Ipoh: Polis Perak mencatat kejayaan tertinggi berbanding kontinjen 
lain seluruh negara dalam membanteras kegiatan dadah membabitkan kes 
bekalan, permintaan dan Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK), bagi 
tempoh Januari hingga Mei 2014.
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A Paramasivam berkata, sepanjang 
tempoh lima bulan lalu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak, 
berjaya membuat tangkapan seramai 5,179 orang atas pelbagai kesalahan 
dadah iaitu peningkatan sebanyak 28.10 peratus berbanding tempoh sama 
tahun lalu seramai 4,043 orang. 
"Rampasan dibuat melalui tindakan serbuan dan operasi berjaya 
merampas sejumlah 218,227.23 gram pelbagai jenis dadah serta 1,637 biji 
pil khayal dengan peningkatan sebanyak 116.11 peratus.
"Dalam tempoh Januari hingga Mei ini juga, kontinjen Perak berjaya menyita harta-harta pengedar dadah berjumlah RM2,508,903.30 berbanding RM1,214,455.53 pada tempoh sama tahun lalu iaitu peningkatan sebanyak 107 peratus," katanya selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua JSJN Perak yang baru, Asisten Komisioner Yap Toon Khuan, di Bilik Mesyuarat Utama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, di sini, sebentar tadi.
Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Nampaknya undang-undang ciptaan manusia yang dilaksanakan di Malaysia ini masih gagal menunjukkan keberkesanan bahkan semakin diragui apabila 
kadar jenayah dalam negara tidak berhenti meningkat. 
Kes di atas membuktikan betapa penjenayah tidak gentar mahupun gerun terhadap sistem perundangan yang ada kini. Kita bersetuju dengan Naib Presiden PAS, Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man yang berkata..
"Keberkesanan sistem perundangan yang ada semakin diragui apabila 
kadar jenayah dalam negara tidak berhenti meningkat," katanya dalam satu
 kenyataan media.
Beliau menambah, kes rogol, penderaan seksual, pembuangan bayi, 
penderaan kanak- kanak, peningkatan ketagihan dadah dan arak di kalangan
 remaja adalah gejala yang wajib diberi perhatian semua pihak.
Menurutnya, walaupun manusia berhadapan dengan ketakutan, kebimbangan
 terhadap keselamatan diri, anak- anak serta harta benda namun 
kebanyakan manusia masih merasakan undang-undang ciptaan sendiri lebih 
hebat meskipun ketidakberkesanannya semakin terserlah hari ke hari.  
No comments:
Post a Comment