Tuesday, July 25, 2017

Lagi, 2 Rakyat Awam Dibunuh Pegawai Keselamatan Israel.

 ANGGOTA polis dilihat berhampiran Kedutaan Israel di Amman, Jordan kelmarin.

AMMAN – Seorang pengawal keselamatan Israel menembak mati seorang rakyat Jordan yang menyerangnya dengan pemutar skru di pekarangan Kedutaan Israel di Amman, manakala warga Jordan kedua dibunuh secara tidak sengaja, kata pegawai dan sumber keselamatan.
Insiden malam kelmarin itu berlaku ketika ketegangan berhubung isu Masjid Al-Aqsa memuncak susulan pelaksanaan langkah keselamatan baharu oleh Israel.
Dua rakyat Jordan itu datang ke sebuah apartmen di Kedutaan Israel untuk memasang perabot. Mereka kemudian menikam belakang pengawal keselamatan itu dengan pemutar skru, kata Kementerian Luar Israel.
Pengawal keselamatan itu bertindak balas dengan menembak pekerja Jordan tersebut, manakala pemilik apartmen itu yang berada di lokasi kejadian cedera dan meninggal dunia tidak lama kemudian.
“Pengawal keselamatan itu hanya cedera ringan.
“Lelaki Jordan pertama, Mohammed Jawawdeh, 17, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan,” kata kementerian sama. – AFP
IKLAN IH
Hasil carian imej untuk tukang gunting rambut lelaki

Dikehendaki Segera!! Tukang Gunting Rambut Lelaki 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails