
KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Kelantan tidak menolak
kemungkinan akan menggerakkan misi besar-besaran untuk menolak Syarikat
Penerbangan Malaysia (MAS) sekiranya tidak ada sebarang perubahan dalam
penjualan tiket termasuk kos minuman keras.Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata sekiranya pihak kerajaan khususnya MAS tidak mengambil kira desakan pihaknya termasuk orang ramai, kempen menolak syarikat penerbangan itu akan diadakan besar-besaran.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menyerahkan memorandum kepada pihak MAS, semalam sebagai bantahan berikutan setiap pembelian tiket oleh penumpang termasuk kos hidangan arak.
Memorandum itu diserahkan kepada Pengurus Akaun Wilayah Timur, Ruslan Mohd Yaman. Hadir sama pada penyerahan memorandum itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS negeri, Nor Azariza Mohd Alawi.
Penyerahan memorandum itu dilakukan berikutan pendedahan dalam Dewan Rakyat minggu lalu yang dikejutkan dengan pemakluman setiap harga yang dibeli penumpang adalah termasuk dengan kos hidangan yang disediakan dalam pesawat MAS termasuk arak. (Hrkh)
1 comment:
Octofest....PAS merelakannya bersama DAP-PKR!
cakap belit-belit itu adalah PAS.
Post a Comment