Friday, February 06, 2015

Datuk Bandar Terbaik Ke3 Di Dunia. Rismaharini Seorang 'Singa Betina'..


Kiri Jokowi Presiden Indonesia, kanan baju merah dan bawah Rismaharini, Datuk Bandar Surabaya.

Dinobatkan jadi wali kota terbaik ketiga, Risma kebanggaan Surabaya 
KL: Setelah beberapa kali menerima anugerah, Datuk Bandar atau Wali Kota Surabaya, Jawa Timur, Tri Rismaharini kembali mendapat gelar pemimpin terbaik ketiga versi World Best City Mayor edisi Tahun 2014

Seperti yang dilaporkan oleh laman www.worldmayor.com, Selasa (3/2).

Wali kota perempuan pertama di Kota Pahlawan ini, dianggap pemimpin paling  hebat di Indonesia selepas Presiden Joko Widodo (Jokowi) oleh lembaga kajian yang bergerak di bidang kajian pembangunan bandar. Oleh lembaga yang berpusat di London, United Kingdom itu, Risma kedudukan sebagai wali kota terbaik ketiga di dunia.

Berada di kedudukan teratas adalah Wali Bandar Calgary, Kanada, Naheed Nenshi dan Wali Kota Ghent, Belgium, Daniel Termont di kedudukan kedua, sedangkan nama Risma di urutan ketiga.

Dalam laman www.worldmayor.com, Risma mengungguli sederet ketua daerah negara lain, seperti Carloz Oscariz (Wali Kota Sucre, Venezuela), Jed Patrick Mabilog (Wali Bandar Iloilo City, Filipina), Albrecht Schroter (Wali Kota Jena, Jerman), dan Annise Parker (Wali Bandar Houston, Amerika Syarikat).

Bertindak balas prestasi yang diraih wali kota berjuluk 'Singa Betina' ini, Kabag Kerjasama Pemkot Surabaya, Ifron Hady Susanto mengaku senang atas anugerah dunia yang diraih pimpinannya itu.

"Berita baik ini, jelas akan memberi kesan pada rasa percaya diri warga Surabaya. Prestasi ini, juga menunjukkan bahawa Bandar Surabaya ternyata mampu bersaing dengan bandar-bandar lain yang ada di negara-negara maju dunia, sepeti Amerika dan lain sebagainya," kata Ifron bangga , Selasa (3/2).

Menurut Ifron, rekod prestasi Risma sebagai wali kota terbaik ketiga dunia versi World Mayor ini akan mampu meningkatkan reputasi Bandar Pahlawan di mata dunia. Terlebih lagi menyambut era Masyarakat Ekonomi ASEAN atau MEA.

Ifron berkata, dalam laman worldmayor.com juga dijelaskan, sosok Risma adalah pemimpin atau tokoh bertenaga yang bersemangat mempromosikan dasar sosial, ekonomi dan alam sekitar secara nasional maupun antarabangsa.

"Beliau (Risma) juga dinilai berjaya memanfaatkan lahan (tanah) mati dan menyulapnya menjadi taman-taman bandar," katanya lagi.

Tak hanya itu, World Mayor juga mengapresiasi langkah Risma di sektor pembangunan kesihatan dan pendidikan


"Pada masa memimpin Bandar Surabaya, beliau juga berjaya menyelenggarakan kesihatan percuma, serta peningkatan fungsi Puskesmas, serta memperuntukkan 35 peratus dari APBD Kota Surabaya untuk kos pendidikan," katanya menceritakan.

Sekadar maklumat, Jokowi mendapat anugerah yang sama pada 2013 lalu untuk prestasinya memimpin Surakarta. Lembaga City Mayors Foundation menyoroti Risma pada kawasan hijau di bandar. Imbasnya, Surabaya kini relatif bebas banjir berbanding masa lalu.

"Sekarang ada 11 taman besar di Surabaya, semuanya mempunyai tema masing-masing. Banyak taman juga sudah dilengkapi Wi-Fi, perpustakaan, alat kebugaraan, sehingga kemudahan olah raga. Ruang terbuka di Surabaya kini pun sangat luas sehingga boleh menjadi kawasan menyerap air, "tulis pernyataan City Mayors Foundation.

Prestasi lain Risma adalah berjaya menutup kawasan pelacuran Dolly relatif tanpa konflik berdarah. Respon cepatnya mendampingi korban penerbangan AirAsia AK 8501 pun dihargai oleh pasukan juri.

Pemikiran Risma mengenai bandar sebagai kediaman layak bagi warganya juga menjadi titik tersendiri, sehingga Risma terpilih sebagai pemenang ketiga di bawah Naheed Nenshi dan Daniel Termont.

 
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Weblog ini sebagai mewakili umat Islam Malaysia mengucapkan syabas kepada Datuk Bandar Surabaya Tri Rismaharini menyasar dan berjaya menutup pusat pelacuran terbesar di Asia Tenggara di bandar raya itu (Dolly), sebelum Ramadan tahun lalu. 


Syabas kepada beliau yang memperjuangkan makruf, menolak mungkar sehingga digelar 'singa betina' dalam melawan kejahatan. Budaya maksiat tidak bertamadun warisan penjajah Belanda itu masih lagi ada pihak-pihak yang mempertahankan di Indonesia. 

Begitu juga di Malaysia, pelacuran Belakang Mati di Lorong Haji Taib Chow Kit, walaupun kecil tetapi Datuk Bandar KL seorang lelaki, seperti dayus tidak mampu menghapusnya. Walaupun Malaysia dan Indonesia sama-sama negara sekular, tetapi Datuk Bandar Surabaya itu lebih maju terkedepan dalam tindakan walaupun beliau seorang wanita. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails