 
Inul Daratista
 
HALAMAN HIBURAN
JAKARTA: Penyanyi dangdut 
Inul Daratista membuat keputusan untuk mengurangkan tarian goyangnya 
selepas mendapati imej berkenaan tidak lagi bersesuaian dalam era muzik 
kini.
"Inul berkata, irama dangdut ketika ini perlu tampil berbeza dan memadai jika goyangan itu hanya dilakukan secara asas.
"Cara goyangan ketika ini sudah berbeza. Dulu boleh lakukan 30 persen 
goyangan tetapi sekarang ini sedikit pun tak apa. Muzik dangdut ketika 
ini bukanlah menumpukan kepada goyangan semata-mata,” katanya seperti 
dilaporkan portal 
Inilah.com.
 
Aksi Inul ketika membuat persembahan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 2011.
Inul sebelum ini pernah dikenali kerana goyangan tarian dangdutnya yang 
luar biasa sehingga dipanggil goyang gerudi dan popular dengan lagu Goyang Inul.
Bagaimanapun Inul berkata, dia masih mampu untuk menari seperti dahulu 
tetapi membuat keputusan mengurangkan imej berkenaan bergantung pada 
majlis yang dihadirinya.  
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sampai bila negara umat Islam masih mengambil hiburan bermaksiat begini menjadi hiburan mereka? Orang Islam dipaksakan berhibur  dengan sogokan selera iblis oleh pemimpinnya di negarnya sendiri. Pemimpinnya berperangai iblis mahu mengheraet rakyat ke neraka bersamanya? (IH)
 
 
2 comments:
takder ler minat goyang mcm tu, mcm org tak betui jer menari cam tuh ....
This Is What U Really Want !! >>> CLICK HERE !!
indonesia ni terlalu bebas sehinggga tiada moral.
Post a Comment