Thursday, January 22, 2015

PBB, Haramkan ‘penghinaan agama’! - Saran Al-Qaradawi.

Yusuf Al-Qaradawi 




DOHA, Qatar – Sebuah organisasi Islam meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengharamkan ‘penghinaan agama’ dan menggesa Barat supaya melindungi masyarakat Islam susulan serangan ke atas akhbar satira Perancis, Charlie Hebdo.

Persatuan Ulama Sedunia yang beribu pejabat di Qatar dan diketuai oleh ulama berpengaruh, Yusuf al-Qaradawi, 88, me­rayu supaya umat Islam supaya meneruskan protes aman bagi membantah penyiaran kartun Nabi Muhammad SAW.

Kartun terbaharu Nabi Muhammad SAW yang disiarkan dalam Charlie Hebdo baru-baru ini telah menimbulkan kemarahan umat Islam dan mencetuskan bantahan di Asia, Afrika dan Asia Barat.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan kelmarin, persatuan berkenaan menyebut bahawa perlu ada perlindungan untuk para nabi. Organisasi itu juga menggesa negara-negara Islam menyerahkan satu draf undang-undang kepada PBB supaya mengharamkan penghinaan agama.

“PBB perlu mengeluarkan undang-undang bagi mengharamkan penghinaan agama, para nabi dan semua tempat suci,” menurut persatuan itu dalam kenyataanya.

Kenyataan sama meminta Barat melin­dungi masyarakat Islam daripada sera­ngan sama ada mereka merupakan warga negara atau penduduk ataupun pelawat. Menurutnya, kartun Charlie Hebdo itu menyokong dakwaan bahawa Barat sebenarnya menentang Islam dan akan mencetuskan lebih banyak kebencian dalam kalangan orang Islam. – AFP

Lihat juga ini..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..
E-Buku IH-99: C/Hebdo, Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..
  

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails