Monday, January 11, 2016

7,000 Bukti PAS S'gor Siap-sedia, Depani PRU 14 Tawan 20 DUN..

Assalamualaikum wrt wbt.
Jabatan Pilihanraya PAS Selangor mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada seluruh ahli dan Jentera Pilihanraya PAS kawasan-kawasan yg telah memberikan sokongan padu hadir ke Ijtimak Pilihanraya Pas Selangor yg telah berlangsung pads 10 Januari 2016.
Dengan kehadiran melebihi 7,000 peserta membuktikan kepada semua bahawa Jentera Pilihanraya PAS Selangor kini bersedia mendepani cabaran PRU14 nanti.
Visi Jabatan Pilihanraya PAS Selangor menempuhi PRU14 nanti adalah untuk mempertahan & melebarkan kemenangan di 20 Dun yg ditandingi semasa PRU13 yg lalu.
Momentum kesatuan fikrah & tindakan gerakerja yg telah ditunjukkan itu perlu ditingkatkan ke tahap maksimum dengan menggabungkan pelbagai teknik dan kemahiran di kalangan ahli dan jentera.
Kepada urusetia ijtimak, syabas dan tahniah di atas kejayaan penganjuran program. Jutaan terima kasih kepada semua. Tanpa anda, siapa kita.
Terus bergerak dan bekerjalah sepertimana ikrar yg dilafaz, janji diucap, dan bai'ah diangkat demi untuk Islam.
Mohon kemaafan atas segala kekurangan & kelemahan.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.
YB Ir Mohd Haslin Hassan
Pengarah
Jabatan Pilihanraya PAS Selangor.
11 January 2016

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails