Wednesday, December 07, 2016

Awas Mainan ‘pengintip’ Mengintip’ Kanak-kanak & Kediaman Mereka.


PENGGUNA
BRUSSEL – Badan pemantau pengguna Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) akan mengemukakan aduan terhadap beberapa mainan yang dapat ‘mengintip’ kanak-kanak dan kediaman mereka sekali gus melanggar undang-undang perlindungan data dan privasi.
Aduan tersebut melibatkan mainan anak patung pintar My Friend Cayla, i-QUE Intelligent Robot dan Hello Barbie, demikian menurut Pertubuhan Pengguna Eropah dan beberapa organisasi AS termasuk Pusat Maklumat Privasi Elektronik (EPIC).
Aduan tersebut difailkan kepada pihak berkuasa Perancis dan negara Eropah lain serta Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan AS.
Anak patung Cayla dan i-QUE dikeluarkan oleh syarikat dari Los Angeles, Genesis Toys dan memiliki sambungan internet serta boleh dihubungkan pada telefon pintar atau tablet manakala Hello Barbie mempunyai sambungan wi-fi, kata badan berkenaan, Bouvet yang mewakili Majlis Pengguna Norway.
Hello Barbie bagaimanapun tidak dijual di Eropah.
“Mainan ini merekod dan mengumpul perbualan kanak-kanak tanpa sekatan ke atas pe­ngumpulan, penggunaan atau pendedahan maklumat peribadi tersebut,” demikian menurut aduan EPIC dan badan pemerhati AS lain dengan menambah, alat permainan tersebut bersifat mengintip.
Semua pertuturan kanak-kanak kepada anak patung tersebut akan dipindahkan ke syarikat AS, Nuance Communications yang memiliki teknologi pengecaman suara.
“Syarikat berkenaan pula mempunyai hak untuk menyalurkan semua maklumat ini kepada pihak ketiga dan menggunakan data yang dikumpulkan untuk pelbagai tujuan,” ujar EPIC dalam kenyataannya. – AFP

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails