Wednesday, March 18, 2015

Peranan AS Dalam Kematian 44 Polis Filipina Jejaskan Hubungan Dg Pemisah Islam.


GAMBAR pada 26 Januari lalu menunjukkan seorang kakitangan tentera AS (tengah, kiri) sedang membantu seorang komando polis yang cedera di bandar Mamasapano, Pulau Mindanao.- 

Filipina dedah peranan AS dalam kematian 44 komando polis 
MANILA – Amerika Syarikat (AS) memainkan peranan utama berhubung kegagalan satu serbuan anti-keganasan di selatan Filipina yang meragut nyawa 44 komando polis, menurut lapor senat yang disiarkan semalam.

Operasi tersebut, Oplan Exodus menyebabkan pentadbiran Presiden Benigno Aquino terjerumus ke dalam krisis dan menjejaskan usaha kerajaan untuk menamatkan pemberontakan kumpulan pemisah Islam di Pulau Mindanao.

"AS memainkan peranan utama dalam me­latih dan memantau selain turut membiayai keseluruhan operasi itu termasuk penyediaan peralatan dan perisikan," ujar Senator Grace Poe yang membacakan hasil siasatan sebuah jawatankuasa Senat berhubung operasi pada 25 Januari lepas.

Serbuan itu dilakukan untuk menangkap atau membunuh dua lelaki yang berada dalam senarai pengganas paling dikehendaki AS. Mereka dilaporkan tinggal dalam kalangan komuniti pemberontak Islam di selatan Filipina.

Salah seorang daripada pengganas tersebut merupakan warga Malaysia, Zulkifli Hir. Washington menawarkan ganjaran $5 juta (RM18.5 juta) untuk penangkapannya. Zulkifli terbunuh dalam serbuan tersebut. Seorang lagi militan yang merupakan warga Filipina berjaya melarikan diri dan mengumpulkan pengikutnya daripada beberapa kumpulan militan sebelum menembak mati 44 komando polis tersebut.
 

Laporan senat itu mempersoalkan sikap AS yang berdiam diri berhubung peranannya dalam operasi Oplan Exodus. Washington merupakan sekutu rapat Manila. Seramai tiga rakyat Amerika yang tidak dikenali dibawa masuk ke ibu pejabat pasukan tentera ketika operasi tersebut sehingga menimbulkan ketegangan antara komander tentera Filipina.  

Jurucakap kedutaan AS di Manila tidak memberikan maklum balas terhadap laporan Senat tersebut. – AFP

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails