Wednesday, May 17, 2017

Bekas Staf UniMAP Didakwa Rasuah


Norfadilla (depan, tengah) dan Mohd. Safry (belakang, tengah) diiringi anggota SPRM ke Mahkamah Sesyen, Kangar semalam untuk didakwa atas pertuduhan rasuah.
KANGAR – Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas lima pertuduhan rasuah membabitkan kontrak pembekalan perkakasan dan komponen di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Tertuduh, Norfadilla Wahida Radzi, 35, yang juga bekas Pembantu Tadbir UniMAP dituduh melakukan perolehan untuk lima kontrak berkenaan yang membabitkan nilai keseluruhan RM61,417.20 kepada Syarikat Zerofreak Enterprise yang dimiliki suaminya, Mohd. Safry Mohamed Soofi, yang juga tertuduh kedua.
Bagaimanapun, kedua-duanya mengaku tidak bersalah ke atas setiap tuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azman Abu Hassan dan memohon untuk dibicarakan.
Berdasarkan pertuduhan pertama, Norfadilla didakwa memasukkan borang pesanan ke dalam sistem IUS Kewangan berkaitan pembekalan perkakasan dan komponen bernilai RM12,310 oleh suaminya itu pada 23 April 2013.
Sementara itu, bagi tuduhan kedua hingga kelima, Norfadilla dituduh melakukan kesalahan sama dengan nilai RM12,310.20, RM12,959.60, RM10,854 dan RM12,983.20 antara April hingga Julai tahun yang sama.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama. (Kosmo!)

Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails