Friday, March 07, 2014

Leman Raja Lawak Ajak Rakyat Ke Demo Orang Kampung Di Baling..


KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Maaysia hari ini melancarkan Gerakan Suara Orang Kampung bagi memperjuangkan nasib petani, penternak dan nelayan di seluruh negara. Pelancaran gerakan tersebut dibuat dalam piket di hadapan bangunan Lembaga Getah Malaysia (LGM) Jalan Ampang, dekat sini tengah hari tadi.

Kira-kira 50 wakil petani, penternak dan nelayan bersama Pemuda PAS Malaysia berkumpul di hadapan Wisma Central sebelum berarak ke bangunan LGM. Mereka berpakaian petani dan membawa basikal sambil memgang plakad bertulis 'Naik Harga Padi' 'Harga Padi Murah, Harga Beras Mahal', 'Orang Tengah Untung Atas Angin' dan beberapa sepanduk lain lagi.

Pengerusi Gerakan Suara Orang kampung, Sulaiman Ibrahim atau Leman Raja Lawak dalam piket tersebut mengajak rakyat Malaysia turun ke Demonstrasi Baling 2.0 yang akan diadakan di Baling pada 5 April depan.

"Tujuan demonstrasi ini untuk membela nasib penoreh-penoreh getah yang sedang menghadapi kejatuhan harga getah.
"Penurunan harga getah beku di bawah paras harga kos pengeluaran RM3.21 sekilogram menyebabkan ramai penoreh menderita," katanya.

Selain isu harga getah, turut menjadi kebimbangan mereka adalah mengenai pesawah padi yang berada di bawah paras kemiskinan. Menurut Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kayat, ketiadaan sistem pengurusan bendang yang baik menyebabkan sebahagian daripada 172,230 pesawah padi berada di bawah paras kemiskinan.

"Pengeluaran padi negara masih rendah dengan purata 4.2 tan semusim, penggunaan tanah bendang untuk tujuan komersial dan pelbagai masalah tanaman padi menyebabkan beras sebagai food security negara berada dalam keadaan terancam," katanya.

Bagi penternak pula, mereka mengalami masalah kecurian banyak binatang ternakan akibat ketiadaaan sistem pengenalan binatang ternakan. Penternak secara komersial menghadapi masalah tempat untuk membina ladang ternakan kerana tempat yang diluluskan kerajaan terhad. Kos pengeluaran racun, baja, makanan ternakan, diesel, sewa jentera dan pula semakin meningkat.

Sementara itu, isu-isu bagi nelayan pula melibatkan pemberian subsidi diesel yang tidak mencukupi menyebabkan nelayan tidak mampu turun ke laut. Penggunaan pukat hanyut daripada nelayan negara jiran menyebabkan ikan berkurangan serta masalah ruang penempatan bot nelayan di jeti yang tidak mencukupi.

Perkara-perkara ini disebabkan kelemahan agensi kerajaan yang berkaitan dengan petani, penternak dan nelayan. Jesteru, Pemuda PAS Malaysia sedia menerima sebarang aduan rakyat di talian 019-3940959.

Pemuda PAS juga akan melancarkan Gerakan Suara Orang Kampung ke seluruh negara mengikut jadual berikut:

1. Selangor - 11 Mac 2014
2. Perak - 19 Mac 2014
3. Pulau Pinang - 20 Mac 2014
4. Negeri Sembilan - 21 Mac 2014
5. Pahang - 22 Mac 2014
6. Melaka - 23 Mac 2014
7. Kelantan - 28 Mac 2014
8. Johor - 29 Mac 2014
9. Terengganu - 30 Mac 2014
10. Kedah dan Perlis - 5 April 2014
(HD)

1 comment:

Anonymous said...

Assalam,

Sudah sampai masanya untuk Negeri mengadakan Bank Padi sebagai sistem
perbankan adil berasas matawang yang berhakikat dengan sandaran yang nyata
iaitu padi itu sendiri.

Guna rezab simpanan Negeri yang berjumlah 1 Billion matawang berasas hutang
itu untuk membeli padi dari seluruh petani negara yang dizalimi pada kadar
rm2 sekilo padi. Kemudian simpan padi yang berjumlah 500 juta kilo itu di
Bank-Bank Padi Jangan bayangkan bank konvensional, tetapi lebih berupa gudang ).

Kemudian keluarkan Nota Hak beramaun 1000g tiap satu dan dijual pada harga rm2
kepada rakyat. Jadikan Nota Hak itu sebagai alat transaksi yang sah laku untuk
urusan Negeri, sebagai contoh cukai tanah dan pintu.

Kemudian guna pungutan hasil jualan Nota Hak yang katakan laku semua berjumlah
1 Billion kembali,untuk komoditi lain seperti minyak masak pada proses yang sama.

Jadikan pekerjaan berasas perbankan komoditi sebagai satu pesaing bank
konvensional. Pengurusan cekap menjual stok lama disamping membeli stok baru
supaya komoditi sandaran sentiasa dalam keadaan baik.

Bagi yang membeli Nota Hak hanya untuk menyimpan sediakan akaun tanpa riba yang
cekap untuk urusan. Penyimpan yang menyimpan 1000g akan tetap mendapat 1000g stok
berkeadaan baik walau 20 tahun akan datang bila dilunas.

Sediakan juga pinjaman tanpa riba yang sebenar-benarnya bagi menjana keuntungan
bersama,dengan berasas perkongsian keuntungan bagi menampung sistem pengurusan.
Peminjam yang meminjam 1000g padi hanya perlu memulang 1000g padi, dan apa apa
keuntungan dibahagi bersama atas fitrah kerjasama.

Dengan Nota Hak yang kalis inflasi, Nota Hak 1000g padi itu tetap memberi padi
sejumlah 1000g pada masa hadapan tidak kira waktu berbanding matawang tanpa
sandaran yang sentiasa susut nilai. Inlasi yang menyebabkan orang awam
berprasangka barang naik harga dan meminta kawalan harga menyebabkan petani
tertindas, sedangkan pendongkong sistem matawang tersenyum melagakan kedua-dua
orang awam dan petani sambil meneruskan sistem penindasan atas kejahilan
orangramai.

Bersama-sama kita hapuskan monopoli pengeluaran matawang tanpa sandaran atau nota
hutang disamping sistem riba yang memanipulasi hasil mahsyul kita serta
menjauhkan orangramai dari keyakinan rezki dari Ketuhanan Ilahi. Bayangkan bila
Nota Hak 1000g tersebut bersamaan rm1000, insyaAllah ada caranya, pada masa itu
kita buktikan pada pendongkong sistem riba ini bagaimana sengsara penjawat yang
gaji minima rm1000 sebulan. Hukum karma pasti berlaku, tidak kira kapitalis
mahupun sosialis, selagi matawang berasas riba jadi anutan, kekuatan senjata
tidak selamanya dapat menindas punca rezki sebenar.

Sekian,
Raja Fakir

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails