasatan mendapati suspek bergiat aktif dalam pengedaran dadah jenis syabu di kawasan ibu negara dan Lembah Klang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Menurut Adnan, kesemua suspek ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah selama tujuh hari bermula hari ini.
Tambahnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan. - UTUSAN ONLINE
Hasil carian imej untuk edar sabu
Hasil carian imej untuk edar sabu
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sabu dan dadah, adakah disebut dalam Al-Quran, mengapa Islam mengharamnya?
Hukum dan larangan pengambilan dadah adalah jelas haram berdasarkan kepada dalil yang dikiaskan kepada arak. Dalam Al-Quran banyak menyebut mengenai pengharaman ini bersandarkan kepada keterangan nas-nas (Al-Quran dan Al-Hadis).
Kerana ia termasuk dalam pengertian umum benda-benda yang memabukkan, menghilangkan akal dan kedua-duanya mempunyai alasan hukum yang sama.
Iaitu, memabukkan atau terdapat dan membawa kebinasaan terhadap individu-individu dan masyarakat. Ini dapat dibayangkan melalui Firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud: