Wednesday, July 22, 2015

GHB Tak Yakin Dapat Sokongan Rakyat, Terpaksa Tangguh Tubuh Parti Beberapa Kali.. -Iskandar A Samad


KUMPULAN progresif dalam PAS yang kini dilihat sebagai kumpulan Gerakan Harapan Baru dikatakan tidak yakin mendapat sokongan rakyat sehingga terpaksa menangguhkan penubuhan parti baru beberapa kali. Demikian dakwaan Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar A Samad dalam kenyataan dikeluarkan hari ini. 

Iskandar berkata, beliau juga tidak akan terkejut jika parti berkenaan ditangguhkan sekali lagi penubuhannya atau akhirnya hanya menjadi pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Pada asalnya parti tersebut dijangka ditubuhkan pada pertengahan Ogos tetapi kemudian ditangguh kepada awal September. Terkini, ia akan ditubuhkan pada pertengahan bulan September.
"Saya percaya kumpulan tersebut yang sekarang ini menggelar diri mereka sebagai Gerakan Harapan Baru (GHB) sedang meninjau sokongan rakyat terhadap gerakan tersebut," katanya.

Iskandar yang juga Exco Selangor berkata, penubuhan parti itu akan ditangguhkan jika sokongan rakyat dilihat tidak memberangsangkan.

"Malah saya juga tidak terkejut jika penubuhan parti tersebut dibatalkan dan kumpulan itu hanya bergerak sebagai NGO," katanya.

Iskandar yang memenangi jawatan naib presiden dalam muktamar yang menyaksikan hampir seluruh pemimpin progresif diketepikan berpendapat, jika GHB mahu menjadi parti, ia perlu dilakukan segera.

Ketika ini, katanya, kredibliti mereka sedang dipertikaikan apabila hala tuju mereka "kelihatan kabur".  Jika benar mahu membawa nilai tambah ke  dalam landskap politik negara, katanya, GHB perlu menarik keanggotaan daripada kalangan penyokong Umno atau BN, bukan ahli PAS.

"Sepatutnya matlamat utama mereka adalah menumbangkan Umno dan BN, bukan menghancurkan PAS.
"Perkara yang hendak diperjuangkan mereka seperti inklusif dan mendekati masyarakat bukan Islam telah lama ada di dalam PAS.
"Masanya untuk memperkukuhkan PAS kerana sudah tentu Umno akan bersorak jika berlaku perpecahan di dalam parti ini," katanya. (IH/MK)

7 comments:

Anonymous said...

knp tak habis2 menipu? tidakah nik amar yg minta 100 hari utk buktikan arah tuju pas oleh pimpinan baru?

yg tak tau malu ialah kamu dan ahli2 pas yg masih berada dlm pentadbiran penang dan Selangor. rupanya2 duit lebih penting dr maruah. sbb itu mamat yg kena pecat di penang tu ambil tindakan mahkamah. kalau kalah memang malu paling besar buat pas.

Anonymous said...

Dia mesti buat banyak propaganda jika tidak bila tertubuhnya GHB jawatan yang disandang termasuk Din ayam akan terpelanting sebabnya mudah PKR hanya menanti nak ucapkan selamt tinggal dengan PAS jika terbentuknta PR versi 2 nanti suadah pasti DUN PAs akan dipecat dan diketika itu PAS sudah kekurangan kerusi dalam kerajaan selangor termasuk dua Adun yang telah digantung keahlian mereka besar kemungkinan diwaktu itu PAS akan merasa akan terpinggir kita lihatlah nanti kesudahannya.

Anonymous said...

Jika Pas kekal dlm Pakatan 1/3 hak Pas dlm pakatan wajar diambil oleh GHB. Ingat GHB akan kuat dengan tongkat dari PKR dan DAP. PAS yg akan lemah dan pilihan kekal dgn PR, Sendiri atau Join Umno. Tiada pilihan melainkan kekal dlm PR kerana sekurang-kurangnya masih ada 2/3 kekuatan. Jika sendiri pasti BUNGKUS jika join Umno pasti pepecahan gelombang kedua pasti berlaku.
Mereka pun tahu selepas muktamar PAS semakin lemah bukan semakin kuat cumanya secara perlahan lahan.
KES DI SELANGOR > Jika 2 Adun yg DIBARUA meneyrtai GHB maka 1 post exco Selangor perlu diberi pada GHB, eloknya post Iskandar di beri pada Saari Sungib, DAP mesti desak begitu. Semua jawatan lantikan di Penag dan Selangor kena beri 1/3 hak PAS kepada ahli GHB. Jika ini berlaku apa berani PAS keluar PR, Boleh keluar tapi kena serah semua jawatan lantikan di Penang dan Selangor. Apa ingat mudah mesti tidak sebab Lebai Lebai tu pun suka duit juga suka elaun juga kan. Gerak sendiri pun boleh " kan ke Pas dah KUAT ? ki ki ki ki @ ha ha ha ha

Kepimpinan Cai cinta Duviddddd

Anonymous said...

Cakap la apa pun tarak goyang la... lu pnya geng yg tarak telor masih menumpang kasih kami.. buang telor bg makan anjing kui kui kui

Anonymous said...

ni iskandar ni satu lagi lembu pawah PASUG

kau dh takde keje ke asyik komen pasal GHB

KERJA URGENT PAS SEKARANG IALAH LAKSANAKAN HUDUD BY HOOK OR BY CROOK
DI KELANTAN DAN MALAYSIA

kenapa dh lama tk dgr hudud dr mulut PASUG?

kamu semua nk main2 kan ALLAH ke?

parti islam apa tk takut neraka boleh buang masa sibuk hal org lain
sedangkan matlamat perjuangan hudud mereka senyaaaap je masing2

menipu rakyat dan Allah

Anonymous said...

Aku rasa Naib Presiden CAI ni sembang deraih je.

Anonymous said...

Bila melayu Islam kononnya berpecah dan dgn sendiri menghancurkan kumpulan Islam yg telah berjuang lama demi menegakan kebenaran..kumpulan yg kecewa boleh lah berkata mcm mcm utk menegak diri..sedangkan mereka dah lama dlm PAS...dah tahu hala tuju PAS dan apa yg mereka telah lakukan utk kejayaan perjuangan Islam ketika berada atas puncak pimpinan mereka..dlm tak diatas terus berjuang utk menghancurkan Parti Islam mydahan perjuangan kamu dihancurkan Allah SWT secepatnya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails