Monday, June 19, 2017

Filipina Guna Senjata Berat, Militan Masih Kuasai Marawi..


AFP - SEBUAH helikopter tentera terbang ketika asap tebal naik ke udara selepas serangan ke atas kedudukan pemberontak Maute di Marawi kelmarin.



MANILA – Tentera Filipina melancarkan serangan udara dan bedilan meriam untuk menggempur militan-militan yang menguasai beberapa kawasan di badar Marawi, selatan negara itu kelmarin ketika lebih ramai askar dikerahkan, manakala angka korban meningkat kepada lebih 300 orang selepas hampir sebulan pertempuran tercetus.
Beberapa helikopter tempur MG520 dan jet pejuang FA50 digunakan dalam serangan tersebut.
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte yang muncul di khalayak buat kali pertama dalam masa seminggu menyatakan bahawa kehadiran pejuang asing daripada kumpulan Daesh dalam kalangan pemberontak Islam Maute di Marawi menjadikan pertempuran lebih sukar.
“Pejuang Daesh dari Syria, Indonesia, Malaysia, Sri Lanka dan negara Arab berada di Marawi,” katanya semasa melawat kem tentera di bandar Butuan, timur laut Marawi di Pulau Mindanao.
“Kita perlu menggunakan aset udara kerana kita menentang pejuang dari Asia Barat.
“Mereka cekap membunuh. Mereka akan membakar kamu, memenggal kepala kamu,” kata nya.
Ketiadaan Duterte sebelum ini mencetuskan spekulasi bahawa pemimpin berusia 72 tahun itu jatuh sakit.
Dalam perkembangan berkaitan, seramai 400 askar diterbangkan ke Marawi dari tengah Filipina kelmarin, lapor stesen televisyen ANC yang memetik kenyataan beberapa pegawai tentera.
Beratus-ratus pemberontak Maute yang disokong pejuang asing menawan Marawi iaitu bandar penduduk Islam paling penting di Filipina pada 23 Mei lalu dan mengibarkan bendera Daesh.
Duterte mengisytiharkan undang-undang tentera di Mindanao bagi menangani serangan itu yang disifatkan sebagai usaha Daesh untuk mewujudkan pangkalannya di Filipina.
Terdahulu, pihak tentera berkata, sekurang-kurangnya lapan pejuang asing dari Chechnya, Yemen, Malaysia dan Indonesia merupakan antara militan yang terbunuh dalam pertempuran di Marawi.
Angka kematian keseluruhan di Marawi pula meningkat kepada 329 orang termasuk 225 militan dan 59 askar Filipina.
Lebih 309,000 orang turut menjadi pelarian akibat pertempuran yang berlaku. – AFP
Imej yang berkaitan
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails