Friday, October 07, 2016

Londeh Baju Penyanyi Di Pentas. Ini Trend Hiburan Dunia Yang M'sia Ikut?

Peminat Tarik Zip Baju Penyanyi Ketika Persembahan

HALAMAN HIBURAN

Penyanyi terkenal Mexico. Thalia berdepan dengan peminat yang telah membuka zip belakang bajunya ketika dia dijulang oleh mereka sewaktu membuat persembahan sempena Latina Live Tour di Miami. 

Thalia, 45, atau nama sebenarnya Ariadna Thalia Sodi Miranda terpaksa memegang bajunya bagi mengelakkan ia terlondeh. Ketika itu Thalia memakai gaun pendek. Beberapa hari lepas Thalia berdepan dengan kecaman selepas dia menyuruh peminatnya turun dari pentas.

thalia
Thalia meminta maaf kepada peminatnya menerusi akaun instagramnya dan menyatakan bahawa mereka amat bererti kepadanya. Thalia boleh menyanyi lagu dalam pelbagai bahasa termasuk Sepanyol, English, Filipina, Perancis dan Portugis. Dia turut berlakon dalam drama opera termasuk Maria Mercedes atau Rosalinda. 
Begitu antara cara publisiti artis-artis dan konsert hiburan masa kini. Trend artis Malaysia yang disogok pemerintah pun begitu juga.. Itukah tarbiah negara sekular yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuannya?
Butakah pemimpin-pemimpin yang mengaku Islam di negara ini dalam menilainya? Rakyat pula terus dibutakan sehingga memilih mereka lagi dalam tiap kali pilihan raya?
Kerana itu sokonglah RUU 355 bagi meninggikan taraf Mahkamah Syariah yang dibawa oleh Presiden parti yang memerintah negeri Kelantan sekarang. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails