Tuesday, May 05, 2015

Menang Anugerah Di Iran, Apa Rahsia Filem M'sia Ini?


HALAMAN HIBURAN
APA rahsi filem Malaysia ini? Filem 'Lelaki Harapan Dunia' arahan pengarah muda, Liew Seng Tat berjaya memenangi Anugerah Khas Juri di Festival Filem Antarabangsa Fajr di Teheran, Iran, baru-baru ini.

Menurut laporan media tempatan, festival filem tersebut yang berlangsung dari 25 April hingga 2 Mei lalu disertai oleh 200 pembuat filem dari 80 negara.

"Secara peribadi, anugerah ini amat bermakna buat saya kerana saya juga peminat industri filem Iran," kata Seng Tat yang juga penulis skrip filem berkenaan.

Katanya, beliau mahu berkongsi kepada dunia tentang naratif Malaysia dengan sebuah tema yang universal.

"Saya berharap filem tersebut memberi gambaran tentang industri filem Malaysia kepada peminat filem di Iran dan negara lain," ujar Siew Tat.

Menurutnya, filem Lelaki Harapan Dunia adalah berdasarkan tradisi Melayu 'angkat rumah' dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Filem tersebut yang ditayangkan November tahun lepas mengambil masa empat tahun untuk disiapkan.

Selain itu, filem itu juga merupakan kerjasama antara empat negara iaitu Malaysia, Belanda, Jerman dan Perancis dan diberikan dana oleh beberapa organisasi berbeza. Sebelum ini, Lelaki Harapan Dunia juga ditayangkan di beberapa festival filem antarabangsa di Toronto, Busan, Rotterdam, Gothenburg dan Hong Kong.(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails